Archive for February, 2010

Aku, Kahwin dan Kempen

Lega..tiada yang lebih melegakan..semua sudah selesai..syukur..semua berjalan lancar..

Kepada Ahmad Faizal Kamaruddin dan Safuraa Jamaluddin, kedua-dua mempelai ini selamat diijab kabulkan..abang ipar aku la..kedua-dua majlis persandingan di sebelah pengantian perempuan dan lelaki sudah selesai…selamat menjalani alam rumah tangga..moga berkekalan hingga nafas terakhir masing-masing..Amin..

Berpeluh juga, seumur hidup tak pernah jadi pengapit, disuruh pula..hantam saja..orng suruh kipas, aku kipas..orang suruh buka payung, aku buat..aku senyum saja, ini orang tak suruh..hehehehee..sudah fiel aku..

————————————————————————————————

Setelah tiga hari berkampung di Masjid Negara, maka selesai sudah kempen 1Malaysia 1Halal..kempen ajuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ini mendapat sambutan yang diluar jangkaan meskipun dikatakan merebut ‘crowd’ yang berkemungkinan akan pergi ke sau lagi karnival..

Sejulung tahniah buat kerja-kerja belakang tabir, Jakim, Bahagian Hub Halal, DagangHalal.com, IPPJ dan lain-lain yang aku tak berapa nak ingat..

Halal Satu Jihad..biar orang kenal apa itu Halal sebenar…

Aku dan Kopitiam

Menerusi laporan Kosmo!, hanya dua buah kopitiam daripada beratus-ratus yang ada di seluruh negara mempunyai sijil dan logol halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)..

1) Pak Hailam Kopitiam

2) Jonker Walk Kopitiam

Selebihnya hanya mendapat ‘lesen’ itu daripada pihak swasta..yang mana ia tidak diiktiraf oleh Jakim dan kerajaan sebagaimana arahan oleh Kabinet pada Julai tahun lalu yang memberi kuasa kepada Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) saja yang mempunyai hak esklusif itu…

Mungkin ada yang masih samar-samar dalam hal ini..walaupun sudah membaca pendedahan oleh Kosmo!..penulisan mengenai perkara ini tertumpu kepada sijil dan logo yang halal diperolehi oleh pengusaha kopitiam ini..

Jika dilihat melalui gambar, ia sudah jelas menampakkan perbezaan antara dua logo..yang ini kita boleh kesan..bagaimana pula yang disebaliknya..pengguna nampak logo halal, terus masuk kedai..nampak ayat Quran, terus masuk kedai..nampak pak aji, mak aji, pun terus masuk kedai..cerita di belakang dapur, tiada siapa yang tahu..

Inilah perjuangan Jakim yang turut dibantu oleh Kosmo!..standard dan piawaian yang ditetapkan oleh Jakim dalam mengeluarkan sijil dan logo halal sangat tinggi, bukan sewenang-wenangnya..berbanding dengan pihak swasta, dikatakan dengan mudah memberi ‘lesen’ itu…ada wang, boleh jalan..

Pemeriksaan dan pemantauan dijalankan dengan penuh teliti, walaupun Jakim secara zahiriah dilihat sebagai custody untuk pengeluaran sijil dan logo halal namun dalam proses itu turut melibatkan pelbagai pihak yang lain seperti Sirim dan Kementerian Kesihatan..kelulusan daripada semua pihak yang terlibat, baru terkeluar sijil dan logo halal..

Tersilap haribulan, nah, seperti yang didedahkan oleh Jakim, ada penggunaan bahan yang terlarang dalam hukum syarak dalam penyediaan makanan..guna arak, guna wain..belum cerita lagi dapat bekalan ayam atau daging dari mana serta cara sembelihan ia dibuat..ada pula yang turut menjual arak di premis mereka..walhal, terang lagi bersuluh menggunakan logo halal…semua ini diambil kira..

Dalam hal ini, apabila orang bertanyakan mengenai status halal premis itu, tiada siapa yang dapat memberi jawapan..termasuk Jakim..kerana pengusaha kopitiam itu tidak melalui proses seliaan Jakim..jadi, tidak boleh kata halal atau menghukum premis itu haram..bukti perlu disahihkan..beban itu yang menjadi kesukaran kepada Jakim..

Yang nyata, sumber Kosmo! dalam hal ini bersandarkan kepada Bahagian Hub Halal Jakim, yang bertanggungjawab dalam hal ini..bukan
main ikut sedap hati saja..buat cerita merepek..

Betul juga kata seorang pemimpin secara peribadi kepada Kosmo!..Malaysia yang sudah hampir 53 tahun merdeka, masih tiada peruntukan undang-undang dan akta yang jelas mengenai HALAL..walhal, dalam perlembagaan, Malaysia adalah negara Islam dan Islam sebagai agama rasmi..ironik sungguh..

Justeru, diharap Jun nanti, pindaan pada Akta Perihal Dagangan 1972 dan 1975 menjadi kenyataan selain dibantu Akta Halal yang ingin diwujudkan..maka selepas itu, Jakim akan menjadi soul custody dalam pelaksanaan halal..

Cabuk: Sama-sama berdoa ke arah itu..

Aku dan Main Gila

Gambar hiasan oleh Farizwan (Utusan)

CERITA seorang rakan ketika berkunjung ke Pakistan,  berada di sana dengan status warga asing, setiap detik dan saat  di bumi itu seperti rasa diburu.
Ini kerana, cerita rakan itu, pihak berkuasa di sana sangat  ’rajin’ dalam menguatkuasakan undang-undang mereka le bih-lebih lagi berkaitan dengan tempoh visa pelawat.
Anda kata ada orang luar yang memasuki negara ini untuk tempoh lima hari dan dan ia tertera pada visa pelawat, sebelum tempoh itu  tamat, pihak berkuasa imigresen Pakistan sudah mula men jejaki anda di hotel atau di mana-mana sebelum diarah bersedia  untuk keluar atau memperbaharui tempoh visa tersebut.
Bukan mahu mengangkat martabat negara yang turut berada dalam senarai negara komanwel negara kita namun di  sebalik kisah itu, jelas dapat dilihat betapa keseriusan pihak  berkuasa di sana dalam menangani kemasukan warga asing ke  negara mereka.
Dalam atmosfera Pakistan yang boleh dikatakan jauh terkebelakang dari negara ini serta kerap berlaku kacau bilau  namun kehadiran warga asing ke negara itu bukan menjadi satu  masalah yang besar berbanding negara ini.
Malaysia, sehingga ke hari ini tiada mekanisme mahupun  sistem yang terbaik untuk menangani masalah kebanjiran  warga asing terutama yang dikategori sebagai pendatang tanpa  izin (PATI).
Malahan, melalui kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, penambahbaikan sistem  maklumat yang ada baru saja mahu dikaji sedangkan setiap hari  pasti ada saja warga asing melintasi sempadan negara manakala  yang datang dengan pas pelawat sah semakin ramai yang  tiba-tiba ‘hilang’ begitu sahaja.
Dalam hal itu, Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM),  Datuk Muhammad Abdul Ghani menggesa kerajaan  agar meningkatkan daya upaya pihak berkuasa yang berkaitan  lebih-lebih lagi Jabatan Imigresen supaya lebih efisien dan  efektif.
“Rasanya tak perlu nak tunggu sampai nak buat operasi, baru nak kesan dan tangkap PATI, cuba jadikan pemeriksaan sebagai  tugas rutin, kena lebih rajin dan proaktif, kita ada kakitangan  penguat kuasa yang mantap.
“Kesan mereka (PATI) sehingga akar umbi termasuk pergerakan mereka melalui tempoh visa atau permit kerja, jadi  mudah untuk jalankan penguatkuasaan,” katanya.
Menurutnya, selain Jabatan Imigresen, negara ini bertuah mempuyai kekuatan bersepadu pihak berkuasa yang lain  seperti Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta  Ikatan Relawan Rakyat (Rela) yang turut mempunyai kuasa  untuk mengesan dan menangkap PATI.
Justeru katanya, penguatkuasaan bukan menjadi satu masalah yang besar cuma hanya dengan sistem dan perancangan yang terbaik mampu untuk menangani masalah yang sudah menjadi barah kepada negara ini.
Bagi Pertubuhan Malaysia Bebas PATI (Patree) yang baru setahun jagung penubuhannya dalam usaha untuk membantu kerajaan membanteras kebanjiran PATI di negara ini, pe nguatkuasaan di pintu masuk sempadan negara perlu di pertingkatkan, bukan hanya dibuat secara sambil lewa.
Presidennya, Zul Azhar Cha yang cuba membandingkan sistem Jabatan Imigresen Thailnad dengan negara ini katanya, pihak tersebut jauh lebih ‘matang’ dalam menangani hal itu.
“Kepada sesiapa yang biasa ke negara itu, di kaunter pihak berkuasa mereka, imej atau gambar anda pasti akan diambil.
“Jadi, jangan terkejut, ada pegawai yang mampu mengenali anda selepas beberapa kali memasuki negara mereka kerana semua itu terdapat dalam sistem mereka,” tambahnya.
Cabuk: bila baca balik cerita nih, nak gelak sorang-sorang pun ada..memang aku Main Gila..

Aku dan 1Malaysia 1Halal

Sejak minggu lalu hingga ke saat ini, aku agak sibuk dengan projek seperti tajuk entry di atas, 1Malaysia 1Halal…kempen yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ini akan berlangsung di Masjid Negara, 26 hingga 28 Februari nanti..

Memandangkan Kosmo! dilamar menjadi akhbar rasmi, justeru banyak kerja-kerja yang perlu dilunaskan termasuk sidang Editorial yang menempatkan orang seperti aku..terima kasih kepada bos aku yang beri peluang untuk aku kali pertama terlibat dalam benda macam ini..kata bos aku, dia mahu aku jadi wartawan halal….bunyi macam double meaning kan..heehehhe..tak mengapa, aku faham..aku akan ‘deliver’ yang terbaik…

Kali pertama juga aku terlibat dalam hubungan intim bersama orang-orang di Bahagian Hub Halal Jakim, Pengarahnya – Saimah Mukhtar, PR – Raja Alias, PR Jakim, Asiah, Pen. Pengarah Penguatkuasaan Hub Halal Jakim, Amri Abdullah, CEO Dagang Halal.com – Khairul Ismahafiz dan orang kuat IPPJ, Nang Roskini ..

Sangat baik semuanya..beri kerjasama yang sebaiknya..harap dapat terus bekerjasama..

Seronok juga dapat terlibat dalam hal ini lebih-lebih lagi ia sangat rapat dengan aku yang cukup dikenali sebagai orang Islam..banyak aspek yang tidak aku tahu sebelum ini mengenai halal, dah dapat ku timba sepanjang penugasan ini..

Pernah kita selama ini ambil berat mengenai logo halal yang sebenar..yang sah..ada yang benar-benar pasti premis yang memakai logo halal itu benar-benar ‘halal’ makanan yang dijamu..ada yang tahu mengenai sesetengah pengusaha menggunakan perbahasaan halal…

Firman Allah SWT ialah dalam surah Al Baqarah ayat 168 yang bermaksud: “Wahai manusia! Makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagimu.

Mengenai pengaruh makanan atau sumber yang halal masuk menjadi darah daging kita, rasanya semua sudah sedia maklum..

Biarpun entry ini sudah ditulis, ia tidak bermakna tugas aku sudah selesai..masih jauh lagi..mengikut countdown tertera di muka depan Kosmo!, 6 hari lagi untuk tiba ke hari jadi..bermakna, ada lagi pengisian yang masih perlu dimuatkan..

Ya…itu sudah pasti..pengisian itu perlu padat, tepat, berisi dan yang bos aku impi-impikan adalah layak dipakai untuk front page (muka depan)..Mungkin itu akan berlaku..mungkin sekali, mungkin ia berulang sehingga berhari-hari…lihat saja..nantikan buah tangan terbaru Cabuk…

maklumat mengenai 1Malaysia 1Halal, boleh didapati melalui laman web Halal @ DagangHalal.com @ di Facebook

Pastikan apa yang menjadi darah dalam daging badan kita, sekeluarga Halal..

Aku dan Demonstrasi di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia

Terima kasih kepada bos aku sebab suruh aku datang sini..

Meskipun bukan demonstrasi yang aku tunggu-tunggu, tapi dapat cover yang ini sudah cukup bagus aku rasa untuk pendedahan…sebenarnya, aku ada matlamat tersembunyi yang ingin aku capai..mujur, aku tak dapat lama berada di scene, jadi tak tercapai sangat apa yang dicari..

tak perlu aku bercerita pasal intipati kejadian itu sebab memang aku tak minat untuk membicarakannya..

Nak kata teruja gila-gila sangat, tidaklah..cuma, melalui cover tugasan ini, aku dapat gather semula dengan gang-gang lama..brother-brother senior sama tugas dan otai-otai photographer..ini yang lebih penting..melaluinya, macam-macam benda aku dapat belajar..selain duk tengok macam-macam gelagat manusia..

Hah..aku jumpa otai blogger, Datuk Rocky Bru..brother Bazuki Muhammad, photo Reuters pun ada datang…aku tak berani nak tegur, ada segan megan sikit aku nih..

Aku tunggu demonstrasi seterusnya..harap-harap kali ini aku dapat sesuatu..

Aku dan Facebook

Terima kasih kepada Kosmo! kerana memberi aku idea di saat tengah bengap nak update blog Cabuk aku..

Kepada yang berkesempatan, dapatkan naskah Kosmo! hari ini kerana memaparkan isu berkaitan dengan Facebook yang menjadi laman sosial popular senantero planet bumi ini…di Malaysia saja, 3.5 juta pengguna sudah mendaftar diri yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat..tua, muda, insan biasa, selebriti sehingga ke pemimpin negara..

Tau akaun siapa yang paling top..negarawan tersohor, Tun Dr Mahathir..mengumpul sebanyak 232,205 jumlah peminat..ini diikuti oleh Fara Fauzana (181,943), Scha (145,302) dan Yuna (114,355)..dan yang terakhir adalah Me..

Aku sendiri dah lupa, bila aku register untuk facebook..itupun selepas aku tengok rakan sepejabat duk sibuk layan benda nih..nampak macam best berbanding dengan Friendster..

Melayari Facebook ni sekarang dah jadi macam satu ketagihan..online saja internet, mesti nak buka laman web sosial nih..aku sendiri mengakuinya..cuma bila cuti, aku tinggalkan seketika dunia Facebook untuk hadap anak-anak aku, Dania dan Damia..

Ya..secara peribadi, aku akui ada kebaikan dan keburukan menggunakan Facebook..sebab, aku sendiri pernah terkena..tak perlu aku hurai panjang apa yang terjadi pada aku 2 minggu yang lalu, cuma ia menuntut aku lebih berhati-hati lagi mengenal siapa kawan atau musuh..terima kasih memberi suntikan kematangan kepada aku..di sebalik apa yang jadi ada hikmahnya..

Ada seorang teman sebumbung menganggap Facebook sudah menjadi seperti medium orang untuk bermegah-megah..ya, mungkin ada kebenaran..mungkin sebaliknya..ia bergantung kepada niat..ada juga yang memilih untuk berkongsi rasa amarah biarpun ia sebenarnya bersifat terlalu peribadi untuk dikongsi..

Biarpun Facebook ini dikatakan sebahagian daripada hak peribadi, tapi ada juga yang perlu berwaspada..tersilap langkah, padah juga yang ditempah..terlalu mendongak langit, sendiri pula cari penyakit..

Bijaklah kamu semua dalam memilih siapa yang berhak untuk menatap paparan page kamu..rasanya kepada penggemar laman web sosial ini pasti lebih arif mengenai hal ini..

Aku sendiri sangat selektif dalam membenarkan orang-orang tertentu untuk melihat paparan page, namun tidak terlalu rigid..Kerana…tiada apa yang aku mahu sembunyikan..aku cuma mahu berkongsi sesuatu selagi mampu dihamburkan rasa..selebihnya, biar otak hati menjiwai dan mendalami rasa itu..itu sebabnya dasar laman web sosial ini diwujudkan..apabila dibenarkan orang-orang itu menjadi kawan untuk melihat page, bermakna sebahagian atau keseluruhan dialog-dialog kehidupan kamu menjadi tatapan mereka..

Biarlah kebaikan mengatasi keburukan dalam apa-apa hal..seperti biasa, lahir sesuatu pastinya untuk kebaikan, selepas kewujudannya, ia sendiri akan menentukan hala tuju untuk cenderung ke arah kiblat mana..

wuuiisshhhh…cabuk yang berhabuk…

Aku dan Ajaran Sesat Rumah Urut

Alamak..ini punya ajaran pun ada ke…sebelum mengurut, boleh baca mantera tertentu dan siap boleh sebut nama Allah..ini penemuan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Pulau Pinang yang dipaparkan di Kosmo!..

Sebelum itu, serbuan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berjaya membanteras gang ajaran sesat di Presint 17, Putrajaya selepas pemantauan selama 2 bulan..siap ada yuran masuk, RM6,666 untuk jadi ahli..

haru biru keadaan…macam-macam hal..semua benda orang nak guna jalan singkat (short cut)..nak jadi kaya pun begitu, nak cepat naik pangkat pun ada macam-macam fiel, nak jadi lawa sanggup sedut lemak…

Sebelum cerita serbuan ajaran sesat di Putrajaya itu keluar, aku ada berborak dengan salah seorang yang cukup pakar dalam hal ajaran sesat ini (pada perkiraan aku)..brother nih pernah cover kes ajaran sesat yang boleh dikategorikan akan hebat dalam sejarah negara..Ayah Pin..

Kesimpulan yang boleh dibuat oleh brother nih mengenai ciri-ciri ajaran sesat secara keseluruhan adalah semuanya bermotifkan satu..SEKS..

Bila aku fikir-fikir balik..ada betul..kalau ikut satu-satu kes ajaran sesat, semua anak murid @ ahli, kena sesah oleh pengasas, paling tidak pun masing-masing cuba menghalalkan seks mengikut kesesatan ilmu yang dipelajari…

Mengikut cerita brother nih, sejarah cover Ayah Pin, dia dah tengok banyak anak-anak dara orang diserah secara rela kepada Ayah Pin untuk dijadikan ‘isteri’..atau lebih tepat, hamba seks..ikut kata Ayah Pin..”Kenapa perlu tolak, orang dah bagi, kena terima. Kalau ditolak, nanti kecil hati, orang kita kan memang begini,”..

Macam mana ye, apa dalam fikiran mak bapak, individu yang terbabit sampai boleh ke arah sanggup berbuat demikian..mak bapak serah anak, suami serah isteri…kalau diikutkan, tak kira apa agama di dunia ini, semua mewajibkan perkahwinan secara sah terlebih dahulu sebelum boleh menyalurkan kehendak dan naluri pasangan masing-masing..

Aku rasa, kalau nak seks semata-mata, elok saja langgan pelacur, cari sugar mummy, sugar daddy..tak pun cari la jantina berlawanan yang cukup gatal nak benda yang sama..rasanya bukan susah, takda ajaran sesat pun, dah cukup banyak orang buat seks sebelum berkahwin..sekurang-kurangnya, hanya berdosa sebab maksiat saja, bukan sampai peringkat syirik dan murtad..

Islam dah cukup cantik, pun ada nak menyimpang..susah kalau bodoh nak jadi cerdik, lebih susah bila dah terlebih cerdik..habis semua nak explore, ajaran sesat pun nak terima..

Cabuk: ada tak ketua ajaran sesat perempuan..macam tak pernah dengarlah..