Aku dan Ajaran Sesat Rumah Urut

Alamak..ini punya ajaran pun ada ke…sebelum mengurut, boleh baca mantera tertentu dan siap boleh sebut nama Allah..ini penemuan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Pulau Pinang yang dipaparkan di Kosmo!..

Sebelum itu, serbuan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berjaya membanteras gang ajaran sesat di Presint 17, Putrajaya selepas pemantauan selama 2 bulan..siap ada yuran masuk, RM6,666 untuk jadi ahli..

haru biru keadaan…macam-macam hal..semua benda orang nak guna jalan singkat (short cut)..nak jadi kaya pun begitu, nak cepat naik pangkat pun ada macam-macam fiel, nak jadi lawa sanggup sedut lemak…

Sebelum cerita serbuan ajaran sesat di Putrajaya itu keluar, aku ada berborak dengan salah seorang yang cukup pakar dalam hal ajaran sesat ini (pada perkiraan aku)..brother nih pernah cover kes ajaran sesat yang boleh dikategorikan akan hebat dalam sejarah negara..Ayah Pin..

Kesimpulan yang boleh dibuat oleh brother nih mengenai ciri-ciri ajaran sesat secara keseluruhan adalah semuanya bermotifkan satu..SEKS..

Bila aku fikir-fikir balik..ada betul..kalau ikut satu-satu kes ajaran sesat, semua anak murid @ ahli, kena sesah oleh pengasas, paling tidak pun masing-masing cuba menghalalkan seks mengikut kesesatan ilmu yang dipelajari…

Mengikut cerita brother nih, sejarah cover Ayah Pin, dia dah tengok banyak anak-anak dara orang diserah secara rela kepada Ayah Pin untuk dijadikan ‘isteri’..atau lebih tepat, hamba seks..ikut kata Ayah Pin..”Kenapa perlu tolak, orang dah bagi, kena terima. Kalau ditolak, nanti kecil hati, orang kita kan memang begini,”..

Macam mana ye, apa dalam fikiran mak bapak, individu yang terbabit sampai boleh ke arah sanggup berbuat demikian..mak bapak serah anak, suami serah isteri…kalau diikutkan, tak kira apa agama di dunia ini, semua mewajibkan perkahwinan secara sah terlebih dahulu sebelum boleh menyalurkan kehendak dan naluri pasangan masing-masing..

Aku rasa, kalau nak seks semata-mata, elok saja langgan pelacur, cari sugar mummy, sugar daddy..tak pun cari la jantina berlawanan yang cukup gatal nak benda yang sama..rasanya bukan susah, takda ajaran sesat pun, dah cukup banyak orang buat seks sebelum berkahwin..sekurang-kurangnya, hanya berdosa sebab maksiat saja, bukan sampai peringkat syirik dan murtad..

Islam dah cukup cantik, pun ada nak menyimpang..susah kalau bodoh nak jadi cerdik, lebih susah bila dah terlebih cerdik..habis semua nak explore, ajaran sesat pun nak terima..

Cabuk: ada tak ketua ajaran sesat perempuan..macam tak pernah dengarlah..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: