Aku dan Facebook

Terima kasih kepada Kosmo! kerana memberi aku idea di saat tengah bengap nak update blog Cabuk aku..

Kepada yang berkesempatan, dapatkan naskah Kosmo! hari ini kerana memaparkan isu berkaitan dengan Facebook yang menjadi laman sosial popular senantero planet bumi ini…di Malaysia saja, 3.5 juta pengguna sudah mendaftar diri yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat..tua, muda, insan biasa, selebriti sehingga ke pemimpin negara..

Tau akaun siapa yang paling top..negarawan tersohor, Tun Dr Mahathir..mengumpul sebanyak 232,205 jumlah peminat..ini diikuti oleh Fara Fauzana (181,943), Scha (145,302) dan Yuna (114,355)..dan yang terakhir adalah Me..

Aku sendiri dah lupa, bila aku register untuk facebook..itupun selepas aku tengok rakan sepejabat duk sibuk layan benda nih..nampak macam best berbanding dengan Friendster..

Melayari Facebook ni sekarang dah jadi macam satu ketagihan..online saja internet, mesti nak buka laman web sosial nih..aku sendiri mengakuinya..cuma bila cuti, aku tinggalkan seketika dunia Facebook untuk hadap anak-anak aku, Dania dan Damia..

Ya..secara peribadi, aku akui ada kebaikan dan keburukan menggunakan Facebook..sebab, aku sendiri pernah terkena..tak perlu aku hurai panjang apa yang terjadi pada aku 2 minggu yang lalu, cuma ia menuntut aku lebih berhati-hati lagi mengenal siapa kawan atau musuh..terima kasih memberi suntikan kematangan kepada aku..di sebalik apa yang jadi ada hikmahnya..

Ada seorang teman sebumbung menganggap Facebook sudah menjadi seperti medium orang untuk bermegah-megah..ya, mungkin ada kebenaran..mungkin sebaliknya..ia bergantung kepada niat..ada juga yang memilih untuk berkongsi rasa amarah biarpun ia sebenarnya bersifat terlalu peribadi untuk dikongsi..

Biarpun Facebook ini dikatakan sebahagian daripada hak peribadi, tapi ada juga yang perlu berwaspada..tersilap langkah, padah juga yang ditempah..terlalu mendongak langit, sendiri pula cari penyakit..

Bijaklah kamu semua dalam memilih siapa yang berhak untuk menatap paparan page kamu..rasanya kepada penggemar laman web sosial ini pasti lebih arif mengenai hal ini..

Aku sendiri sangat selektif dalam membenarkan orang-orang tertentu untuk melihat paparan page, namun tidak terlalu rigid..Kerana…tiada apa yang aku mahu sembunyikan..aku cuma mahu berkongsi sesuatu selagi mampu dihamburkan rasa..selebihnya, biar otak hati menjiwai dan mendalami rasa itu..itu sebabnya dasar laman web sosial ini diwujudkan..apabila dibenarkan orang-orang itu menjadi kawan untuk melihat page, bermakna sebahagian atau keseluruhan dialog-dialog kehidupan kamu menjadi tatapan mereka..

Biarlah kebaikan mengatasi keburukan dalam apa-apa hal..seperti biasa, lahir sesuatu pastinya untuk kebaikan, selepas kewujudannya, ia sendiri akan menentukan hala tuju untuk cenderung ke arah kiblat mana..

wuuiisshhhh…cabuk yang berhabuk…

    • Penjelajah Blog
    • February 17th, 2010

    Hebat fafau😉

  1. memang ble tahan gak la hebat..yang ME tu pn xkurang hebat ye..

    • Penjelajah Blog
    • February 17th, 2010

    ME tuh gapooo bohh? dok kena pehey, hahaha

  2. acu cubo demo clik kt tulisan ME tuh..hok tu pn ado peminat sendiri..hehehehee

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: