Aku dan Main Gila

Gambar hiasan oleh Farizwan (Utusan)

CERITA seorang rakan ketika berkunjung ke Pakistan,  berada di sana dengan status warga asing, setiap detik dan saat  di bumi itu seperti rasa diburu.
Ini kerana, cerita rakan itu, pihak berkuasa di sana sangat  ’rajin’ dalam menguatkuasakan undang-undang mereka le bih-lebih lagi berkaitan dengan tempoh visa pelawat.
Anda kata ada orang luar yang memasuki negara ini untuk tempoh lima hari dan dan ia tertera pada visa pelawat, sebelum tempoh itu  tamat, pihak berkuasa imigresen Pakistan sudah mula men jejaki anda di hotel atau di mana-mana sebelum diarah bersedia  untuk keluar atau memperbaharui tempoh visa tersebut.
Bukan mahu mengangkat martabat negara yang turut berada dalam senarai negara komanwel negara kita namun di  sebalik kisah itu, jelas dapat dilihat betapa keseriusan pihak  berkuasa di sana dalam menangani kemasukan warga asing ke  negara mereka.
Dalam atmosfera Pakistan yang boleh dikatakan jauh terkebelakang dari negara ini serta kerap berlaku kacau bilau  namun kehadiran warga asing ke negara itu bukan menjadi satu  masalah yang besar berbanding negara ini.
Malaysia, sehingga ke hari ini tiada mekanisme mahupun  sistem yang terbaik untuk menangani masalah kebanjiran  warga asing terutama yang dikategori sebagai pendatang tanpa  izin (PATI).
Malahan, melalui kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, penambahbaikan sistem  maklumat yang ada baru saja mahu dikaji sedangkan setiap hari  pasti ada saja warga asing melintasi sempadan negara manakala  yang datang dengan pas pelawat sah semakin ramai yang  tiba-tiba ‘hilang’ begitu sahaja.
Dalam hal itu, Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM),  Datuk Muhammad Abdul Ghani menggesa kerajaan  agar meningkatkan daya upaya pihak berkuasa yang berkaitan  lebih-lebih lagi Jabatan Imigresen supaya lebih efisien dan  efektif.
“Rasanya tak perlu nak tunggu sampai nak buat operasi, baru nak kesan dan tangkap PATI, cuba jadikan pemeriksaan sebagai  tugas rutin, kena lebih rajin dan proaktif, kita ada kakitangan  penguat kuasa yang mantap.
“Kesan mereka (PATI) sehingga akar umbi termasuk pergerakan mereka melalui tempoh visa atau permit kerja, jadi  mudah untuk jalankan penguatkuasaan,” katanya.
Menurutnya, selain Jabatan Imigresen, negara ini bertuah mempuyai kekuatan bersepadu pihak berkuasa yang lain  seperti Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta  Ikatan Relawan Rakyat (Rela) yang turut mempunyai kuasa  untuk mengesan dan menangkap PATI.
Justeru katanya, penguatkuasaan bukan menjadi satu masalah yang besar cuma hanya dengan sistem dan perancangan yang terbaik mampu untuk menangani masalah yang sudah menjadi barah kepada negara ini.
Bagi Pertubuhan Malaysia Bebas PATI (Patree) yang baru setahun jagung penubuhannya dalam usaha untuk membantu kerajaan membanteras kebanjiran PATI di negara ini, pe nguatkuasaan di pintu masuk sempadan negara perlu di pertingkatkan, bukan hanya dibuat secara sambil lewa.
Presidennya, Zul Azhar Cha yang cuba membandingkan sistem Jabatan Imigresen Thailnad dengan negara ini katanya, pihak tersebut jauh lebih ‘matang’ dalam menangani hal itu.
“Kepada sesiapa yang biasa ke negara itu, di kaunter pihak berkuasa mereka, imej atau gambar anda pasti akan diambil.
“Jadi, jangan terkejut, ada pegawai yang mampu mengenali anda selepas beberapa kali memasuki negara mereka kerana semua itu terdapat dalam sistem mereka,” tambahnya.
Cabuk: bila baca balik cerita nih, nak gelak sorang-sorang pun ada..memang aku Main Gila..
    • mywanfai
    • February 24th, 2010

    sejak balik KL kemain dahsyat lg member aku ni… x lama lg boleh menang kajai

  1. aaaii..ke situ pulak..aku cabuk je..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: