Aku dan Kopitiam

Menerusi laporan Kosmo!, hanya dua buah kopitiam daripada beratus-ratus yang ada di seluruh negara mempunyai sijil dan logol halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)..

1) Pak Hailam Kopitiam

2) Jonker Walk Kopitiam

Selebihnya hanya mendapat ‘lesen’ itu daripada pihak swasta..yang mana ia tidak diiktiraf oleh Jakim dan kerajaan sebagaimana arahan oleh Kabinet pada Julai tahun lalu yang memberi kuasa kepada Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) saja yang mempunyai hak esklusif itu…

Mungkin ada yang masih samar-samar dalam hal ini..walaupun sudah membaca pendedahan oleh Kosmo!..penulisan mengenai perkara ini tertumpu kepada sijil dan logo yang halal diperolehi oleh pengusaha kopitiam ini..

Jika dilihat melalui gambar, ia sudah jelas menampakkan perbezaan antara dua logo..yang ini kita boleh kesan..bagaimana pula yang disebaliknya..pengguna nampak logo halal, terus masuk kedai..nampak ayat Quran, terus masuk kedai..nampak pak aji, mak aji, pun terus masuk kedai..cerita di belakang dapur, tiada siapa yang tahu..

Inilah perjuangan Jakim yang turut dibantu oleh Kosmo!..standard dan piawaian yang ditetapkan oleh Jakim dalam mengeluarkan sijil dan logo halal sangat tinggi, bukan sewenang-wenangnya..berbanding dengan pihak swasta, dikatakan dengan mudah memberi ‘lesen’ itu…ada wang, boleh jalan..

Pemeriksaan dan pemantauan dijalankan dengan penuh teliti, walaupun Jakim secara zahiriah dilihat sebagai custody untuk pengeluaran sijil dan logo halal namun dalam proses itu turut melibatkan pelbagai pihak yang lain seperti Sirim dan Kementerian Kesihatan..kelulusan daripada semua pihak yang terlibat, baru terkeluar sijil dan logo halal..

Tersilap haribulan, nah, seperti yang didedahkan oleh Jakim, ada penggunaan bahan yang terlarang dalam hukum syarak dalam penyediaan makanan..guna arak, guna wain..belum cerita lagi dapat bekalan ayam atau daging dari mana serta cara sembelihan ia dibuat..ada pula yang turut menjual arak di premis mereka..walhal, terang lagi bersuluh menggunakan logo halal…semua ini diambil kira..

Dalam hal ini, apabila orang bertanyakan mengenai status halal premis itu, tiada siapa yang dapat memberi jawapan..termasuk Jakim..kerana pengusaha kopitiam itu tidak melalui proses seliaan Jakim..jadi, tidak boleh kata halal atau menghukum premis itu haram..bukti perlu disahihkan..beban itu yang menjadi kesukaran kepada Jakim..

Yang nyata, sumber Kosmo! dalam hal ini bersandarkan kepada Bahagian Hub Halal Jakim, yang bertanggungjawab dalam hal ini..bukan
main ikut sedap hati saja..buat cerita merepek..

Betul juga kata seorang pemimpin secara peribadi kepada Kosmo!..Malaysia yang sudah hampir 53 tahun merdeka, masih tiada peruntukan undang-undang dan akta yang jelas mengenai HALAL..walhal, dalam perlembagaan, Malaysia adalah negara Islam dan Islam sebagai agama rasmi..ironik sungguh..

Justeru, diharap Jun nanti, pindaan pada Akta Perihal Dagangan 1972 dan 1975 menjadi kenyataan selain dibantu Akta Halal yang ingin diwujudkan..maka selepas itu, Jakim akan menjadi soul custody dalam pelaksanaan halal..

Cabuk: Sama-sama berdoa ke arah itu..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: