Archive for March, 2010

Aku dan Pencuri Roti Kaya

Seperti hari-hari biasa bekerja, melayari laman sosial, Facebook sudah menjadi amalan wajib aku di pejabat..entah puaka apa benda nih sampai susah nak tinggal…satu fiel yang cukup suka aku buat bila membuka Facebook, membaca status kawan-kawan dan meninggalkan komen, jika perlu..

Kelmarin, seorang rakan sebumbung, Suhana, menulis sesuatu yang cukup menarik di paparan statusnya..aku secara kebetulan berada di Parlimen, sedang khusyuk mendengar perbahasan, berhenti seketika untuk membawa status itu..

“kejadian pagi ini rumah jiranku: telah dimasuki pencuri yang hanya mencuri roti dan kaya, dapat tangkap dan bila ibuku tanya kenapa adik mencuri, jawapan dia sangat jujur, “saya lapar cik”..- sambil dia memegang erat roti yang dicuri itu”

Aku turut meninggalkan komen selepas beberapa orang yang lain melakukan perkara yang sama….Kata aku…. “salah tetap salah..undang2 tetap undang2..cuma, pertimbangan mengatasi segala-gala..ambil pedoman apa yang berlaku”…. Suhana membalas …. “abg hakim: yes, undang-undang tetap undang-undang, salah memang salah sebab mencuri tapi mengapa sesetengah orang tiada pertimbangan…. balas aku semula….” orang mane yg tiada pertimbangan..?????….. selepas itu Suhana hanya membalas ia tidak perlu dijelaskan…membaca komen individu yang lain, kecuali Amirah, masing-masing bersimpati kepada si pencuri dan tidak bersetuju dengan tindakan membawa budak Sabah itu kepada polis..untuk rekod juga, dikatakan si pencuri positif dadah selepas ujian air kencing dijalankan…

Menilai kejadian itu, aku tetap seperti kenyataan yang tertulis di atas..namun, ada yang tidak memahami apa yang tersirat melalui ayat itu..membaca komen Amirah, hampir tepat untuk menunjukkan apa yang cuba aku sampai kan..

Aku ulang pertanyaan aku semula, orang mana yang tiada pertimbangan..antara aku dan Suhana, masing-masing tahu perkara itu..seperkara yang orang tak nampak benda ini..mengapa selepas berlaku kejadian itu, baru heboh nak mengungkit mengenai pertimbangan..mengapa tidak sebelum kejadian berlaku…

Jangkaan aku, budak itu barangkali sudah terbiasa di kawasan itu..kawasan perumahan itu menjadi tempat permainannya..kalau tidak, masakan berani menceroboh rumah di kawasan yang dia sendiri tidak biasa..setakat mahu meragut @ mencopet, ia mungkin..

Ada sesiapa yang ambil tahu mengenai kewujudan budak itu di situ..mundar-mandir sekitar kawasan, kemungkinan macam budak terbiar, ada sesiapa yang nak tegur..di mana pertimbangan masyarakat ketika itu, tidak mengambil berat terhadap komuniti yang ada di kawasan mereka..menghisap dadah bukan alasan untuk menjauh diri daripada budak itu..ini adalah masalah masyarakat..sama-sama selesaikan..mungkin sebelum dia mencuri, pasti ada yang sudah terlihat dia kelihatan lapar, mengapa ketika itu tiada pertimbangan untuk memberi sesuap makanan untuk menghilangkan rasa itu sampai perlu dia mencuri…

Inilah penyakit masyarakat sekarang..lebih kronik daripada HIV, AIDS, Kanser…lebih susah kalau ada individu yang tak mahu hidup bermasyarakat..tak nak ambil kisah apa yang berlaku di sekeliling..kau dengan hidup kau..aku dengan hidup aku..alih-alih nanti, bijak pula menunding jari..

Aku akui bercakap memang mudah..hidup mesti mahu bermasyarakat..baru ada jemaah..baru ada semangat ummah..jadi semua masalah boleh diselesaikan..nanti, nak mandi mayat, kalau keluarga terdekat tak boleh, hah, masyarakat setempat juga nak diharapkan..takpala jaga tepi kain orang, ini perkara biasa..cuma dalam zaman sekarang, bukan jaga tepi kain, heboh sampai dalam kain pun nak jaga..haru..

Aku, Fitnah dan Zulkefli Noordin

Dosa fitnah ini lebih besar daripada dosa membunuh..ini semua tahu bukan..tapi masih juga ada yang berani buat..termasuk yang mengaku Islam..

Hari ini, di Sidang Dewan Rakyat, bergema dengan luahan dan pendedahan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkefli Noordin mengenai perbuatan fitnah yang cukup popular digunakan sekarang terutamanya dalam politik..malah, beliau mengaku turut terlibat dalam melaksanakan perbuatan memfitnah untuk tujuan politik kotor..ada yang dibuat, ada juga yang ditolak..

“Saya pernah diminta untuk membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam pembunuhan model dari Mongolia, Altantuya Shaaribu. Saya diminta mendapatkan pengakuan bersumpah Perdana Menteri dan isteri terlibat dalam kes pembunuhan itu, malah saya diminta membuat surat akuan bersumpah mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam pembunuhan itu.

“Saya pernah diminta untuk mengaibkan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz dengan menggunakan kes satu pembunuhan pada 2004 apabila anak Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu (Nadim) secara kebetulan berada di lokasi kejadian.

“Tawaran yang dibuat cukup menggoyahkan iman, mujur dengan lindungan Allah daripada terlibat dengan perbuatan fitnah,”..

Meremang bulu roma aku bila kenyataan ini dibaca..kekesalan kedengaran dalam nada Zulkefli sambil mahu memohon maaf atas perbuatan fitnah yang dibuat selama 12 tahun berkecimpung dalam tugas itu terhadap mangsa percaturan politik kotor itu..selepas ada gangguan daripada pihak ke-3, Zulkefli menarik diri daripada menjadi peguam dalam kes Altantuya..

Untuk pengetahuan rekod, tiada siapa yang mencelah ketika pendedahan ini dibuat…persoalan mengenai siapa yang MEMINTA dan MENGARAH Zulkefli melaksanakan tugasnya, masih tinggal tanda tanya..

Aku hormat pada pendirian YB ini yang cukup tegas dalam berkaitan dengan Islam..Beliau juga cukup bijak apabila tidak mahu terlibat dalam perbuatan fitnah..malah lebih tinggi rasa hormat aku pada dia apabila berani mengaku kesalahan yang telah dilakukan dan menyesali perbuatan itu..biarlah orang sifatkan ia adalah sebahagian permainan orang politik atau hanya berani bercakap di Dewan Rakyat, biarlah..boleh hitung dengan jari tangan, campur jari kaki, orang yang berani buat sedemikian, tidak kira orang politik atau orang biasa..aku turut bersetuju dengan YB ini apabila dia meluahkan bahawa politik masa kini cukup kotor…

Aku sendiri secara peribadi cukup pantang dengan fitnah..lebih-lebih lagi mempercayai bulat cakap-cakap orang saja tanpa mencari bukti dan keterangan..orang Islam mudah membuat fitnah terhadap orang Islam..dan mudah pula mempercayai fitnah orang bukan Islam terhadap orang Islam tanpa usul periksa pula..apa nak fitnah sangat, ayuh saja berdepan..berdebat..perlu bertarung, kita buat..baru anak jantan..

Aku sifatkan fitnah ini kerja orang bodoh saja..lebih bodoh apabila orang yang mendengar fitnah, mudah pula nak percaya..fitnah yang hanya bersifat andaian saja tanpa mengetahui perkara sebenar, ini adalah ideologi kolot manusia tak kira orang tua yang nak menjengah kubur, orang muda yang tidak mahu tembelangnya pecah..

Aku lebih rela membunuh orang setelah mendapati dia benar-benar bersalah dalam sesuatu perkara daripada menabur fitnah membabi buta…ini tekad aku andai kata pertimbangan hilang dalam kawalan..namun, pancaindera berlima aku masih berfungsi dengan baik..kurniaan Tuhan pada aku juga masih ada, tidak ditarik balik..

Aku dan Ibrahim Ali

Semalam, ramai menjangkakan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali bakal mencuri tumpuan sidang Dewan Rakyat dengan pendedahan yang ingin dibuat berkaitan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim..malah aku sendiri dipertanggungjawabkan untuk fokus terhadap perkara tersebut..

Alih-alih, tindakan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan bangun untuk berhujah sebelum Ibrahim berkaitan dengan kenyataan Anwar mengenai penglibatan Apco Worldwide, ejen Yahudi, dalan urusan kerajaan, mula mengundang kekecohan dewan..

Bayangkan, punyalah haru, ahli-ahli parlimen berjaya dengan sukses menukar atmosfera bangunan berprofil tinggi itu menjadi seperti Zoo..pekik-memekik, jerit-menjerit, tikam lidah berlaku menjadi tatapan tetamu yang hadir terdiri daripada pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi…sampai jantan betina pun terkeluar, heboh sampai jadi isu..

Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), R.Sivarasa (PKR-Subang), Datuk Idris Harun (BN-Tangga Batu), Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan), antara watak-watak utama dalam drama itu..

Rumusan aku..kebudak-budakan..

Berbalik kepada Ibrahim, kekecohan yang berlaku berlarutan sehingga sejam 10 minit mencuri masa keemasan untuk menjadi hero of the day..pada hemah aku, Ibrahim sendiri tidak menjangkakan hujah Abdul Rahman pula menjadi tumpuan berbanding dengan apa yang ingin disampaikan olehnya..jika Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berjaya memenuhi slot muka depan akhbar ketika membuat pendedahan mengenai Anwar, mengapa dia tidak boleh berbuat perkara yang sama..

Biarpun pada mula Ibrahim berjaya mencelah untuk mendapat kebenaran Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee meneruskan ucapannya tapi Ibrahim hilang sabar apabila campur tangan oleh Dr. Mohd. Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) menyuruhnya duduk…

HOOOOOOOIIIIIIIII.….Ibrahim menjerit….dengan menghempas kertas ke meja di hadapannya…..Itu klimaks babak-babak ala zoo negara semalam…

Limelight Ibrahim berjaya dicuri dengan sepenuhnya..sampai butiran ucapannya tidak diendahkan biarpun mempunyai nilai berita…mungkin, Ibrahim pulang semalam dengan seribu satu kekecewaan atas apa yang berlaku..membaca akhbar hari ini pun, pasti beliau merasa tawar hati melihat cerita Anwar diberi masa seminggu untuk menjelaskan dakwaannya bahawa gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditiru daripada slogan 1Israel pula dipaparkan lebih besar daripada pendedahan yang dibuat..

Simpati aku pada Ibrahim..mungkin semalam bukan hari dia..mungkin ada hikmahnya..siapa tahu..tunggu saja sehingga sidang tamat nanti..

Aku, Parlimen Hari ke-3 dan Zahrain Hashim

Masuk hari ke-3 aku di sini..hari ini aku one man show saja..sama macam brother Harian Metro…hehehe..rasa boleh deliver..

Semalam, heboh Dewan Rakyat dengan pendedahan eksklusif oleh Ahli Parlimen Bebas, Datuk Seri Zahrain Hashim mengenai punca beliau meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan dalam ucapannya, beliau turut menghentam Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai angan-angan merampas Putrajaya pada 16 September 08 untuk mengambil alih kerajaan..

Hari ini, beliau berucap lagi..nada yang sama turut diulang..sampai ada yang perasan..mula bertambang berang..muka naik perang..rasa macam nak bagi penerajang..

Biarpun ada nilai berita untuk ditulis, aku secara jujur mula naik bosan..lihat perangai kebudak-budakan ahli dewan yang terdiri daripada ahli Parlimen ini..bermula dari hari kedua sehingga kini, pantang saja ada yang tak kena, habis semua nak mencelah..nak tunjuk petah..kononnya atas dasar berhujah..

Secara peribadi, aku bersependapat dengan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Mariah Mahmud..semua ini hanya membuang masa..dewan rakyat juga dipergunakan, disalah guna..mentang-mentang tempat itu kebal..banyak perkara lain yang harus diperbincangkan..diperdebatkan..diputuskan..cukuplah dengan sekali pendedahan, walhal orang di luar sendiri dah tau perangai sorang-sorang ahli politik, tak payah diulang-ulang tayang..

Dewan yang sepatutnya digunakan untuk memutuskan perkara yang penting, dah jadi medan untuk orang menyalak tak tentu hala..sekali-sekala, boleh, tak salah..sebab, baru meriah..tapi bila dah kerap, semua cakap-cakap dah jadi busuk macam getah sekerap..

Bilalah nak sudah…

Aku dan Parlimen

Masuk hari kedua aku berada di Parlimen..menghadiri sidang Dewan Rakyat…satu lagi pengalaman baru untuk aku…tak tahu lagi aku sama ada akan berterusan ditugaskan di sini..

Selama ini, aku hanya berpeluang untuk membuat liputan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang jauh lebih kecil kapasiti dari segi ahli dan bidang kuasa..Parlimen, di mana terletaknya Dewan Negara dan Dewan Rakyat, kuasa yang jauh lebih besar seperti termaktub dalam Perlembagaan…

Mungkin aku dapat lihat sendiri dengan mata kepala jasad drama yang selama ini aku hanya dengar melalui cakap-cakap orang..bahkan, semalam, aku dapat lihat beberapa babak-babak drama yang aku kira memalukan berlaku di hadapan mata aku sendiri..

Lihat saja babak-babak itu..

Aku dan Manohara Diburu

Setinggi tahniah kepada rakan sejawat kerana berjaya memecah tembok ‘monopoli’ aku dalam hal-hal berita berkaitan dengan Manohara Odelia Pinot..tahniah juga sebab berjaya menghubungi responden yang bertanggungjawab untuk melunaskan tuntutan susulan yang diarahkan..

Sebenarnya bukan monopoli tapi bekerjasama berkongsi tugas..sebelum ini ada orang lain yang pernah mengambil alih tugasan ini tapi dikesan gagal untuk menyempurnakannya..mungkin kurang bernasib baik..tapi sekurang-kurangnya biar semua tahun bukan mudah untuk menjalankan amanah ini..

Manohara diburu..itu tajuk beritanya..nampaknya gaya, Tengku Temenggong Kelantan sangat serius dalam hal ini untuk membersihkan imej beliau yang sudah tercalar dek dakwaan fitnah yang dibuat oleh isterinya itu dan Daisy Fajarina (ibu Mano)..selepas peruntukan undang-undang di negara ini menyebelahi Tengku Muhammad Fakhry, kini baginda bersedia untuk ke Indonesia..

Umum pasti sedar, Tengku Temenggong Kelantan termasuk pasukan peguam yang dilantik tidak mahu dicop sebagai tidak bijak apabila mengetahui perintah undang-undang negara ini tidak ‘valid’ di Indonesia, jadi mengejar Manohara sehingga ke lubang cacing, itu matlamat hakiki..sebenarnya, cadangan untuk meneruskan prosiding undang-undang sivil di Indonesia sudah lama diketahui..bukan RM6 juta itu yang dikejar tapi imej yang bersih dituntut oleh Tengku Muhammad Fakhry..

Di sebalik kemelut rumah tangga yang masih tidak berkesudahan, masih juga ada orang yang bertanya kepada aku, adakah benar Manohara didera…jujurnya, aku sendiri tidak tahu..namun, hasil maklumat yang diperolehi berkaitan dengan Tengku Temenggong Kelantan dan Daisy, dua watak utama ini daripada sumber yang boleh dipercayai, ada sesuatu yang menarik aku temui..

sekadar gambaran…

Keturunan raja..siapa yang tidak kenal..kalau nak bercerita pasal raja, anak raja, kerabat raja, tak kisah mana punya keturunan, sah macam-macam cerita yang terkeluar..satu saja ayatnya yang pasti sama..’mereka anak raja, kerabat raja, keturunan raja, boleh buat apa-apa saja’..

Beberapa warga Indonesia, yang bijak pandai sampai kepada yang pandai bertukang termasuk yang mempunyai akses rapat dengan keluarga ini, satu nada saja kenyataan yang dikeluarkan apabila aku mengajak berbicara mengenai kes ini..lebih-lebih lagi membabitkan Daisy..aku sendiri agak terkejut dengan pendedahan itu..

Jadi, dalam ini, siapa yang lebih bijak,licik, bijak mengguna peluang dan mengambil kesempatan, pasti akan mencapai apa yang diingini..bagi aku, masih belum ada rumusan tepat, lengkap, penamat dalam kes ini..aku bukan manusia yang hanya bergantung kepada cakap-cakap saja..fakta, bukti, taakulan, itu mainan aku..

kita lihat babak seterusnya..

Aku dan Amukan Tukul Besi di Tadika

Aku rasalah kan mamat misteri yang serang budak-budak Tadika Sinario dekat Muar semalam sure kalah main guli dengan budak-budak tuh..confirm la..

Baru nak mencebur diri dalam bidang permainan itu, sure mamat tuh kalah teruk sampai terpaksa berhutang untuk membeli guli yang baru..bila dah takda modal nak beli, mula nak dapat benda free..dia datang ke tadika tersebut, dengan hajat nak curi guli budak-budak tuh, alih-alih tak jumpa..langsung mengamuk..

Rasanya dah betul cerita aku nih..orang dewasa mana yang nak serang budak-budak tak tentu pasal..sampai nak ketuk kepada pakai tukul besi..kalau tak hilang akal sah layan dadah.. dah lah belum cukup umur, aku ingat maksud perkataan mengamuk pun diorang tak tahu..

Tau dek orang, sah kena gelak..dalam kes ini, bukan kene gelak tapi sah akan ditangkap polis..tanggunglah akibatnya..angkara kalah guli..