Aku dan Perbahasaan Jabatan Agama

Aku rasa mungkin ramai yang biasa dengan panggilan Ustaz dan Ustazah, haji dan hajjah, lebai, pak imam, tok bilal..lebih-lebih lagi apabila pandangan pertama anda menilai individu itu melalui pemakaian mereka yang bersongkok, berkopiah, memakai serban atau memakai tudung, tak kira labuh atau tidak..

Jangan main-main tau, semua perkara di atas ini ada disebut dalam undang-undang Akta Pengangkutan Jalan..teringat masa cover kes pelajar pondok disaman oleh polis sebab tak pakai helmet, dia pakai serban..dikatakan layak dipanggil lebai kerana memakai serban membolehkan dia dilepaskan daripada di saman berdasarkan Kaedah 4 Motosikal (topi keledar keselamatan) 1973..sayang, aku ingat boleh menang kes ini..aku suka kebijaksanaan peguam dalam berhujah..hebat sebab dia buat homework..

Tak mengapa..lupakan saja kes itu..ada benda yang ingin aku sampaikan..

Secara kebetulan, aku mendapat idea di atas selepas hampir dua minggu aku dok sibuk mengadap orang-orang daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengenai projek halal..dan yang terbaru, hari ini, aku buat liputan mengenai 1Wilayah 1Jam oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi)..

Aku nampak sesuatu yang agak hampir sama dengan perkara yang aku usahakan sebelum ini iaitu 1Malaysia 1Halal..aku pernah menulis mengenai perbahasaan halal (logo halal, ayat Quran, gambar Kaabah, pekerja memakai kopiah atau tudung) yang digunakan sebagai taktik licik oleh sesetengah peniaga untuk memancing pengguna Islam berkunjung ke premis mereka..penggunaan perbahasaan halal ini termaktub dalam Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan Halal) 1975.

Aku nampak sesuatu di jabatan agama yang boleh aku gelar perbahasaan jabatan agama..kalau aku tak silap, melalui pendengaran aku, kakitangan di situ dipanggil dengan gelaran ustaz atau ustazah…tak kira tua muda, semua dipanggil begitu.satu lagi pula aku nampak kakitangan di situ terutama lelaki, kebanyakan memakai songkok atau kopiah..serban, aku tak jumpa lagi..

hehehehe..mungkin ini pun boleh digelar perbahasaan..cuma tak tahulah perbahasaan itu wajib diguna pakai atau sebaliknya..yela..mungkin itu tatatertib bahasa panggilan dan pemakaian di situ, bukan akta atau undang-undang..

Aku tersenyum sorang-sorang bila aku tengok dan terkenang benda ini..memang jadi kebiasaan agaknya..rupa-rupanya, ia bukan saja menjadi praktis dalam masyarakat, di jabatan agama pun begitu juga..sama ada aku tak perasan, atau aku buat tak tahu..tapi ada kenalan di jabatan agama, aku tak panggil dia ustaz atau ustazah, aku panggil nama saja..

Ha..haa..haaa..jangan mahu bikin spekulasi yang bukan-bukan..tujuan aku untuk memasukkan entry ini bukan untuk persoalkan apa-apa, kebetulan aku nampak dua perkara yang sama..takda pula niat lain..lagipun, mahu update ini Cabuk lah..

  1. sejak kira-kira 10 tahun lalu, aku mula menjalin hubungan baik dgn pihak jAKIM menjadikan aku selalu membongkar kes-kes halal-haram bersama Ustaz Amri dan pegawainya , Nizam. Ketika itu, macam2 kes dibongkar. daging babi disimpan satu peti sejuk dgn ayam, sembelihan guna stanz yang mana ayam akhirnya menjadi bangkai, kes2 pengusaha Islam memberikan konsesi kepd bukan Islam utk membuat roti mereka, sosej dan mcm2 lagi. itu belum lagi pekerja Islam Indon menggaul daging babi dlm sosej dan dijual sebagai halal.
    Pengalaman bersama Ustaz Amri semasa kami mula2 gerakkan usaha ini, amat perih. Jakim tak boleh bagi statement, penguatkuasa Jakim dilihat sebagai ‘org ikutan’, malah hanya boleh bertindak sebagai pengadu. Kuasa pd KPDN. Semuanya terbatas.

    Lama kelamaan, tradisi itu saya usaha pecahkan sehingga kini Jakim sdh boleh bagi kenyataan mengenai serbuan yg dilakukan.
    Anda boleh tanya, bagaimana peritnya kami masa mula2 dahulu utk menjalankan tugas, berbagai karenah birokrasi dan mcm2 ugutan pihak luar kami terima. NAsib baik, KPDN merupakan rakan paling ideal dlm tugasan ini.

    Itu belum lagi kes2 di mana, saya sendiri dan penguatkuasa merasa kasihan utk merampas barangan yg menggunakan logo Halal Jakim tanpa kebenaran, sebab ia dilakukan oleh pengusaha Islam sendiri. pelbagai alasan diberikan, namun barang tetap dirampas kerana undang2 tetap undang2 dan banyak kes yg saya tidak siarkan di dalam media kerana ‘memberi peluang’ kpd pengusaha itu membaiki kesilapan lalu (walaupun, kebanyakannya mereka sengaja melakukan kesilapan itu, tetapi pura2 tdk tahu ).

    Mereka yg sibuk dlm perbahasan itu, mereka tidak tahu apa yg berlaku di luar sana. Paling tidak, mereka kata, penguatuasa hanya mencari glamer, sedangkan isa merupakan jihad kami utk menyedarkan masyarakat. Malangnya, tindakan dilakukan, menyebabkan jakim selalu dilabel sebagai sabotaj org Melayu, Islam, tanpa mengambil kira, mereka yg memanipulasi isu halal itu, merekalah yg sebenarnya pengkhianat agama.
    Sebenarnya, tindakan perlaksanaan ke arah AKta Halal terlalu perlahan. Logo Jakim contohnya, sudah lama dipermain2kan oleh byk pihak- Islam atau bukan Islam. Dan paling mengharukan, dalam setiap kes, Jakim hanya boleh bertindak sebagai pengadu, dan bukan pelaksana penguatkuasaan.

    Kenapa perlu tunggu hingga tengah tahun dibentang dan dilaksanakan tahun hadapan? Tidak relevan dgn war2 Malaysia sebagai Hub Halal dunia, walhal akta sendripun masih belum dibentangkan. Sepatutnya, Akta Halal sudah wujud 10 tahun lalu.

    Kepada yg hanya pandai bercakap, hentikanlah. Turunlah ke padang, baru tahu betapa rumitnya permasalahan halal ini dan konflik yg dhadapi penguatkuasa dlm menjalankan tugas. Sudah beribu seminar dibuat, tetapi hasilnya macam tong kosong.
    Saya berani meluahkan ini kerana saya terlibat secara langsung dalam liputan pengkuatkuasaan dan menyiarkannya dgn saya mengambil risiko boleh disaman atau sebagainya. namun, demi menyampaikan mesej kepada rakyat dan utk umat Islam khasnya, saya tetap lakukannya.

    Soalan saya kpd pembaca, pernah anda semua fikirkan, di jabatan kerajaan yg berkaitan agamapun, masih ada yg mempunyai hasad dengki, adu domba malah usaha menjatuhkan sesama sendiri semata2 kerana rakan seorang lagi itu ada kelebihan dan menjalankan tugas dgn cemerlang.
    Cuba lihat dalam kamus, apakah makna perkataan ustaz itu…
    Salam ondscene.

  2. caya la…bro…bile bole ketemu ni..boleh berborak mesra..xpuas kat blog ni..hahahha..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: