Aku dan Ibrahim Ali

Semalam, ramai menjangkakan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali bakal mencuri tumpuan sidang Dewan Rakyat dengan pendedahan yang ingin dibuat berkaitan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim..malah aku sendiri dipertanggungjawabkan untuk fokus terhadap perkara tersebut..

Alih-alih, tindakan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan bangun untuk berhujah sebelum Ibrahim berkaitan dengan kenyataan Anwar mengenai penglibatan Apco Worldwide, ejen Yahudi, dalan urusan kerajaan, mula mengundang kekecohan dewan..

Bayangkan, punyalah haru, ahli-ahli parlimen berjaya dengan sukses menukar atmosfera bangunan berprofil tinggi itu menjadi seperti Zoo..pekik-memekik, jerit-menjerit, tikam lidah berlaku menjadi tatapan tetamu yang hadir terdiri daripada pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi…sampai jantan betina pun terkeluar, heboh sampai jadi isu..

Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), R.Sivarasa (PKR-Subang), Datuk Idris Harun (BN-Tangga Batu), Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan), antara watak-watak utama dalam drama itu..

Rumusan aku..kebudak-budakan..

Berbalik kepada Ibrahim, kekecohan yang berlaku berlarutan sehingga sejam 10 minit mencuri masa keemasan untuk menjadi hero of the day..pada hemah aku, Ibrahim sendiri tidak menjangkakan hujah Abdul Rahman pula menjadi tumpuan berbanding dengan apa yang ingin disampaikan olehnya..jika Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berjaya memenuhi slot muka depan akhbar ketika membuat pendedahan mengenai Anwar, mengapa dia tidak boleh berbuat perkara yang sama..

Biarpun pada mula Ibrahim berjaya mencelah untuk mendapat kebenaran Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee meneruskan ucapannya tapi Ibrahim hilang sabar apabila campur tangan oleh Dr. Mohd. Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) menyuruhnya duduk…

HOOOOOOOIIIIIIIII.….Ibrahim menjerit….dengan menghempas kertas ke meja di hadapannya…..Itu klimaks babak-babak ala zoo negara semalam…

Limelight Ibrahim berjaya dicuri dengan sepenuhnya..sampai butiran ucapannya tidak diendahkan biarpun mempunyai nilai berita…mungkin, Ibrahim pulang semalam dengan seribu satu kekecewaan atas apa yang berlaku..membaca akhbar hari ini pun, pasti beliau merasa tawar hati melihat cerita Anwar diberi masa seminggu untuk menjelaskan dakwaannya bahawa gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditiru daripada slogan 1Israel pula dipaparkan lebih besar daripada pendedahan yang dibuat..

Simpati aku pada Ibrahim..mungkin semalam bukan hari dia..mungkin ada hikmahnya..siapa tahu..tunggu saja sehingga sidang tamat nanti..

    • Penjelajah Blog
    • March 23rd, 2010

    Politik ialah mengenai perjuangan, bukan satu penipuan, ialah mengenai harga diri, bukan menjual prinsip, meneriakkan perjuangan untuk bangsa sendiri sedangkan dibelakang..mereka sebenarnya tertipu.

  1. politik sumbang barangkali menjadi kiblat…

    • raja long arief kelantan
    • April 20th, 2010

    abrahim ali memang ahli politik yang hipokrik..memang celaka..tipu rakyat ..orang undi dulu kerana lambang pas..alih alih kata dia bebas..memang bebas macam kelakuan kera masa dalam parlimen..memalukan..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: