Aku, Fitnah dan Zulkefli Noordin

Dosa fitnah ini lebih besar daripada dosa membunuh..ini semua tahu bukan..tapi masih juga ada yang berani buat..termasuk yang mengaku Islam..

Hari ini, di Sidang Dewan Rakyat, bergema dengan luahan dan pendedahan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkefli Noordin mengenai perbuatan fitnah yang cukup popular digunakan sekarang terutamanya dalam politik..malah, beliau mengaku turut terlibat dalam melaksanakan perbuatan memfitnah untuk tujuan politik kotor..ada yang dibuat, ada juga yang ditolak..

“Saya pernah diminta untuk membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam pembunuhan model dari Mongolia, Altantuya Shaaribu. Saya diminta mendapatkan pengakuan bersumpah Perdana Menteri dan isteri terlibat dalam kes pembunuhan itu, malah saya diminta membuat surat akuan bersumpah mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam pembunuhan itu.

“Saya pernah diminta untuk mengaibkan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz dengan menggunakan kes satu pembunuhan pada 2004 apabila anak Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu (Nadim) secara kebetulan berada di lokasi kejadian.

“Tawaran yang dibuat cukup menggoyahkan iman, mujur dengan lindungan Allah daripada terlibat dengan perbuatan fitnah,”..

Meremang bulu roma aku bila kenyataan ini dibaca..kekesalan kedengaran dalam nada Zulkefli sambil mahu memohon maaf atas perbuatan fitnah yang dibuat selama 12 tahun berkecimpung dalam tugas itu terhadap mangsa percaturan politik kotor itu..selepas ada gangguan daripada pihak ke-3, Zulkefli menarik diri daripada menjadi peguam dalam kes Altantuya..

Untuk pengetahuan rekod, tiada siapa yang mencelah ketika pendedahan ini dibuat…persoalan mengenai siapa yang MEMINTA dan MENGARAH Zulkefli melaksanakan tugasnya, masih tinggal tanda tanya..

Aku hormat pada pendirian YB ini yang cukup tegas dalam berkaitan dengan Islam..Beliau juga cukup bijak apabila tidak mahu terlibat dalam perbuatan fitnah..malah lebih tinggi rasa hormat aku pada dia apabila berani mengaku kesalahan yang telah dilakukan dan menyesali perbuatan itu..biarlah orang sifatkan ia adalah sebahagian permainan orang politik atau hanya berani bercakap di Dewan Rakyat, biarlah..boleh hitung dengan jari tangan, campur jari kaki, orang yang berani buat sedemikian, tidak kira orang politik atau orang biasa..aku turut bersetuju dengan YB ini apabila dia meluahkan bahawa politik masa kini cukup kotor…

Aku sendiri secara peribadi cukup pantang dengan fitnah..lebih-lebih lagi mempercayai bulat cakap-cakap orang saja tanpa mencari bukti dan keterangan..orang Islam mudah membuat fitnah terhadap orang Islam..dan mudah pula mempercayai fitnah orang bukan Islam terhadap orang Islam tanpa usul periksa pula..apa nak fitnah sangat, ayuh saja berdepan..berdebat..perlu bertarung, kita buat..baru anak jantan..

Aku sifatkan fitnah ini kerja orang bodoh saja..lebih bodoh apabila orang yang mendengar fitnah, mudah pula nak percaya..fitnah yang hanya bersifat andaian saja tanpa mengetahui perkara sebenar, ini adalah ideologi kolot manusia tak kira orang tua yang nak menjengah kubur, orang muda yang tidak mahu tembelangnya pecah..

Aku lebih rela membunuh orang setelah mendapati dia benar-benar bersalah dalam sesuatu perkara daripada menabur fitnah membabi buta…ini tekad aku andai kata pertimbangan hilang dalam kawalan..namun, pancaindera berlima aku masih berfungsi dengan baik..kurniaan Tuhan pada aku juga masih ada, tidak ditarik balik..

    • Penjelajah Blog
    • March 24th, 2010

    Yup, cukup hebat YB Zul, kental iman.. hingga terpaksa tunggu 12 tahun utk bergelumang baru sedar? satu lagi persembahan istimewa yg membuktikan kata-kata Politik itu seni yg mustahil.

  1. yup..yg bagus, ada tugas yg ditolak..mengaku..hati dia tetap PKR..perjuangan PAS..itu yg jelas..

    • Penjelajah Blog
    • March 24th, 2010

    tapi lebih baik jika tak payah tunggu 12 tahun utk dedahkan..he he he

  2. hok tu kawe duk pk td..

    • sebaliktabir
    • March 25th, 2010

    ada masanye orang boleh tersedar dalam sehari…
    sedangkan penagih dadah…keluar masuk serenti pun ada yang masih tak insaf…inikan pula politik yang menjanjikan macam-macam..kira ok la 12 tahun..daripada 120 tahun, itupun kalau sampai umur…hehe..kita hanya di luar..yang di dalam kita kurang jelas..🙂

    • Penjelajah Blog
    • March 25th, 2010

    he he he, pemahaman kito menuju ke arah yg sama nih bohh, sejak duk KB lagi, kito jarang berlainan arah pemikiran, ha ha

  3. sebaliktabir: yang baik kita puji, yang buruk bukan utk dikeji..sebaliknya dinasihati..
    penjelajah: tak guno baloh, takdok faedah..kito mencari persamaan, buke perbezaan..heheheee..

    • March
    • March 29th, 2010

    Fitnah ni memang dahsyat. Memang membodohkan orang. *geleng kepala*

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: