Archive for March, 2010

Manchester United 4, AC Milan 0 (7-2)

Wow…gaya, mutu, keunggulan..

sekian..

Advertisements

Aku dan Mohd Luqman Hakim Ab Rahim

Bosan-bosan aku tengah duk fikir nak update apa entry terbaru…saja aku gatal taip nama aku menggunakan enjin carian google..

Boleh tahan juga rupanya hasil carian yang berkaitan dengan nama aku..hehehhee…dah banyak nama aku ini berputaran dalam lingkaran alam maya..

Aku dapat lihat, melalui blog, tempat aku cari makan, penulisan aku, sampai gambar aku sendiri, semua carian itu ada dalam internet ini..secara tidak langsung, aku dapat recall semula apa yang aku pernah buat, tulis..

Mungkin, ada di antaranya bermanfaat, dipuji, dikritik dan dicemuh..tak mengapa..aku hanya budak baru belajar..aku belum tahu berapa ukuran tinggi langit lagi..masih banyak lagi aku belum tempuh..

Aku sendiri masih mahu terus belajar..

Aku dan Lagu Tidur Dania, Damia

Lagu Tidurlah Permaisuri dendangan Seniman Agung, Tan Sri P. Ramlee cukup aku gemar..kerap menjadi pilihan Jamal Abdillah untuk didendangkan dalam mana-mana persembahan beliau.dulu aku nyanyi sorang-sorang, langsung terlelap..aku nyanyi kew low..tapi tetap tak bunyi sama macam kedua-dua penghibur unggul ini..naik hairan aku..

Sekarang, aku nyanyi lagu ini untuk 2 puteri aku, Dania Qistin dan Damia Qismina..kebiasaan, aku dulukan dengan zikir, tasbih dan tahmid..bila sudah hampir terlelap, lagu ini aku sumbangkan..Mama, isteri aku, Norhayati, ada pilihan lagu tersendiri untuk lelap mereka..kadang-kadang, aku pun terikut sama..

Dania dah boleh ajuk balik zikir, tasbih dan tahmid yang biasa aku bacakan..cuma lirik lagu ini, belum lagi..hehehheee..tak mengapa, ia tidak penting..janji lelap ye anak-anak ku..

Tidurlah tidurlah
Wahai permaisuri
(Tidurlah wahai permaisuri)

Tidurlah
Wahai permaisuri
Tidurlah
Pejam mata ahai tidur nyawa

Kudendangkan
Kunyanyikan
Duhai puteri jelita
Jika kau tidur lena
Mimpikan bahagia
Di taman syurga loka
Kau dan aku berdua

Kudendangkan
Kunyanyikan
Duhai puteri jelita
Jika kau tidur lena
Mimpikan bahagia
Di taman syurga loka
Kau dan aku berdua

Kuberjanji wahai dewi suci
Kaulah permaisuri
Bersumpahlah dalam hatimu
Bahawa kau kekasihku
Bersumpahlah kamu
Bersumpahlah kamu
Permaisuri tidurlah
Permaisuri tidurlah

Aku dan Logo Halal

Syukur…kesungguhan untuk memulakan langkah jihad halal sudah bermula

Tahniah buat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) seperti yang dilaporkan Kosmo! hari ini…Mereka yang pertama dalam penguatkuasaan logo halal..

Tahniah juga kepada Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) yang lain, turut bersedia untuk mengikuti jejak langkah MAIS..

Harap ia kesungguhan yang nyata dan penuh dengan istiqamah..

Ayuh gempur…

kepada pengusaha..ingat..3 bulan saja..walaupun ironinya, sudah melakukan kesalahan sejak pertama kali menampal logo halal ‘swasta’ tatkala membuka premis..

Kepada pengguna di luar sana, tidak ada sebab untuk anda tidak peka mengenai perkara ini…

Aku dan Perbahasaan Jabatan Agama

Aku rasa mungkin ramai yang biasa dengan panggilan Ustaz dan Ustazah, haji dan hajjah, lebai, pak imam, tok bilal..lebih-lebih lagi apabila pandangan pertama anda menilai individu itu melalui pemakaian mereka yang bersongkok, berkopiah, memakai serban atau memakai tudung, tak kira labuh atau tidak..

Jangan main-main tau, semua perkara di atas ini ada disebut dalam undang-undang Akta Pengangkutan Jalan..teringat masa cover kes pelajar pondok disaman oleh polis sebab tak pakai helmet, dia pakai serban..dikatakan layak dipanggil lebai kerana memakai serban membolehkan dia dilepaskan daripada di saman berdasarkan Kaedah 4 Motosikal (topi keledar keselamatan) 1973..sayang, aku ingat boleh menang kes ini..aku suka kebijaksanaan peguam dalam berhujah..hebat sebab dia buat homework..

Tak mengapa..lupakan saja kes itu..ada benda yang ingin aku sampaikan..

Secara kebetulan, aku mendapat idea di atas selepas hampir dua minggu aku dok sibuk mengadap orang-orang daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengenai projek halal..dan yang terbaru, hari ini, aku buat liputan mengenai 1Wilayah 1Jam oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi)..

Aku nampak sesuatu yang agak hampir sama dengan perkara yang aku usahakan sebelum ini iaitu 1Malaysia 1Halal..aku pernah menulis mengenai perbahasaan halal (logo halal, ayat Quran, gambar Kaabah, pekerja memakai kopiah atau tudung) yang digunakan sebagai taktik licik oleh sesetengah peniaga untuk memancing pengguna Islam berkunjung ke premis mereka..penggunaan perbahasaan halal ini termaktub dalam Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan Halal) 1975.

Aku nampak sesuatu di jabatan agama yang boleh aku gelar perbahasaan jabatan agama..kalau aku tak silap, melalui pendengaran aku, kakitangan di situ dipanggil dengan gelaran ustaz atau ustazah…tak kira tua muda, semua dipanggil begitu.satu lagi pula aku nampak kakitangan di situ terutama lelaki, kebanyakan memakai songkok atau kopiah..serban, aku tak jumpa lagi..

hehehehe..mungkin ini pun boleh digelar perbahasaan..cuma tak tahulah perbahasaan itu wajib diguna pakai atau sebaliknya..yela..mungkin itu tatatertib bahasa panggilan dan pemakaian di situ, bukan akta atau undang-undang..

Aku tersenyum sorang-sorang bila aku tengok dan terkenang benda ini..memang jadi kebiasaan agaknya..rupa-rupanya, ia bukan saja menjadi praktis dalam masyarakat, di jabatan agama pun begitu juga..sama ada aku tak perasan, atau aku buat tak tahu..tapi ada kenalan di jabatan agama, aku tak panggil dia ustaz atau ustazah, aku panggil nama saja..

Ha..haa..haaa..jangan mahu bikin spekulasi yang bukan-bukan..tujuan aku untuk memasukkan entry ini bukan untuk persoalkan apa-apa, kebetulan aku nampak dua perkara yang sama..takda pula niat lain..lagipun, mahu update ini Cabuk lah..

Advertisements