Archive for April, 2010

Aku dan Kaki Buli

Aku tengah berfikir bila kali terakhir aku jejak kaki ke sekolah..tak kira sebelum aku berstatus kerja seperti sekarang atau sebelum ini tapi angka tahun, bulan, hari bulan masih tak jengah masuk dalam sereberum aku..takpa..biarkan..

Selepas entah berapa lama aku tak masuk ke sekolah, baru-baru ini ketika Pilihan Raya Kecil Hulu Parlimen Selangor, aku berpeluang secara tidak sengaja memasuki sebuah kawasan sekolah(sekali lagi, aku lupa nama sekolahnya)..dan..poster di atas aku terpandang lalu menarik minat untuk aku baca..

KATAKAN TAK NAK PADA BULI…aaiii..sekarang selain katakan tak nak pada merokok, poster macam nih dah ada kat sekolah rupa-rupanya..langsung aku berfikir adakah begitu serius masalah buli di sekolah ini sehingga perlu poster-poster ini dipampangkan..

Aku ada teringat dalam tahun ini kalau tak silap ada kejadian buli pernah dilaporkan media, kalau tak silap di Sabah..dan tahun-tahun kebelakangan ini pun, perkara yang sama berulang..aku pernah cover satu kes di sebuah sekolah di Pasir Puteh, Kelantan, kes buli membuli cukup popular di kalangan budak sekolah menengah lebih-lebih lagi membabitkan sekolah berasrama penuh (SBP)…

Bila aku senior, kau yang junior kena dengar cakap aku..kau budak baru di sekolah ini, maka kau kena ‘respect’ orang lama di sini..antara mukadimah yang biasa dilagukan oleh taiko-taiko sekolah..walaupun aku tak pernah mendapat pendidikan di SBP tapi budaya ini cukup aku tau hasil ‘perkampungan’ aku bersama pelajar-pelajar ini di beberapa SBP seluruh negara..jangan main-main, gang-gang ‘pegang’ sekolah ini boleh dikatakan organisasi lengkap seperti kumpulan kongsi gelap..bolehla di katakan gangster sekolah..

Susah nak kekang atitud apabila usia remaja yang baru nak ‘naik’ ketika ini..memang agak ‘rebel’. perkara ini aku akui sebab aku rasa itu zaman..kadang-kadang kita takut juga bila membaca laporan media mengenai tindakan keterlaluan pelajar-pelajar taiko ini mengena pelajar yang dibuli.ada satu kes, kalau aku tak silap, sampai pukul dengan seterika, di Pasir Puteh kalau tak silap sampai dah bertikam..setakat nak menyakat ke, mengacau, mengejek, itu hanya kenakalan saja..aku pun buat benda yang sama..

Pengalaman aku..tak pernah dibuli di sekolah..bermula di Sekolah Kebangsaan Sungai Serai sehingga di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Jalil, kedua-duanyadi Hulu Langat..bila aku ingat-ingat balik lah, kenapa aku tak dibuli di sekolah ketika itu terutama di sekolah rendah..tapi jujur aku akui, di luar sekolah, bersama teman sepermainan, sekampung, aku kerap dibuli sehingga kadang-kadang aku menitis air mata, ketika itu aku terlalu budak dengan saiz yang kecil..walaupun teman sepermainan merupakan rakan-rakan sepersekolahan tapi umat-umat itu tidak pernah sentuh di sekolah..

Biasalah, budak kalau dah ramai, mula nak tunjuk lagak.cari pasal sampai nak bergaduh.nak tunjuk hebat. yang lemah seperti aku yang cukup selalu diejek bersaiz kecil, kerap dibuli..aku juga masih ingat, dalam beberapa orang gang pembuli aku, ada juga merasa makan sepak terajang aku meskipun mereka berbadan besar..sebab apa perkara ini boleh berlaku..aku cabar satu lawan satu..kena manfaatkan kelebihan orang mengecilkan musuhnya sehingga terlupa nak pertahankan diri sendiri..itu aku buat..

Daripada perkara di atas, sikap pembuli yang ada pada pelajar sekolah sekarang puncanya hanya disebabkan berkumpulan..ramai-ramai..aku ingat, kalau berseorangan, silap-silap boleh kena balun balik dengan budak yang nak dibuli..

Betul seperti ayat-ayat dalam poster itu, bagi mengelak si pembuli, sentiasa berkumpulan..tapi kalau dah terkena masa berseorangan, nak tak nak, kena ada tokoh sikit untuk melawan..kalau tak pakai tenaga, pakailah pancaindera Tuhan dengan bijak..aku tak galakkan sangat andai kata mahu beradu tenaga, kalau boleh elakkan..kalau kau pelajar ‘nerd’, elakkan cari pasal secara sengaja atau tak sengaja dengan gang pembuli..tapi ada juga gang pembuli ini terdiri daripada genius sekolah..yup..ini ada benarnya..cerdik yang gangster, cuma mengisi masa lapang untuk tunjuk belang pada pengurusan sekolah tanpa aku sendiri tak tahu apa sebabnya bila fikir-fikir sekarang..

Bagi aku tak salah kalau nak megah dengan title senior,otai, orang lama tapi janggan jadikan ia tonik untuk melakukan sesuatu yang diluar batas undang-undang sekolah..jangan cepat sangat nak syeh..ala, rasukan anak buah jangan dengar sangat, itu semua mengampu lebih, yang kena teruk nanti, kau jugak.ak ayah nak tunjuk hebat sangat, banyak peluang lain, kau belasah budah pun, bukan awek keliling pinggang..guna akal sikit kekang benda-benda setan yang nak masuk dalam kepala..bukannya bodoh pun, dah belajar kat sekolah, tempat cerdik pandai pulak tuh, manfaatkanlah ilmu dan pengalaman yang ada…

Advertisements

Aku dan Titah Sultan Selangor

KLANG 29 April – Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah menegaskan, sesiapa yang tidak bersetuju dengan peraturan larangan berpolitik di masjid dan surau sebaiknya tidak perlu datang ke negeri ini.

Titah baginda, jika ingin datang ke negeri ini, mereka yang terbabit hendaklah mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

“Jika sekiranya seorang itu tidak bersetuju dengan peraturan yang telah ditetapkan di Selangor ini, maka hendaklah beliau mengelakkan diri daripada datang ke negeri ini,” titah baginda hari ini.

Baginda bertitah, larangan penggunaan masjid dan surau di negeri ini sebagai tempat untuk berpolitik bertujuan menjaga kesucian dan keharmonian tempat ibadat orang Islam. – Utusan

———————————————————————————————-

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini bertitah sesiapa yang tidak bersetuju dengan peraturan larangan berpolitik di masjid dan surau supaya tidak perlu datang ke negeri itu.

Jelas baginda, tujuan larangan masjid daripada digunakan sebagai pentas politik adalah untuk menjaga kesucian dan keharmonian tempat ibadah itu.

“Ini adalah kerana masjid dan surau merupakan tempat umat Islam berkumpul bagi melaksanakan amal ibadat dan mengeratkan silaturahim sesama mereka.

“Sekiranya masjid dan surau dibiarkan sebagai pentas kempen politik adalah dikhuatiri ia akan disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan melakukan perbuatan yang boleh mencemari kesuciannya seperti caci mencaci, fitnah memfitnah, tohmahan yang tidak berasas dan memburukkan keperibadian seseorang,” titah baginda ketika merasmikan Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin di Jalan Kota, Klang.

Baginda berititah, jika ingin datang ke Selangor, mereka yang terbabit hendaklah mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

“Jika sekiranya seorang itu tidak bersetuju dengan peraturan yang telah ditetapkan di Selangor ini, maka hendaklah beliau mengelakkan diri daripada datang ke negeri ini.”

Sultan Sharafuddin memberikan penjelasan itu memandangkan ada sesetengah ahli politik mempertikaikan titah baginda dan menganggapnya sebagai karut dan peninggalan penjajah.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 23 April lalu menempelak Jabatan Agama Islam (JAIS) yang melarang pemimpin politik berceramah di masjid untuk kepentingan politik.

“Siapa ajar tak boleh cakap politik dalam masjid. Allah memerintah manusia dengan keadilan. Keadilan ada urusan politik, dibaca dalam al-Quran, dalam masjid,” katanya sambil membaca sepotong ayat al-Quran.

“Allahu Akbar, kita azan, ini politik. Mengajak orang ramai pergi ke masjid, ini politik… Ini kerja-kerja saki baki ajaran penjajah barat yang mengasingkan ajaran agama dan politik… Ini adalah ajaran karut yang ditinggalkan oleh Inggeris yang diterima oleh manusia Muslim. (Saya) rasa dukacita,” katanya. – Malaysiakini

Aku dan Grand Finale Hulu Selangor

Parlimen Hulu Selangor P094

P. Kamalanathan (BN) : 24997

Zaid Ibrahim (PKR) : 23,272

Majoriti: 1,725

—————————————————————————————–

Maka sudah terang lagi bersuluh, Mr. PRO, Kamalanathan berhak menjadi wakil kepada 64,000 pengundi Hulu Selangor di Parlimen selepas memperoleh majoriti lebih daripada Datuk Zaid Ibrahim..tahniah.jangan lupa janji-janji anda..ia perlu ditunaikan..akan datang, pilihan raya umum bakal tiba, tersilap langkap, celaka padah..

Buat Datuk Zaid, tahniah juga kerana mempunyai semangat melawan dalam pilihan raya yang disangka permainan mudah oleh sesetengah pihak..handal juga mengekang daripada majoriti menjadi lebih besar selepas berdepan dengan serangan bertubi-tubi…aku hormat kau sebagai pejuang..

Maka dengan keputusan itu, maka tamatlah sudah tempoh aku berkampung di Kuala Kubu Baru selama seminggu bersama member-member yang lain..Zul Bakar, Arshad, Sidek, Saiful, Asron, Izham, Bang Mail, Bob, Sopi dan Faie..meskipun aku menganggap pilihan raya kecil kali ini agak membosankan berbanding dengan Manek Urai, banyak benda baru aku belajar selain mengenal kawasan Hulu Selangor dengan lebih dekat..

Selamat tinggal Hulu Selangor..ketemu lagi kita…

Aku dan Hulu Selangor III

Ini rumah yang aku duduk sepanjang berkampung di Hulu Selangor..Taman Tanjak, Kuala Kubu Bharu..yang tengah tangkap gambar, Saiful Haizan (Utusan), 3 orang yang tengah posing, dari kiri: Ismail Kamadin, Zulkefli Bakar (yang popular tuh, kata dia), Izham Jaafar..

Gambar dalam rumah ada aku simpan..tapi nak letak sini, rasa macam terlalu lucah…issshh..issshh..issshh…ada yang tak sanggup nak tengok nanti..

Ini Bob the Photographer Front Page yang disebut oleh Timbalan Perdana Menteri dalam ceramahnya, tengah sibuk hantar gambar..punyalah susah nak dapat line sampai broandband Celcom kena gantung tempat tinggi di dinding..ini satu-satu problem aku di rumah ini yang kadang-kadang kala aku tak boleh nak tahan..susah nak buat kerja kalau takdak internet connection..

Aku dah tak sabar nak habiskan kerja di sini..kepada sesiapa yang menunggu keputusan di sini, jangan terlalu awal membuat ramalan..kerana ia belum tentu benar..hehehee..sebarang kemungkinan boleh berlaku..aku sendiri nak tunggu..

PS: Sudah..cukup..jangan nak berkempen lagi..masa dah cukup..Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dah larang, jangan degil…

Aku dan Hulu Selangor II

Hari ini, masuk hari ke 5 aku di sini..Hulu Selangor..dan sampai ke saat ini, aku masih lagi berfikir adakah aku benar-benar di kawasan yang sedang berada dalam atmosfera pilihan raya kecil..

Adakah pilihan raya kecil ini akan menjadi satu peristiwa yang boleh dikategorikan paling membosankan, paling aman, paling selamat..biarpun cuaca agak panas tapi ia tidak cukup menghangatkan suasana di sini..

Atau suasana ini hanya satu ciptaan, senjata sulit yang dibikin untuk mengelirukan mata orang yang hanya cerdik melihat dengan mata kasar saja…mungkin tukang-tukang strategi ini mahu membiarkan lawan mereka hanyut dalam keyakinan mereka..

Ya.sudah ada tukang ramal, tukang tilik yang keluar dengan pelbagai firasat memperkatakan mengenai pengakhiran pilihan raya kecil di atas kawasan bertanda P 094 ini..teliti aku dengar setiap hari..sepatah pun tidak aku balas…

Adakah benar ia tampak semudah itu..aku bimbang nanti, keyakinan itu akan tenggelam bersama luncai terjun dengan labunya..

Entah la..aku takdak mood nak update blog ketika ini..cuma aku nak letak gambar saja..

(tempat media merangkap Command Centre Barisan Nasional)

Aku, P.Kamalanathan dan 1Malaysia

Aku kira ini antara yang boleh bikin aku geli hati sepanjang hari..

Nama Calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan, mencerminkan konsep 1Malaysia

Kamal (Melayu), Alan (Cina), Nathan (India)…nampak majmuk..tiga kaum terbesar di Malaysia…

Walaupun tak berguling-guling aku gelak tapi ia cukup geli hati…kira hebat juga kepada siapa-siapa yang boleh keluar dengan idea begini..segenius Tuan Muda..

Aku dan Hulu Selangor

(kredit gambar untuk Mohd. Najib Mohd Noor)

Mahu atau tidak, aku perlu gagahkan kaki untuk ke daerah ini, Hulu Selangor sekali lagi..tempat ini meninggalkan satu memori yang cukup aku ingati sampai hujung nyawa dan dikongsi bersama anak cucu aku..

Nah..pilihan raya kecil Hulu Selangor bakal berlangsung..ekoran kematian membabitkan penyandang kerusi tersebut, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad akibat menghidap sakit kanser..

(Aku pernah tulis kisah ini di blog lama Cubical of Dream)

Mengimbas detik itu, 4 tahun lalu, krisis air yang kronik melanda Selangor..merata tempat…di kediaman, pengguna merungut air berbau, berwarna kekuning-kuningan dan badan mula rasa gatal apabila mengguna sumber air yang ada..timbul pelbagai spekulasi mengenai punca masalah tersebut..ada yang kata berpunca daripada ternakan babi yang besar di pedalaman daerah Selangor..

Selepas seketika, aku ditugaskan oleh seorang bos untuk menyiasat punca kejadian sebenar krisis air ini selepas dia mendapat maklumat daripada sumber..dan ketika itu hala tuju aku ke Hulu Selangor…hanya itu saja aku tau..lokasi sebenarnya tempat yang ingin aku pergi itu sebaliknya perlu dicari dengan menggunakan akal fikiran sendiri, tanpa sedikit pun clue…

“Cari tempat pelupusan sampah..tengok ada ‘leche’ ke tak..air busuk dia masuk ke dalam sumber air terdekat tak..contoh sungai..kalau ada, ambil gambar, ambil sampel, temu ramah penduduk..” arahan pendek bos aku..

Bagi aku yang tidak biasa dengan kawasan ini, memang sukar untuk mencari kawasan tersebut..jenuh juga nak cari tempat ini..habis semua orang aku tanya termasuk budak-budak Orang Asli yang kemudian diupah dengan sedikit wang kerana kesudian membantu aku..

2 tempat berjaya aku temui..di Kundang dan Bukit Beruntung..kawasan pelupusan sampah yang boleh dikategori bersaiz besar yang menempatkan sampah sekitar Lembah Klang selain Bukit Tagar dan Ayer Hitam…di Kundang, saiz agak besar sehingga ada 2 pintu masuk untuk ke tempat ini..

Sukar untuk aku gambarkan persekitaran tempat pelupusan sampah di Kundang ini..kalau diajak untuk datang ke sini hanya untuk meninjau, belum pasti ada yang mahu datang..sahabat aku, jurugambar, Mohd. Najib Mohd Noor cukup puas merakam gambar di sini berbanding di Bukit Beruntung kerana cukup ketara kesan ‘leche’ dan pengaliran air hitam sampah ke dalam sungai…

Kerja-kerja aku sedikit terganggu dengan kedatangan beberapa pekerja termasuk pegawai daripada Alam Flora yang bertanyakan mengenai tindakan aku berada di situ..”Kami student, dari Fakulti Seni Bina Tanah, UITM..datang sini nak buat tugasan,” jawab aku selamba..

Selepas selesai kerja di sana, aku perlu pulang untuk menyiapkan berita mengenai penemuan ini..biarpun agak berlainan dengan penulisan awal aku ketika berita ini disiarkan, namun aku berpuas hati kerana ketika itu, aku masih lagi budak mentah dan berjaya menghasilkan berita seperti itu…

Selepas pendedahan yang dibuat itu, tempat pelupusan sampah itu ditutup termasuk yang lain ekoran masalah yang timbul…ia disahkan melalu tinjauan yang aku buat semula selepas pengumuman yang dibuat oleh kerajaan negeri..

Aku terfikir, apa yang jadi pada tempa itu sekarang…kali ini, kedatangan aku ke tempat yang sama dengan tujuan lain..pilihan raya kecil kedua aku selepas Manek Urai..berbeza dengan sebelum ini, aku tidak berkampung di Hulu Selangor..jika ada keperluan saja, aku akan turun..faham-faham saja, akhbar tunjangan aku bukan wadah politik..

Hulu Selangor..tunggu kedatangan aku..