Aku, Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Pos Malaysia

Ambil masa untuk aku update blog Cabuk..terutama berkaitan dengan tajuk di atas..sebabnya..minggu lepas, 2 subjek di atas menjadi asas kemarahan aku yang membuak-buak..jadi, aku ambil masa untuk bertenang..berfikir secara rasional sebelum menghambur sesuatu yang boleh dianggap terlalu emosional…

Kejadian pertama – Universiti Utara Malaysia (UUM) : Sabtu 27 Mac 2010

Di sini berlangsung tempat adik aku menerima skroll ijazah sarjana yang diusaha sejak setahun yang lalu..majlis konvokesyen…maka, kemuncak segala-galanya diharap menjanjikan satu pengakhiran yang manis..namun sebaliknya berlaku..aku sekeluarga meninggalkan kawasan geografi UMM dengan penuh rasa marah dan kecewa..

Ini bermula apabila nenek aku terlalu kepingin untuk merakamkan gambar kenangan bersama adik..jadi aku memilih lokasi yang strategik, berhadapan dewan konvokesyen untuk merealisasikan perkara itu..aku sedar di lokasi itu dilarang meletakkan kenderaan namun selepas melihat ada kenderaan lain yang berbuat demikian, lantas aku meneruskan niat itu..ia terhalang apabila seorang pengawal muda lengkap dengan uniform mengarahkan aku untuk mengalihkan kenderaan..

“5 minit saja saya park sini..enjin tak mati, orang ada dalam kereta..saya nak amik gambar kat depan ni saja. Nenek saya nak sangat amik gambar..permintaan aku ditolak oleh pengawal itu, dengan baik pada mula biarpun selepas orang tuaku, ayah, cuba campur tangan..tapi selepas aku dan orang tua meminta dia berbuat benda yang sama pada pemilik kenderaan lain yang turut berbuat demikian, pengawal itu secara tiba-tiba naik berang, meninggi suara dalam dialek utara dan cuba bertindak kasar untuk menumbuk orang tuaku..

Aku agak terkejut dengan tindakan pengawal ini lantas cuba mempersoalkan tindakan dia..babak tikam lidah mula terjadi apabila aku cuba meminta penjelasan dia atas cubaan menumbuk ayah..nampak benar pengawal muda ini berdarah panas sehingga tidak mahu mengakui kesalahan yang dilakukannya atas sikap sembrono dia..malah, aku sendiri turut mahu ditumbuk dan cuba mengajak aku bergaduh..dan ia disaksikan oleh hamba Allah yang secara tiba-tiba memberhentikan kenderaan untuk melihat kejadian itu..

Sehingga ada campur tangan daripada pengawal keselamatan senior yang hadir untuk meleraikan keadaan, pengawal muda itu masih tidak mahu berlembut, meminta maaf kepada ayah aku..sebaliknya, pengawal keselamatan senior pula yang meminta maaf bagi pihak pengawal muda..

Aku dan orang tua mengakui bersalah dalam hal ini apabila cuba untuk meletakkan kenderaan di situ..tapi berbuat demikian selepas melihat ada kereta lain di situ dan selepas cuba mendapatkan keizinan dengan baik daripada pengawal muda itu..adakah dengan ini, ia menjadi tiket atau lesen kepada pengawal muda itu untuk naik darah, menengking orang tuaku dan cuba untuk menumbuk aku dan ayah..

aku silap..memang silap sangat..tak tangkap gambar mamat nih..

Kejadian kedua – Pos Malaysia Berhad : Ahad 28 Mac 2010


Aku ditugaskan mendapatkan respons daripada Pos Malaysia untuk satu kes yang turut mengheret syarikat korporat itu..pada mulanya, 2 orang pegawai Pos Malaysia yang berstatus Pegawai Hubungan Awam (PR) untuk menjawab persoalan itu..malangnya, kedua-dua makhluk Tuhan ini enggan bekerjasama..itu tidak tak mengapa..tapi yang paling malang, aku dilayan dengan nada yang seperti macam baru satu hari aku bekerja dan 2 orang umat ini baru sehari ‘deal’ dengan media..

“U sepatutnya tahu I tak boleh bagi statement..U sepatutnya emel kan soalan itu kepada kami..hari ini cuti, pejabat tak buka..mana U dapat nombor I ni…kalau U ‘qoute’ cakap I, nanti I kena teruk..I tak boleh bagi nombor datuk kat U”..antara ayat-ayat yang dikeluarkan oleh 2 umat PR Pos Malaysia ini..

Aku tak tahu nak kata macam mana..sama ada aku ditengking @ dibodohkan ketika bercakap dengan 2 umat ini..sakit hati aku di UUM, terbawa-bawa dalam situasi ini..nak tak nak, aku secara tidak sengaja menjadi bodoh dengan menaikkan suara aku..walhal, aku punyalah baik bercakap dengan mereka..cantik saja aku susun ayat…alih-alih aku kena sekolah..apabila aku dapat bercakap dengan Datuk Rohaiza, ketua PR Pos Malaysia, kerja aku beres apabila beliau memberi respons dengan baik..nampak mudah saja..pada mulanya, aku takda nombor datuk, sebab tuh aku call pegawai dia..

Hairan aku..dah 5 tahun aku kerja dalam industri ini, masih ada lagi perangai PR yang macam nih..memang berderau darah aku bila telinga tangkap suara 2 umat PR ini dan otak proses butiran maklumat yang telinga aku dengar..aku tak salahkan 2 umat ini tak boleh beri kenyataan..ini benda biasa..tapi dengan cakap-cakap bukan seperti aku tulis di atas, rasa macam tak layak kau pegang jawatan itu..

Kesimpulan

Pandai-pandai kawal kemarahan..bijaklah bila pegang jawatan..jangan biar orang sumpah jadi bodoh..

    • Penjelajah Blog
    • April 1st, 2010

    Manusia pelbagai ragam bos, sbb itu makhluk ini unik. he he he

  1. sungguh bos..kawe suko perhati perangai ore..kawe tak suko gocoh..heheheheeee

    • March
    • April 2nd, 2010

    Saya faham situasi anda..memang susah berurusan dengan orang2 tak professional ni..kita aje nak kena maintain.

    Kita manusia bermacam ragam ya.. hihihi..

  2. takpa la..kene sabar byk2…

  3. sorry bro-tp bab nk letak kete sbb org lain pun buat, ni yg silap. org lain buat-sah2 le salah. kite dok ikut lak. karang bg satu-smua kete nk park kejap gk. mmm,… susah gk kn. tp, parking dgn depan dewan tu x jauh mana kn.. mmm… bro salah gak-tp yele-pengawal tu salah gk, dia kena sabo patutnya-gamaknya dia dah berbuih asyik suh org jgn park situ, tp mkin lama-berkereta2 dok kata mende sama. lama2 hot terlepas. cuma bab nk bg sedebik tu-mmg melampau.

    bab PR Ni-hehe, biase le, diorg rasa diorg hebat le tu~ hehe.

  4. saye akui ape yg saye buat salah..dh pn mintk maaf pada pak guard muda tuh..tp pelik kn, dia masih nk marah..ke dia ngamok kene marah ngn ketua dia sebab tak sempat nak halang org ramai dari parking kt ctu..malaysia nih cukup terkenal dgn tolak ansur..sbb tuh polis nak kuar saman, boleh lembut hati kalau si pesalah pujuk..cube kt negara lain..salah tetap salah..normal bkn contoh yg paling mudah nih..kalu guard tuh dh lama duduk perhati kereta yg duk parking kt situ, kalu betul2 tegas, sah sebijik pn xde..sbb ape ade, ini Malaysia..ye..saye antara manusia yang mengambil kesempatan atas sikap itu..fikirkan..fikirkan..

  5. ala apa salahnya kau bantai je mamat pak guard tu. kau pukul-pukul reramai baru dia paham bukan dia je yang boleh marah dan nak pukul bapak orang. entah entah dia penagih dadah mana tah.. elok lepas kau pukul pensan dia terus insaf.. mana la tahu, banyak pahala kau

  6. taatsetia: kantung sabar aku masih besar lg..xsmpai nk tumbuk dia…hehehehheeee

  7. Pada pendapat aqlaa, hanya kerana banyak orang lain buat salah, tak bermakna ko bleh buat salah gak
    Bukan nak backup guard tue
    (Isu UUM)

  8. terima kasih atas komen..dalam tulisan sudah jelas saya mengaku salah..terima kasih sekali lagi…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: