Aku dan Hulu Selangor

(kredit gambar untuk Mohd. Najib Mohd Noor)

Mahu atau tidak, aku perlu gagahkan kaki untuk ke daerah ini, Hulu Selangor sekali lagi..tempat ini meninggalkan satu memori yang cukup aku ingati sampai hujung nyawa dan dikongsi bersama anak cucu aku..

Nah..pilihan raya kecil Hulu Selangor bakal berlangsung..ekoran kematian membabitkan penyandang kerusi tersebut, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad akibat menghidap sakit kanser..

(Aku pernah tulis kisah ini di blog lama Cubical of Dream)

Mengimbas detik itu, 4 tahun lalu, krisis air yang kronik melanda Selangor..merata tempat…di kediaman, pengguna merungut air berbau, berwarna kekuning-kuningan dan badan mula rasa gatal apabila mengguna sumber air yang ada..timbul pelbagai spekulasi mengenai punca masalah tersebut..ada yang kata berpunca daripada ternakan babi yang besar di pedalaman daerah Selangor..

Selepas seketika, aku ditugaskan oleh seorang bos untuk menyiasat punca kejadian sebenar krisis air ini selepas dia mendapat maklumat daripada sumber..dan ketika itu hala tuju aku ke Hulu Selangor…hanya itu saja aku tau..lokasi sebenarnya tempat yang ingin aku pergi itu sebaliknya perlu dicari dengan menggunakan akal fikiran sendiri, tanpa sedikit pun clue…

“Cari tempat pelupusan sampah..tengok ada ‘leche’ ke tak..air busuk dia masuk ke dalam sumber air terdekat tak..contoh sungai..kalau ada, ambil gambar, ambil sampel, temu ramah penduduk..” arahan pendek bos aku..

Bagi aku yang tidak biasa dengan kawasan ini, memang sukar untuk mencari kawasan tersebut..jenuh juga nak cari tempat ini..habis semua orang aku tanya termasuk budak-budak Orang Asli yang kemudian diupah dengan sedikit wang kerana kesudian membantu aku..

2 tempat berjaya aku temui..di Kundang dan Bukit Beruntung..kawasan pelupusan sampah yang boleh dikategori bersaiz besar yang menempatkan sampah sekitar Lembah Klang selain Bukit Tagar dan Ayer Hitam…di Kundang, saiz agak besar sehingga ada 2 pintu masuk untuk ke tempat ini..

Sukar untuk aku gambarkan persekitaran tempat pelupusan sampah di Kundang ini..kalau diajak untuk datang ke sini hanya untuk meninjau, belum pasti ada yang mahu datang..sahabat aku, jurugambar, Mohd. Najib Mohd Noor cukup puas merakam gambar di sini berbanding di Bukit Beruntung kerana cukup ketara kesan ‘leche’ dan pengaliran air hitam sampah ke dalam sungai…

Kerja-kerja aku sedikit terganggu dengan kedatangan beberapa pekerja termasuk pegawai daripada Alam Flora yang bertanyakan mengenai tindakan aku berada di situ..”Kami student, dari Fakulti Seni Bina Tanah, UITM..datang sini nak buat tugasan,” jawab aku selamba..

Selepas selesai kerja di sana, aku perlu pulang untuk menyiapkan berita mengenai penemuan ini..biarpun agak berlainan dengan penulisan awal aku ketika berita ini disiarkan, namun aku berpuas hati kerana ketika itu, aku masih lagi budak mentah dan berjaya menghasilkan berita seperti itu…

Selepas pendedahan yang dibuat itu, tempat pelupusan sampah itu ditutup termasuk yang lain ekoran masalah yang timbul…ia disahkan melalu tinjauan yang aku buat semula selepas pengumuman yang dibuat oleh kerajaan negeri..

Aku terfikir, apa yang jadi pada tempa itu sekarang…kali ini, kedatangan aku ke tempat yang sama dengan tujuan lain..pilihan raya kecil kedua aku selepas Manek Urai..berbeza dengan sebelum ini, aku tidak berkampung di Hulu Selangor..jika ada keperluan saja, aku akan turun..faham-faham saja, akhbar tunjangan aku bukan wadah politik..

Hulu Selangor..tunggu kedatangan aku..

  1. kepada hero-hero yang akan bertanding – kat kawasan Hulu selangor ada berapa keluarga miskin?ada berapa jumlah budak tak berkerja, ada berapa yang terlibat dadah dan jenayah ‘petty’,
    ada berapa musolah, masjid, tokong, dan kuil atau candi? ada berapa pasukan polis? ada berapa balai raya, kompleks sukan percuma, padang bola,

    ada berapa buah kedai kosong, tanah kebun terbiar, taman perumahan terbengkalai, .. masukkan data-data ni masa ceramah, seronok rakyat mendengar dan kemudian bertanya – APA KORANG NAK BUAT ?

    JANGAN SIBUK KATA MAMAT TU BANGSA APA, SUKA BUAT SKANDAL APA, KENAPA KENA BENCI DIA DSB..

    leach = leak, trickle, seep…

  2. bole tahan garang taatsetia nih..handal..

    • mywanfai
    • April 21st, 2010

    patut boleh menang kajai story lu ni…

  3. hahahhaa..sape lah gua nak dpt Kajai tu syeh..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: