Archive for May, 2010

Aku dan Imam Muda

Aku agak teruja melihat iklan pencarian Imam Muda di Astro Oasis sehingga aku sendiri terfikir nak cuba nasib…aku dah tengok tempat temuduga dan bercadang untuk pergi, siap dah ambil cuti lagi, cuma akhirnya aku batal hasrat untuk pergi ke temuduga..hehehheee..belum ada keberanian lagi..

Format program realiti ini dilihat memang lain daripada yang lain..biarpun sebelum ini, ada Akademi al-Quran, tapi aku rasa Imam Muda pasti memberi sesuatu kelainan dalam rencah program realiti negara..

Imam Muda adalah sebuah program siri pencarian tentang sekumpulan remaja lelaki Islam yang dihasilkan oleh Astro dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertujuan untuk mencari Imam Muda yang terbaik di Malaysia.

Individu yang terpilih bakal dihimpunkan di sebuah asrama selama tiga bulan bagi mempelajari dan memahami tentang hal-hal keagamaan dan kepimpinan Islam dari tokoh-tokoh ugama serta pendakwah dan pemimpin Islam terkemuka yang bertauliah dan berpengalaman.

Bakal imam-imam muda ini akan menjalani dan mengikuti jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang Imam, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat.

Kesemua individu ini bakal diuji setiap minggu dengan latihan amali, praktikal dan tajuk-tajuk agama serta kemasyarakatan dan kepimpinan.

Nah..semalam program ini sudah membuka tirainya dengan hidangan latihan praktikal menguruskan jenazah termasuk memandikan, mengkafan dan mengebumikan jenazah…kagum aku lihat anak-anak muda ini, ada semangat..cuma aku tak berkenan bila sampai di kubur, baca talkin sampai nak nangis.salah hukum tuh..di perkuburan tak boleh menangis, lebih-lebih lagi anda mengepalai bacaan talkin..tahu anda menghayati bacaan itu tapi tak perlu sampai menangis..lain lah kalau bertaubat…kalau mahu menangis, dinasihat supaya tidak hadir semasa pengkebumian..sikit saja aku tegur..hehehheee..

Dan aku sendiri tak sabar-sabar nak tengok..sampai terkejar-kejar aku nak balik daripada kerja sebab nak tengok program ini..apabila aku bagitau kawan-kawan, Apot, Amir,Jun,Aqmar, sebab nak balik awal langsung kena gelak…masing-masing tak caya aku nak balik awal dengan alasan tersebut..katanya, secerdik aku hanya mampu keluar dengan alasan sebegitu..nasib aku bila ikhlas, beginilah jadinya..eceh, main ayat drama pulak…

Cis…bedebah orang-orang ini mentertawakan aku..tak mengapa..suka aku la nak tengok program ini..bukan kau semua yang baca bil Astro aku…hehehehehhee…gurau saja haaaa…jangan mare..

Advertisements

Aku dan Al-Arqam

Bukan suatu yang pelik bagi aku bila terbaca paparan eskslusif Berita Harian hari ini mengenai Abuya Kembali..Pengasas kumpulan Al-Arqam, Ashaari Muhammad yang dikenali sebagai Abuya yang telah meninggal dunia minggu lalu dikatakan akan kembali, tidak mati, hanya ghaib..

Apabila menjadi terlalu taksub, beginilah jadinya..apa-apa saja..seorang peminat bola sepak juga sanggup membunuh pemain dalam pasukan apabila sudah taksub..ingat lagi kes Andreas Escobar, pertahanan pasukan bola sepak Colombia mati dibunuh..begitu juga hal dengan Faizal Tahir..taksub dalam persembahan sehingga berani buka baju.seseorang yang taksub dengan kuasa juga sanggup lakukan apa saja asalkan mampu berkuasa (nanti rentetan cerita ini kemudian)..

Banyak lagi contoh yang cukup dekat dengan kita apabila berbicara fasal taksub ini…menjadikan Al-Arqam sebagai pokok kepada entry ini, ketaksuban pengikut-pengikut Abuya ini yang kononnya hebat dalam ilmu agama ternyata boleh makan tuan.jauh sangat tersimpang daripada Islam yang lebih agung..bukan pemimpin Islam yang agung..

Satu ketika aku melilit serban di kepala aku ketika umur 6 tahun, mengikuti kelas agama, belajar mengaji al-Quran, mengenali sirah Islam, mengalun irama nasyid di tadika itu berbeza dengan rakan-rakan lain yang lebih memilih memasuki tadika Kemas, aku tidak rasakan Al-Arqam itu menyimpang..semuanya sama seperti tuntutan syariah..kalimah syahadah tiada beza ketika aku lafazkan hasil tunjuk ajar..biarkan aku masih hijau, aku tak rasa Tuhan bodohkan aku untuk melihat semua itu..bersalam dengan Ashaari, tidak ada tarikan elektrik pula yang terasa, cuma aku nampak wajah orang tua seperti yang lain..

Aku rasa cukup seronok di tadika itu..bersama 6 rakan-rakan aku yang lain, Rahmat, Cholan, Rostam, ED dan 2 yang lain yang aku tak ingat nama, kami dididik dengan ilmu Islam yang sebaiknya..semua ustaz dan ustazah, ku rasakan mereka tetap sama seperti aku..Islam yang lurus pada jalannya.

Namun selepas beberapa ketika, aku mula dengar orang heboh mengenai Al-Arqam yang sesat ketika kumpulan ini sudah berada di kemuncaknya..mahu tak ye, pengikut punyai ramai, bukan Malaysia saja, luar negara pun ada..tambah empayar perniagaan yang aku rasa wajar dapat pujian sebab berjaya pecah dominasi orang bukan beragama Islam..aku sendiri terkejut ketika itu..sampai keluar fatwa pengharaman..siapkan Ashaari kena tahan ISA…lama aku fikir, masa bilalah bab-bab menyimpang, terpesong ini mula terjadi..yang cukup aku ralat, aku tak dapat peluang untuk menyaksikan sendiri sisi hitam kumpulan ini bangkit..

Bahkan orang tua aku mengambil masa yang lama untuk menerangkan semua itu kepada aku..hasil pengalaman yang ada, satu persatu ayah terangkan kepada aku yang ketika itu masih kecil supaya memahami di sebalik kejadian yang berlaku..bukan apa, ayah bimbang kepercayaan dan pegangan aku pula yang terpesong.bukan sebab terpesong sebab ajaran yang aku terima di tadika itu, tapi berpunca kepada ketaksuban…

cuma, satu saja yang dapat aku simpulkan daripada percakapan orang tua aku..apabila orang taksub, beginlah natijahnya..

Aku dan Politik Sdn. Bhd. DAP

Tajuk entry di atas aku ambil daripada penulisan Zaini Hassan melalui kolum miliknya, Cuit,  di Utusan Malaysia hari ini..sayangnya untuk dapatkan versi online, tak dapat..sebab masih belum lagi update..

Kali ini beliau yang juga Pengarang Utusan Malaysia menulis berkaitan dengan ‘politik anak-beranak di kemuncaknya dalam DAP Sdn. Bhd.’ : cakap tak serupa bikin….idea penulisan itu terhasil daripada artikel yang ditulis oleh Freddy Kulleh di sarawakupdate.com ….. aku sebagai pembaca, ku kira ini antara artikel yang menarik…

Aku sendiri geli hati…tak perasan sangat benda ini selama aku dok perhati arena politik..

Sedikit gambaran mengenai artikel ini, ia menyentuh mengenai isu kronisme, nepotisme yang sering dikaitkan dalam padang politik..isu ini kerap dijaja oleh parti pembangkang dalam setiap strategi kempen lebih-lebih lagi ketika zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad..

Alih-alih, rupa-rupanya, ada orang cakap tak serupa bikin..lebih sudu dari kuah pula..kuat pula menjadi anjing menyalak bukit…rasa-rasa aku, selain DAP, dalam parti pembangkang yang lain, perkara yang sama turut berlaku..cuma aku malas selidik, tulis di sini..sendiri mau ingatlah..

Ini yang susah jadinya apabila kita terlalu kuat sangat mengata orang tanpa sedar pembawakan diri sendiri..lebih baik jaga sempadan buah-buah kata yang mahu dilemparkan..takut nanti terkena dengan batang hidung sendiri..

The DAP family trees

LIM KIT SIANG

– DAP Advisor

– DAP Parliamentary Leader

– DAP Member of Parliament for Ipoh Timor

LIM GUAN ENG

– Lim Kit Siang’s son

– Betty (former Durian Daun Adun)’s husband

– Secretary general of DAP

– Penang Chief Minister

– Member of Parliament for Bagan

– State Assemblyman for Air Puteh

KARPAL SINGH

– DAP Chairman

– Member of Parliament Bukit Gelugor

GOBIND SINGH DEO

– Karpal Singh’s son

– Member of Parliament for Puchong

– DAP national central committee member

– DAP youth committee member

JAGDEEP SINGH DEO

– Karpal Singh’s son

– Gobind Singh’s brother

– State Assemblyman for Dato Keramat.

CHONG SIEW CHIANG

– SARAWAK DAP vice Chairman

– Chong Dynasty leader

CHONG CHIEN JENG

– Chong Siew Chiang’s son

– DAP national vice chairman

– Sarawak DAP secretary general

– Member of Parliament for Bandar Kuching

Are the above facts not concrete proof of NEPOTISM in DAP?

p/s List would be updated…..

cabuk: Aku..paling suka jadi benda gini…selepas aku menyumpah diri jadi bisu, kemudian nampak kelemahan orang yang terdedah dek kebodohan sendiri, maka, masa untuk aku menyerang balik..ini Mohd. Luqman Hakim Ab. Rahim..

Aku dan Blogger Politik

Walaupun hakikat sebenar aku cukup tak suka nak cerita hal politik di Cabuk tapi sekali-sekala aku gemar juga nak mencelah menulis sesuatu mengenai perihal bidang yang cukup aku anggap jijik ini..

Boleh dikatakan, hampir setiap hari santapan mata aku untuk ‘surf’ blog-blog hebat yang ada, pasti aku tak lupa nak buka beberapa blog satira politik..sekadar mahu membaca, ada sedikit pengetahuan, biarlah orang kata ia tak berguna tapi kewujudannya mendapat izin dari Tuhan, jadi ia ada manfaatnya..

Dalam entry Surat Terbuka Kepada Blogger Pro Kerajaan dan Pro Pembangkang aku ada menyatakan pendirian aku mengenai blogger-blogger ini..

Barang siapa yang berminat dalam hal ini sudah pasti dapat melihat pergeseran terbuka yang berlaku antara blogger yang satu ketika dulu boleh dikakatan bersahabat baik.perkara ini sebenarnya sudah lama, cuma aku lihat agak memuncak sejak kebelakangan ini apabila salah seorang daripada mereka sudah muak melihat bekas rakan seperjuangan keterlaluan ‘menibai’ bekas parti anutannya..

Semuanya dapat lihat di sini…Kickdefella dan lagi…bergesel lak dengan seorang ini yang dikenali sebagai Tulang Besi..dan seorang lagi, antara blogger yang aku sendiri mahu bersua muka dengannya selain Kickdefella tapi tak kesampaian atas sebab dia sendiri yang tahu, si Topeng Perak, pun sama dalam kemelut ini..

Sebenarnya, aku nak tergelak besar tengok permainan brother-brother otai nih.selain daripada aku yang tergelak, yang pasti lebih ramai lagi orang-orang lain pun turut sama nak tumpang gelak atas sikap tabie yang mahu mengambil kesempatan melihat kemelut yang membabitkan puak ini yang satu ketika berada dalam satu kem..

Apa kisah sebenar di sebalik kejadian yang berlaku ini..mungkin kita akan lihat kapal armada yang besar akan karam bersama nakhodanya…dan kebetulan pula si luncai yang menumpang pun terjun dengan labu-labunya. dan syaitan bersama iblis terbahak-bahak keriangan…

Aku masih suka lihat babak-babak seterusnya…