Aku dan Al-Arqam

Bukan suatu yang pelik bagi aku bila terbaca paparan eskslusif Berita Harian hari ini mengenai Abuya Kembali..Pengasas kumpulan Al-Arqam, Ashaari Muhammad yang dikenali sebagai Abuya yang telah meninggal dunia minggu lalu dikatakan akan kembali, tidak mati, hanya ghaib..

Apabila menjadi terlalu taksub, beginilah jadinya..apa-apa saja..seorang peminat bola sepak juga sanggup membunuh pemain dalam pasukan apabila sudah taksub..ingat lagi kes Andreas Escobar, pertahanan pasukan bola sepak Colombia mati dibunuh..begitu juga hal dengan Faizal Tahir..taksub dalam persembahan sehingga berani buka baju.seseorang yang taksub dengan kuasa juga sanggup lakukan apa saja asalkan mampu berkuasa (nanti rentetan cerita ini kemudian)..

Banyak lagi contoh yang cukup dekat dengan kita apabila berbicara fasal taksub ini…menjadikan Al-Arqam sebagai pokok kepada entry ini, ketaksuban pengikut-pengikut Abuya ini yang kononnya hebat dalam ilmu agama ternyata boleh makan tuan.jauh sangat tersimpang daripada Islam yang lebih agung..bukan pemimpin Islam yang agung..

Satu ketika aku melilit serban di kepala aku ketika umur 6 tahun, mengikuti kelas agama, belajar mengaji al-Quran, mengenali sirah Islam, mengalun irama nasyid di tadika itu berbeza dengan rakan-rakan lain yang lebih memilih memasuki tadika Kemas, aku tidak rasakan Al-Arqam itu menyimpang..semuanya sama seperti tuntutan syariah..kalimah syahadah tiada beza ketika aku lafazkan hasil tunjuk ajar..biarkan aku masih hijau, aku tak rasa Tuhan bodohkan aku untuk melihat semua itu..bersalam dengan Ashaari, tidak ada tarikan elektrik pula yang terasa, cuma aku nampak wajah orang tua seperti yang lain..

Aku rasa cukup seronok di tadika itu..bersama 6 rakan-rakan aku yang lain, Rahmat, Cholan, Rostam, ED dan 2 yang lain yang aku tak ingat nama, kami dididik dengan ilmu Islam yang sebaiknya..semua ustaz dan ustazah, ku rasakan mereka tetap sama seperti aku..Islam yang lurus pada jalannya.

Namun selepas beberapa ketika, aku mula dengar orang heboh mengenai Al-Arqam yang sesat ketika kumpulan ini sudah berada di kemuncaknya..mahu tak ye, pengikut punyai ramai, bukan Malaysia saja, luar negara pun ada..tambah empayar perniagaan yang aku rasa wajar dapat pujian sebab berjaya pecah dominasi orang bukan beragama Islam..aku sendiri terkejut ketika itu..sampai keluar fatwa pengharaman..siapkan Ashaari kena tahan ISA…lama aku fikir, masa bilalah bab-bab menyimpang, terpesong ini mula terjadi..yang cukup aku ralat, aku tak dapat peluang untuk menyaksikan sendiri sisi hitam kumpulan ini bangkit..

Bahkan orang tua aku mengambil masa yang lama untuk menerangkan semua itu kepada aku..hasil pengalaman yang ada, satu persatu ayah terangkan kepada aku yang ketika itu masih kecil supaya memahami di sebalik kejadian yang berlaku..bukan apa, ayah bimbang kepercayaan dan pegangan aku pula yang terpesong.bukan sebab terpesong sebab ajaran yang aku terima di tadika itu, tapi berpunca kepada ketaksuban…

cuma, satu saja yang dapat aku simpulkan daripada percakapan orang tua aku..apabila orang taksub, beginlah natijahnya..

    • Penjelajah Blog
    • May 20th, 2010

    dalam apa-apa hal pun, bila ketaksuban menguasai akal, maka yg hak dan batil tiada berbeda.

  1. benar bagai dikata..

  2. taksub ada baik ada buruk terpulang kepada individu terbabit menilai dan `apply’ dalam hidup.

  3. saudara rakis yg hebat..trima kaseh singgah di blog marhaein nih..taksub baik dan buruk..ya, boleh di terima..

    • sebaliktabir
    • May 25th, 2010

    tak faham apa yg diaorang nak sebenarnye…pernah bercampur gaul dgn golongan ini…hinggakan buku Aurad Muhammadiah mereka jika tiada air wuduk tak boleh sentuh! Sama taraf mcm Al-Quran pulak…ermmm…na’uzubillah…

  4. bro..mcm2 la..dh mcm penyakit lak tuh..heran..

    • rani
    • May 26th, 2010

    Taksub menyebabkan orang kurang menggunakan akal atau menjadikannya tak mahu langsung menggunakan akalnya utk menilai perkara yang ditaksubkannya,kpd yg pro disanjung terus dan kpd yg kontra dibenci dan dimusuhi terus,minda jd tertutup.Kita mudah jadi lemah dan mudah terpedaya dlm perkara yang terutamanya dlm prkara berjenamakan agama.

  5. rani: tersusun ayat saudara..cntik..tajam..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: