Aku dan Hukum II – Poligami

Asas kepada entry kali ini adalah hukum @ syariat @ syarak Islam..dan poligami menjadi satu contoh..harap yang membaca faham…

Aku pernah menulis tentang rasa tidak puas hati aku apabila berjumpa, terdengar umat manusia yang seagama dengan aku, Islam, mempersoalkan mengenai hukum hakam @ syariat @ syarak…di sini penulisan ringkas aku..

Sesungguhnya aku kurang gemar setiap kali berdepan dengan perkara di atas..walaupun aku cuba elak, diamkan diri setiap kali situasi itu berlaku namun ia sukar untuk ditahan..ini bukan perkara mainan, syarak Islam dipermainkan, persoalkan..benar, aku mungkin sama seperti orang lain, bukan mahir sangat dalam selok belok agama..melihat luaran aku, cara pergaulan aku, cara pembawakan watak aku, pasti mengundang pelbagai persepsi..benar, aku akui, tapi ia tidak menjadikan aku dangkal sepenuhnya malah membolehkan aku hanya membiarkan orang mempersendakan hukum Islam di depan muka aku..

Inspirasi entry ini adalah berdasarkan kejadian benar yang berlaku semalam..semunya berkaitan dengan status yang aku tulis di FB..

“Nor bagi (restu) aku kahwin satu lagi”..

ekoran status ini, ia mengundang komen yang banyak dalam FB aku dan ia adalah sejarah pertama buat aku menerima komen sebanyak itu. sebab musabab aku menulis status sedemikian adalah kerana cabaran 2 wanita yang mempersoalkan kebenaran lidah aku. sebagai bukti aku bukan sekadar omong kosong, medan FB, aku gunakan..bagaimanapun, aku hanya anggap ia satu gurauan pada petang hari..

Bermula dengan agak baik sehingga ia berlarutan secara tiba-tiba berlaku pertikaman lidah apabila masing-masing cuba mempersoalkan kenapa aku mahu berkahwin lagi..aku juga dikatakan bangga boleh berkahwin lagi..aku masih mampu ketawa sambil melayan mereka bercakap sehingga terkeluar ayat yang mungkin mengguriskan hati mereka.

“Aku rasa orang tak cerdik saja menolak orang kahwin lebih dari satu @ poligami”..

Mungkin mereka merasa hati kerana aku memuji isteri ku, Norhayati Kamaruddin yang cerdik dalam hal ini..aku akui agak lancang bila ayat itu terkeluar daripada mulut ini tapi ia hanya kerana apabila gurauan pada awalan itu akhirnya bertukar corak sehingga 2 wanita ini mula mempersoalkan sebaris ayat aku di atas itu yang hanya berlandaskan hukum..biarpun tak sempat aku huraikan hukum itu dek masing-masing tarik muka namun untuk kompromi dalam hal ini, aku tak ia wajar dilakukan..

Dalam hal ini, perkara pokoknya boleh dikesan melalui penulisan status itu sendiri..aku hanya mengesahkan untuk sebelah pihak saja iaitu Nor manakala bagi pihak aku, satu ayat pun takde menunjukkan sebarang respons yang tepat daripada aku untuk mengesahkan tindakan selepas kebenaran daripada Nor..benar bukan..

Sedikit sejarah, perkara ini berlaku ketika aku berada di Kota Bharu, Kelantan apabila secara tiba-tiba Nor menghantar SMS kepada aku yang tertulis mengenai kebenaran aku berkahwin lagi.tanpa sebarang pergaduhan, perselisahan faham atau aku sendiri buat perangai di belakang seperti main kayu tiga, SMS itu dihantar kepada aku yang ketika itu sedang bekerja dan Nor berada di rumah..aku sendiri hairan kenapa SMS itu dihantar..

Berbanding aku, Nor agak cetek dalam hal-hal agama namun aku suka puji isteri tercinta aku dalam hal ini..bukan sebab dia benarkan aku berkahwin lebih dari satu tapi bagaimana Nor melihat hukum Islam ini..patuh dia kepada syariat yang telah termaktub..ini lebih penting dilihat daripada ada yang menganggap aku seperti riak untuk memberitahu satu dunia bahawa aku dibenarkan untuk berkahwin lagi..

Masalah yang berlaku sekarang adalah sikap anggota masyarakat terutama wanita yang meletakkan nokhtah, titik, dalam hal poligami dengan semudah-mudahnya..sehingga berlaku penolakan, pertikaian terhadap hukum Islam ini.Tanpa mereka sedar, mereka mempersendakan hukum Tuhan.Tidakkah mereka takut akan pembalasan Tuhan terhadap orang yang mempersendakan hukum ini.

Ya.aku tahu hukum ini dijadikan alasan kepada lelaki untuk berkahwin lebih dari satu..itu bagi lelaki yang dangkal dalam pengetahuan agamanya..lihatlah bagaimana hukum ini disusun, sangat cantik, menunjukkan poligami itu bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan.. lihat sini dan sini

Maknanya dalam hal ini, bukan hukum itu yang perlu ditolak, tapi yang perlu dibuat adalah orang yang mengambil kesempatan dalam poligami ini..Islam itu sempurna..tiada cacat cela..yang merosakkannya adalah penganutnya…

Tidak kira lelaki atau perempuan, zaman ini, kedua-dua jantina ini mengambil kesempatan terhadap poligami..mahu aku beri contoh..seperti biasa, lelaki berkahwin lebih dari satu, mungkin mahu seks, isteri yang muda, satu kebanggaan kepada status lelaki itu..Wanita..sanggup dijadikan madu sehingga sanggup menyalahi hukum nikah secara Islam..sebab apa..sendiri fikir..benda baru saja berlaku depan mata..dan ia sekarang menjadi trend dalam masyarakat..

Yang lebih menyedihkan, ada segelintir kelompok masyarakat yang menolak hukum Islam ini sehingga akhirnya mengundang padah pada diri..aku beri contoh yang terbaik..di Pulau Pinang, seorang ibu membunuh dua orang anaknya hanya setelah si suami melahirkan hasrat untuk bernikah satu lagi..

Aku mahu lontar soalan..dalam hal di atas, siapa yang lebih berdosa..di dunia (melalui penilaian mata masyarakat) dan di Akhirat (melalui timbangan di Neraca Al-Mizan)..

Ini respon aku terhadap kenyataan Nor..cinta aku hanya milik Norhayati Kamaruddin dan dua orang puteri aku, Dania Qistin dan Damia Qismina selama-lamanya..andai mahu dikongsi, mungkin hanya bidadari syurga saja yang layak menggantikannya..sebelum kenyataan itu dikeluarkan, aku tidak pernah terlintas untuk ke arah itu..biarpun ada cakap-cakap dari aku mengenai perkara itu yang selepas ini akan disampaikan oleh orang lain, itu hanya gurauan saja dan hanya orang yang baru mengenali aku saja boleh termakan gurauan itu..

PS: syukur, aku berjaya menurunkan intonasi penulisan ini daripada berbaur kemarahan, beremosi dan berat sebelah..terima kasih kepada Penjelajah Blog

    • yana
    • July 16th, 2010

    beb,siapakah manusia yg telah menghantar sms mengatakan ko kawen lagi satu?lawaknya…nak gelak pulak.apa motifnya tu?nsb baik si nor tak mengamuk.huhuhu..kejam sungguh org itu.

  1. aik..rase ye ko xpaham aku tulis..Nor sendiri hantar SMS tu secara tiba..dia bg kebenaran pada aku kalu nk kawen lg..bkn org lain anta..

    • yana
    • July 19th, 2010

    owh..igt org len anta.huhu

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: