Aku dan Sani Express

Sudah 2 bulan aku kira, kandungan entry blog ini semakin berkurangan..agak malas juga aku..selain alasan-alasan yang aku kira boleh menyumbang kepada kemalasan itu..mood menulis agak kurang mencanak pergi yeee….

Kenapa entry ini aku tulis…sepanjang 5 tahun aku bertugas dalam profesion ini, kali pertama aku merasa seperti manusia bersalah apabila sepucuk surat saman diterima atas nama aku daripada agensi guaman yang mewakili syarikat bas ekspres ini, Sani Express..turut menerima surat saman itu adalah rakan sekerja, Kumara…paling melucukan, ia merupakan hadiah bagi menyambut kepulangan semula aku bertugas di ibu pejabat..

Melalui ayat-ayat di surat itu, kalau tak silap, aku dikatakan terkhilaf dalam menyampaikan fakta sebenar selain dikatakan mempunyai niat jahat untuk menjatuhkan imej syarikat itu…

Ini laporan aku…Kosmo! 6 Jan 2010 ….. dan ini pula laporan Utusan menulis mengenai berita yang sama..

Aku tidak boleh menulis panjang mengenai perkara di atas kerana kes ini masih berjalan di mahkamah..takut jadi contempt of court…

Apa yang aku tulis di sini adalah mengenai kebangkitan semula syarikat milik bumiputera selepas insiden yang bikin goyang satu negara membabitkan nahas yang mengorbankan nyawa 10 penumpang di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Plaza Tol Jelapang pada awal pagi 26 Disember tahun lalu..biarpun ambil masa tapi syarikat ini optimis pandang ke hadapan apabila tampil dengan strategi pengiklanan yang baru seperti yang tertera pada papan iklan di atas..

Entry ini tidak pula aku tulis hanya untuk mengipas syarikat bas ekpres ini untuk menarik semula saman yang dikemukan oleh mereka…aku cuma mahu menulis..mengenai saman itu, antara aku, syarikat itu dan peguam syarikat aku lebih arif ke mana hala tujunya..aku sendiri mampu bertindak menjadi peguam andai kata diberi peluang untuk mengendalikan kes ini..

Sebenarnya, gambar di atas aku petik bulan April yang lalu selepas aku menonton slot iklan oleh syarikat ini di televisyen..aku rasa ia wajar dipuji sebab mereka tak mudah mengalah..tahniah..di sebalik orang luar menjangka syarikat itu akan gulung tikar ekoran hukuman yang dikenakan, Sani Express terus beroperasi seperti biasa..yang lepas, biarlahkan lepas..ia sudah berlaku..ada hikmah di sebalik kejadian itu..jangan ia terus dirintih..jadikan ia pengajaran yang terbaik..

Ingatan aku kembali melingkar pada satu ketika aku memegang kamera untuk merakam gambar Sani (kini Datuk – satu ketika seorang artis menganggotai kumpulan Impression bersama Eizlan Yusoff dan Norman Hakim) bersama bas milik syarikatnya ketika mula mencebur diri dalam bidang pengangkutan komersial..takjub aku ketika itu bila tengok seorang artis yang bertukar kerjaya…

    • yana
    • June 16th, 2010

    rileks je..yana pon kena saman pasal artikel ditulis n kes tengah berjalan.tak salah tak perlu takut.wat bodo jer.huhu

    • Penjelajah Blog
    • June 16th, 2010

    set no. 38 sani ekspress terbaik, ha ha ha

  1. yana: ooo..ade jiran sebelah bace gak blog ni..hehehe..tak takut pon..sbb tu ada tulis, sanggup jadi lawyer kalu beli peluang..ada maksud tersirat kt ctu..
    Penjelajah blog: gapo dio tuh boh…

    • Penjelajah Blog
    • June 16th, 2010

    tuh adalah no. kerusi bas sani ekspress yg terbaik, ha ha.

  2. Kat Malaysia ni, part saman-menyaman memang menakutkan. Tapi nak sabitkan kes bukan senang. Tengok kes2 MACC sebagai contoh. 90% kes dibuang oleh hakim.

    Jadi, jangan takut. Berani kerana benar.

  3. zouldahan…terima kaseh atas semangat..

    • haynafie
    • September 23rd, 2010

    sye nie penumpang setia sani ekspress. no seat yang sye akan tempah adalah n

    • haynafie
    • September 23rd, 2010

    no 1,11 & 12. mmg cantik pemandangan dari shah alam ke kuala krai. syabas sani ekspress. pemandunya pun x sombong macam yang lain.

    • budak kancil
    • January 10th, 2011

    pengakutan yang moden..
    kemane pergi disiplin pemandu yang berhemah
    kelalaian pemandu akn mnyebadkan banyak nyawa penunpan terkorban…
    semalam ade satu kejadian di selekos merchang sebuah bas sani menuju ke kuala terengganu telah masuk laluan yang salah
    harap ambik tindakan segera….

  1. June 19th, 2013

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: