Aku dan Tokoh Agama

Peringatan kepada semua yang berlatarbelakangkan agama…tokoh agama..tak kira sama ada bergelar imam, ustaz, kadi, tuan guru, lulusan bidang agama, mufti atau ranking yang paling tinggi ulama..

Melihat kepada perkembangan mutakhir ini, aku menjadi semakin rimas..rasa sangat malu apabila melihat situasi pergolakan dalam dunia Islam yang sebenarnya tidak memberi faedah kepada sesiapa pun..

Kepada yang memakai gelaran di atas, dinasihat tidak perlu terjun dalam dunia POLITIK..tak perlu masuk mana-mana PARTI POLITIK…termasuk memberi respons yang berkaitan dengan POLITIK..

Eloklah anda semua hidup dalam komuniti atau masyarakat saja tanpa perlu terbabit dalam POLITIK…kepada yang mengajar pondok, surau dan masjid atau memberi ceramah agama, teruskan saja dengan aktiviti keilmuan itu yang nyata memberi natijah lebih baik daripada memekik telolong dalam hal POLITIK..teruskan agenda kepimpinan anda dalam institusi tersebut yang lebih mulia daripada dunia POLITIK…anda sebenarnya layak di situ saja..

Kenapa aku insan marhaien, umat Islam yang dangkal ilmunya melaungkan perkara ini…

Bagi aku, ilmu yang ada, pengalaman yang dikutip, belum cukup membuatkan anda cukup bijak berjuang dalam arena POLITIK..menjadi PIMPINAN POLITIK..jangan menganggap ilmu agama yang dituntut menjadikan anda hebat dalam padang itu..

Tekanan, liku-liku, tipu daya dalam bidang penuh KOTOR ini hanya menjadikan PERWATAKAN anda sebagai seorang yang beragama seperti orang yang tidak beragama…

Sebaliknya, anda hanya akan nampak lebih BODOH atau HINA jika bercakap sesuatu yang boleh mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat yang menganggap mereka lebih pandai daripada anda..

Jujurnya, aku tidak mahu perkara ini berlaku..apabila ada tokoh agama mengeluarkan kata-kata, akhirnya dia terperangkap dengan kenyataan itu yang kemudian menjadikan dia SAMPAH agama..

Walhal, mungkin tersilap kata atau masalah tafsiran terhadap kenyataan itu, akhirnya anda dicemuh kanan, kiri, atas, bawah, depan dan belakang..yang lebih malang lagi, yang mencemuh, mengutuk, bercakap seolah-olah macam dia pula lebih hebat ilmu agama daripada anda..hanya mahu menangguk di air yang keruh..inikah yang anda mahukan sebagai seorang tokoh agama..

Ya..aku akui tidak semua orang sempurna..pasti ada yang melakukan kesilapan..atau mungkin anda yang mahu kata, ini adalah tanggungjawab sebagai manusia yang hakiki diangkat sebagai khalifah..ingat, ini zaman, orang hanya akan mengingati kesilapan yang anda lakukan berbanding berjuta-juta kebaikan yang pernah anda taburkan..

Biarlah apa-apa saja, aku tetap tegas bahawa pemakai GELARAN-GELARAN agama ini tidak layak terjun ke dalam dunia POLITIK SEKARANG..

Satu lagi pesanan aku andai sampai..sesiapa yang sudah terjebak, boleh fikir-fikirkan semula untuk tarik diri..dah lama terjebak, elok-eloklah undur diri..daripada anda mati sebagai seorang yang mulia, anda mungkin mati dicemuh masyarakat..

(akhirnya, berjaya aku tulis entry ini setelah sekian lama)..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: