Archive for September, 2010

Aku dan Piagam Madinah

Membaca berita hasil kenyataan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut mengenai Islamophobia di kalangan masyarakat barat agak mengejut aku…

Nooh menyarankan salah satu fasal dalam 47 fasal Piagam Madinah perlu didedahkan kepada masyarakat barat supaya dapat dikikiskan budaya Islamophobia…malah, Timbalan Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kerajaan bersedia menghantar pensyarah yang pakar dalam bidang Islam untuk memberi penerangan bagi menangi masalah yang sama..

Agak kehairanan aku..dalam heboh-heboh sekarang masalah yang hampir sama berlaku dalam negara, kita duk sibuk pasal orang luar berbanding dengan masyarakat majmuk dalam negara ini..

Apa yang lebih aku tertarik adalah mengenai kajian terhadap Piagam Madinah..aku pasti ia bukan kali pertama disebut, mungkin ada orang yang popular seperti Datuk Nooh Gadut pernah menyuarakan mengenai hal ini..tapi mengapa ia tidak pernah dijadikan sesuatu yang bersifat nasional..mengapa pula sekarang, ketika orang luar yang heboh buat-buat takutkan Islam hanya kerana percaya agama suci ini bersifat ganas perlu diutamakan sedangkan benda yang sama berlaku dalam masyarakat negara ini..

Tidak bolehkan sesuatu yang dapat dilakukan dalam negara ini oleh orang-orang hebat yang bergelar pemimpin yang diangkat rakyat untuk menzahirkan pentadbiran berlandaskan piagam agung itu yang menyentuh hubungan persaudaraan sesama bukan Islam, menyeluruh dalam pelbagai bidang agama, ekonomi dan sosial..

Hanya membaca kepada Wikipedia, jelas dapat lihat bagaimana perincian itu dibuat oleh junjungan agung, Nabi Muhammad SAW dalam memastikan perangkaan pentadbiran sesebuah dapat disempurnakan..

Aku percaya, orang bukan Islam juga tahu mengenai Piagam Madinah..bukan sukar mencari maklumat mengenai perkara ini..dan yang lebih pasti, ramai juga yang tahu kehebatan piagam itu sehingga Islam mampu berkembang pesat seluruh dunia, tidak saja hanya berkampung di Madinah saja..

Atau mungkin sebenarnya, tiada sesiapa yang mampu untuk membawa dasar ini untuk menjadi sesuatu perlembagaan yang boleh membentuk negara yang terbilang..atau mungkin, tiada siapa yang mahu perkara itu berlaku…atau tiada bijak pandai dalam hal ini dalam negara kita yang berbilang kaum..atau mungkin kuasa semakin lemah sehingga ia tidak mampu dilaksanakan..atau yang lebih tepat ia tidak dapat dilakukan kerana kesilapan lampau dalam merangka pentadbiran..

Adakah benar jika ia benar-benar mampu direalisasikan ia akan mengundang rasa kurang senang, tidak puas hati di kalangan orang bukan Islam..adakah ia akan mengundang ketakutan..mengapa perlu takut sedang kehidupan umpama di syurga..aman damai dalam kepatuhan kepada piagam..jika benar, putar balik lipatan sejarah dan lihat apa yang berlaku di Madinah..

Piagam tetap piagam..ia adalah berupa undang-undang yang terpakai..yang patuh, jangan disentuh..yang enggan, bersedia untuk berperang..mudah..terlalu bertolak ansur tidak memberi sebarang natijah yang baik..

Aku dan Cina

Kuala Lumpur, Dis 2009 – September 2010

10 bulan yang lalu, ketika aku baru berpindah semula ke Kuala Lumpur dari Kelantan, antara perkara wajib yang aku perlu buat untuk rumah sendiri adalah memastikan televisyen boleh ditonton melalui penggunaan siaran kabel berbayar, Astro..kalau tidak, masak kebosanan aku duduk rumah..

Tak sampai 24 jam aku di rumah, kontraktor pemasangan Astro sudah terpacak di depan rumah aku untuk buat kerja dia..nama dia, Andy..berbangsa Cina..dalam sibuk-sibuk Andy duk buat kerja, sempat juga aku berbual dengan dia..aku tawar segelas air Ribenna untuk dia..dalam rancak untuk memulakan borak, dia bertanyakan apa kerja aku dan dengan jujur aku maklumkan..

Andy mula bertanya latar belakang kerja aku dan memberi beberapa pendapat mengenai dunia Malaysia seperti yang dilaporkan terutama membabitkan politik..kebanyakan percakapan yang dibutirkan oleh Andy, aku sendiri agak terkejut memandangkan ketika itu orang duk sibuk dengan sangat hal-hal berkaitan dengan perkauman..

“Ini politik banyak susah la abang..semua mahu cari gaduh saja, mahu kuasa, mahu jadi ketua..jadi duit pun senang dapat..bikin kepala pening saja..apa pasal mahu buat itu macam”..

Aku sempat bertanyakan soalan cepu emas kepada dia..adakah dia senang dengan keadaan sekarang dan adakah dia mahu ia berkekalan…

“Apa mahu takut macam sekarang, orang Melayu pegang, semua orang boleh cari makan..susah-susah pun abang, boleh la ada duit mahu hidup..nanti semua gaduh-gaduh, lagi susah mahu cari makan. orang politik sekarang ni semua ingat dia pandai, pandai cakap boleh lah.. “...

Kota Bharu, Kelantan, Ogos 2007 – Dis 2009

Seorang kawan yang dikenali dengan nickname Chia, cukup senang aku bergaul dengan dia dalam tahun terakhir penugasan aku di sini..hairan atau tidak, bahasa ‘kebangsaan’ pergaulan dengan Chia ada dialek Kelantan..sangat susah aku nak dengar Chia menggunakan bahasa ibundanya..selain bekerja dalam satu bidang yang sama, kemahiran dalam bidang komputer menjadi aku agak rapat dengan dia..

Lebih menarik, perkembangan semasa termasuk politik dalam pelbagai isu seperti agama, perkauman, perlembagaan banyak dibicarakan bersama..dan aku suka bercakap dengan Chia atas dasar dia sangat ‘liberal’ dalam mengulas sesuatu isu tanpa condong pada mana-mana pihak..dalam banyak hal, aku senada dengan Chia..

Universiti Teknologi Malaysia, 2000 – 2004

Ketika masuk tahun ke-3, semester II, aku perlu memilih pengkhususan sebagai syarat wajib menamatkan zaman belajar dan kewangan adalah bidang aku yang pilih..secara kebetulan, seorang pensyarah yang mengajar satu subjek dalam pengkhususan ini, boleh bergaul baik seperti kawan-kawan aku yang lain..kau dan aku menjadi kata ganti nama dalam percakapan harian..menghabiskan masa lepak di bilik kerja dia, bermain badminton dan warung pisang goreng, antara aktiviti yang aku buat bersama..

Dalam beberapa ujian pertengahan semester, aku mendapat markah yang agak cemerlang dan ia mula menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pelajar khususnya pelajar Cina..mula-mula aku tak ambil pusing mengenai hal itu sehingga timbul cerita yang kurang menyenang pada telinga aku..pelajar-pelajar itu menganggap aku tidak layak mendapat markah sedemikian dan hanya bergantung kepada hubungan baik aku antara pensyarah itu..mereka menganggap aku seorang ‘loser’ dalam bab-bab belajar hanya berdasarkan mungkin gred aku tidak sebaik mereka..

Rasa hairan aku juga bila timbul cerita itu walhal ramai yang cukup tahu secara umumnya bahawa pelajar Cina berbanding Melayu cukup kerap berjumpa dengan pensyarah mengenai hal-hal berkaitan dengan pembelajaran..secara tidak sedar juga, di kalangan pelajar itu tidak mengetahui aku cukup minat dalam kewangan menjadikan biarpun ‘watak’ yang aku tampilkan adalah sebagai seorang ‘loser’..

Tak mengapa, atas semangat persaingan yang sihat, aku biarkan perkara itu berlalu..

Zaman sekolah

Aku bergaul dengan dua orang pelajar perempuan Cina dalam kelas ketika menuntut di Tingkatan 4 dan 5 yang banyak membantu dalam belajar terutama Matematik..aku fikir memang mereka dilahirkan bijak dalam subjek ini memandangkan aku mudah tangkap dengan teknik menjawab soalan mereka..sebagai balasan, aku berkongsi pengetahuan dalam perakaunan dengan mereka..

Tanpa ada perasaan apa-apa, pergaulan aku dengan mereka berjalan baik tanpa sebarang permasalahan sehingga aku tamat zaman persekolahan..

Parlimen, 2010

Sepanjang penugasan aku di sini, bermacam-macam watak-watak majmuk aku kenal terutama orang Cina yang bergelar Yang Berhormat..mereka yang perlu dihormat ini masing-masing memainkan peranan masing-masing..lama kelamaan watak-watak ini mula mengundang rasa jengkel..

Mungkin boleh dikategorikan sebagai perkara biasa, perasaan aku ini turut dikongsi dengan rakan-rakan yang lain, yang turut berlatarbelakangkan watak-watak majmuk..kadang-kadang geleng kepada melihat gelagat-gelagat mereka bersama watak majmuk yang lain dalam dewan yang mulia itu..adakah permasalahan rakyat yang mahu diperjuangkan atau hanya mahu berlagak hero dan heroin saja..

Idea

Berbanding orang-orang yang sebelum ini aku kenal, watak-watak ini cukup berbeza..mungkin aku tidak kenal mereka dengan lebih rapat tapi penampilan pada mata umum cukup memberi pelbagai persepi termasuk yang kurang disenangi..adakah disebabkan mereka itu terjun dalam bidang politik menjadikan mereka mencipta watak sampingan bagi membolehkan survival politik itu berterusan..

Sedikit sebanyak, aku mula mempelajari dengan lebih mendalam watak-watak ini..sebahagian daripada persinggahan aku dalam perjalanan yang mungkin masih panjang..aku suka dengan ilmu ini..

Aku akui, kadang-kadang sisi hitam aku bangkit meniup api-api itu menjadi marak..aku cuba mengawal dengan sebaiknya supaya tidak menjadi lebih terpesong teruk..

Aku, Islam yang utama, Melayu adalah akar aku..

Aku dan Bukit Antarabangsa

Tengah seronok aku duduk melayan anak-anak tiba-tiba ada satu MMS aku terima. Satu bahan yang perlu aku susulkan dan menjadikan ia satu wajar diuar-uarkan kepada semua..

Alahai, rasa malas tangan aku nak menaip depan PC walaupun hari raya sudah masuk hari keempat..mood raya itu masih ada tapi atas rasa tanggungjawab, ia perlu dilakukan..

Aku terima MMS daripada penduduk di Bukit Antabangsa berkaitan dengan kejadian limpahan tanah yang berlaku di kawasan mereka berpunca daripada sebuah projek perumahan yang sedang giat dijalankan..berdasarkan gambar, kelihatan macam teruk sebab melimpah sampai ke Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2)…

Nak kata taakulan aku tepat, boleh dikatakan takbur..tapi perkara itu berlaku..

Ogos lalu aku mendapat maklumat mengenai sebuah projek perumahan yang sedang giat dijalankan di laluan masuk utama Bukit Antarabangsa..lihat pada papan projek, ia merupakan pembinaan 60 unit rumah berkembar tiga tingkat..

Ketika mula-mula mengetahui perkara ini ini, aku juga berasa hairan..macam mana ia boleh berlaku..nyata orang yang membuat projek dan yang meluluskan projek terlalu berani untuk melaksanakan perkara ini..

Mengapa aku berfikiran sedemikian..faham-faham saja, projek perumahan itu di Bukit Antarabangsa..siapa tak kenal tempat ini..Anak Orang Asli yang pandai membaca akhbar dan memahami percakapan pembaca berita di televisyen sah tau kisah tempat ini..

Sejak 1985 hingga Disember 2008, sudah 11 kejadian tanah runtuh termasuk yang mengakibatkan kehilangan nyawa berlaku di Bukit Antarabangsa seperti yang dilaporkan oleh media..

Ketika aku bertentang mata dengan pegawai Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu, pelbagai kenyataan strategik yang dikeluarkan menjadikan relevan projek itu diluluskan. Sangat panjang lebar dan aku tak mahu tempelkan di sini. Aku tak nafikan perkara itu, aku terima. Cuma perlu sedar, projek-projek sebelum ini tentu juga melalui proses kelulusan yang hampir sama dan kejadian tanah runtuh itu tetap berlaku..ayat ini aku ulangkan acap kali ketika aku berbual dengan pegawai itu..

Nah..awal pagi ini selepas dua hari hujan lebat melanda sekitar Hulu Klang, kejadian tanah melimpah dari tapak projek itu berlaku..mungkin kejadian ini biasa bagi mana-mana projek perumahan tapi aku tak rasa bagi kawasan Bukit Antarabangsa..nampak seperti memberi amaran permulaan..

Entah la..aku tak mengharap perkara buruk yang akan berlaku..tidak mahu berfikiran negatif..bukan apa, kelak nanti, selain mengundang sedih kepada penduduk Bukit Antarabangsa tapi ia juga bakal menyusahkan aku yang bekerja dalam profesion ini..

Seperti biasa, kita lihat babak seterusnya..

Aku dan Salam Idulfitri

Selamat Hari Raya untuk semua sanak saudara, sahabat handai, musuh-musuh…maaf atas mana keterlanjuran kata-kata dan tindakan…

Kepada rakan-rakan selapangan, salam lebaran untuk kamu semua..perjuangan itu masih belum selesai..

Aku, Julai, Ogos dan September hingga Ramadan

Berhabuk cabuk tanpa entry baru..malas aku beralasan, silap aku sendiri membiarkan ia begitu..

Wow..panjang pulak tajuk entry aku…

Banyak yang berlaku sepanjang bulan Julai, Ogos dan September sehingga menjengah Ramadan yang  aku mahu berkongsi dengan khayalak pembaca cuma kesempatan itu aku sendiri nafikan..

31 Ogos lalu, genap enam tahun Kosmo! bertapak dalam industri media..diklasifikasikan sebagai budak mentah lagi..masih baru belajar untuk merangkak..cuma ia ada RAMUAN dan GEN yang baik untuk mempercepatkan tumbesarannya..

Aku bangga jadi sebahagian daripadanya..

Pada tarikh ini juga selepas tiga tahun, aku kira, aku dapat berkumpul dengan kawan-kawan Budak Jahat (BJ Union) untuk majlis berbuka puasa..dalam suasana hutan dan dusun di Kem An Naeem, Semungkis, Hulu Langat, momen ini antara yang cukup aku nantikan selepas acap kali terlepas dan tidak berkesempatan..

Penampilan khas, Joharis, yang pulang seketika dari Sidney, Australia ekoran ibunya yang sakit merupakan buah tangan terbaik untuk majlis ini..selepas tiga tahun di sana, naik gilo rindu gang aku dengan mamat sorang nih..Joe berkelana di bumi penuh binatang bernama Kangaroo untuk meraih peluang dan pengalaman sebagai chef yang berkaliber..

Dan ketika ini juga lah sebab dah lama sangat tak main mercun, aku sendiri menjadi mangsa permainan ganas ini dek perangai sengal Boy..biar sakit, aku tetap enjoy dan khayal dalam majlis ini..terima kasih BJ Union..