Aku dan Bukit Antarabangsa

Tengah seronok aku duduk melayan anak-anak tiba-tiba ada satu MMS aku terima. Satu bahan yang perlu aku susulkan dan menjadikan ia satu wajar diuar-uarkan kepada semua..

Alahai, rasa malas tangan aku nak menaip depan PC walaupun hari raya sudah masuk hari keempat..mood raya itu masih ada tapi atas rasa tanggungjawab, ia perlu dilakukan..

Aku terima MMS daripada penduduk di Bukit Antabangsa berkaitan dengan kejadian limpahan tanah yang berlaku di kawasan mereka berpunca daripada sebuah projek perumahan yang sedang giat dijalankan..berdasarkan gambar, kelihatan macam teruk sebab melimpah sampai ke Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2)…

Nak kata taakulan aku tepat, boleh dikatakan takbur..tapi perkara itu berlaku..

Ogos lalu aku mendapat maklumat mengenai sebuah projek perumahan yang sedang giat dijalankan di laluan masuk utama Bukit Antarabangsa..lihat pada papan projek, ia merupakan pembinaan 60 unit rumah berkembar tiga tingkat..

Ketika mula-mula mengetahui perkara ini ini, aku juga berasa hairan..macam mana ia boleh berlaku..nyata orang yang membuat projek dan yang meluluskan projek terlalu berani untuk melaksanakan perkara ini..

Mengapa aku berfikiran sedemikian..faham-faham saja, projek perumahan itu di Bukit Antarabangsa..siapa tak kenal tempat ini..Anak Orang Asli yang pandai membaca akhbar dan memahami percakapan pembaca berita di televisyen sah tau kisah tempat ini..

Sejak 1985 hingga Disember 2008, sudah 11 kejadian tanah runtuh termasuk yang mengakibatkan kehilangan nyawa berlaku di Bukit Antarabangsa seperti yang dilaporkan oleh media..

Ketika aku bertentang mata dengan pegawai Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu, pelbagai kenyataan strategik yang dikeluarkan menjadikan relevan projek itu diluluskan. Sangat panjang lebar dan aku tak mahu tempelkan di sini. Aku tak nafikan perkara itu, aku terima. Cuma perlu sedar, projek-projek sebelum ini tentu juga melalui proses kelulusan yang hampir sama dan kejadian tanah runtuh itu tetap berlaku..ayat ini aku ulangkan acap kali ketika aku berbual dengan pegawai itu..

Nah..awal pagi ini selepas dua hari hujan lebat melanda sekitar Hulu Klang, kejadian tanah melimpah dari tapak projek itu berlaku..mungkin kejadian ini biasa bagi mana-mana projek perumahan tapi aku tak rasa bagi kawasan Bukit Antarabangsa..nampak seperti memberi amaran permulaan..

Entah la..aku tak mengharap perkara buruk yang akan berlaku..tidak mahu berfikiran negatif..bukan apa, kelak nanti, selain mengundang sedih kepada penduduk Bukit Antarabangsa tapi ia juga bakal menyusahkan aku yang bekerja dalam profesion ini..

Seperti biasa, kita lihat babak seterusnya..

    • Penjelajah Blog
    • September 13th, 2010

    Manusia akan terus menghalalkan kerosakan alam sekitar utk apa yg mereka namakan pembangunan, dan apabila mereka telah menebang pokok yg terakhir, mencemari sungai yg terakhir, dan memakan ikan yg terakhir, baru mereka tersedar, mereka tidak boleh memakan duit.

  1. tersangat kompleks bila bicara mengenai pembangunan yang halal..barangkali, mungkin ia hanya di atas kertas saja..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: