Aku dan Cina

Kuala Lumpur, Dis 2009 – September 2010

10 bulan yang lalu, ketika aku baru berpindah semula ke Kuala Lumpur dari Kelantan, antara perkara wajib yang aku perlu buat untuk rumah sendiri adalah memastikan televisyen boleh ditonton melalui penggunaan siaran kabel berbayar, Astro..kalau tidak, masak kebosanan aku duduk rumah..

Tak sampai 24 jam aku di rumah, kontraktor pemasangan Astro sudah terpacak di depan rumah aku untuk buat kerja dia..nama dia, Andy..berbangsa Cina..dalam sibuk-sibuk Andy duk buat kerja, sempat juga aku berbual dengan dia..aku tawar segelas air Ribenna untuk dia..dalam rancak untuk memulakan borak, dia bertanyakan apa kerja aku dan dengan jujur aku maklumkan..

Andy mula bertanya latar belakang kerja aku dan memberi beberapa pendapat mengenai dunia Malaysia seperti yang dilaporkan terutama membabitkan politik..kebanyakan percakapan yang dibutirkan oleh Andy, aku sendiri agak terkejut memandangkan ketika itu orang duk sibuk dengan sangat hal-hal berkaitan dengan perkauman..

“Ini politik banyak susah la abang..semua mahu cari gaduh saja, mahu kuasa, mahu jadi ketua..jadi duit pun senang dapat..bikin kepala pening saja..apa pasal mahu buat itu macam”..

Aku sempat bertanyakan soalan cepu emas kepada dia..adakah dia senang dengan keadaan sekarang dan adakah dia mahu ia berkekalan…

“Apa mahu takut macam sekarang, orang Melayu pegang, semua orang boleh cari makan..susah-susah pun abang, boleh la ada duit mahu hidup..nanti semua gaduh-gaduh, lagi susah mahu cari makan. orang politik sekarang ni semua ingat dia pandai, pandai cakap boleh lah.. “...

Kota Bharu, Kelantan, Ogos 2007 – Dis 2009

Seorang kawan yang dikenali dengan nickname Chia, cukup senang aku bergaul dengan dia dalam tahun terakhir penugasan aku di sini..hairan atau tidak, bahasa ‘kebangsaan’ pergaulan dengan Chia ada dialek Kelantan..sangat susah aku nak dengar Chia menggunakan bahasa ibundanya..selain bekerja dalam satu bidang yang sama, kemahiran dalam bidang komputer menjadi aku agak rapat dengan dia..

Lebih menarik, perkembangan semasa termasuk politik dalam pelbagai isu seperti agama, perkauman, perlembagaan banyak dibicarakan bersama..dan aku suka bercakap dengan Chia atas dasar dia sangat ‘liberal’ dalam mengulas sesuatu isu tanpa condong pada mana-mana pihak..dalam banyak hal, aku senada dengan Chia..

Universiti Teknologi Malaysia, 2000 – 2004

Ketika masuk tahun ke-3, semester II, aku perlu memilih pengkhususan sebagai syarat wajib menamatkan zaman belajar dan kewangan adalah bidang aku yang pilih..secara kebetulan, seorang pensyarah yang mengajar satu subjek dalam pengkhususan ini, boleh bergaul baik seperti kawan-kawan aku yang lain..kau dan aku menjadi kata ganti nama dalam percakapan harian..menghabiskan masa lepak di bilik kerja dia, bermain badminton dan warung pisang goreng, antara aktiviti yang aku buat bersama..

Dalam beberapa ujian pertengahan semester, aku mendapat markah yang agak cemerlang dan ia mula menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pelajar khususnya pelajar Cina..mula-mula aku tak ambil pusing mengenai hal itu sehingga timbul cerita yang kurang menyenang pada telinga aku..pelajar-pelajar itu menganggap aku tidak layak mendapat markah sedemikian dan hanya bergantung kepada hubungan baik aku antara pensyarah itu..mereka menganggap aku seorang ‘loser’ dalam bab-bab belajar hanya berdasarkan mungkin gred aku tidak sebaik mereka..

Rasa hairan aku juga bila timbul cerita itu walhal ramai yang cukup tahu secara umumnya bahawa pelajar Cina berbanding Melayu cukup kerap berjumpa dengan pensyarah mengenai hal-hal berkaitan dengan pembelajaran..secara tidak sedar juga, di kalangan pelajar itu tidak mengetahui aku cukup minat dalam kewangan menjadikan biarpun ‘watak’ yang aku tampilkan adalah sebagai seorang ‘loser’..

Tak mengapa, atas semangat persaingan yang sihat, aku biarkan perkara itu berlalu..

Zaman sekolah

Aku bergaul dengan dua orang pelajar perempuan Cina dalam kelas ketika menuntut di Tingkatan 4 dan 5 yang banyak membantu dalam belajar terutama Matematik..aku fikir memang mereka dilahirkan bijak dalam subjek ini memandangkan aku mudah tangkap dengan teknik menjawab soalan mereka..sebagai balasan, aku berkongsi pengetahuan dalam perakaunan dengan mereka..

Tanpa ada perasaan apa-apa, pergaulan aku dengan mereka berjalan baik tanpa sebarang permasalahan sehingga aku tamat zaman persekolahan..

Parlimen, 2010

Sepanjang penugasan aku di sini, bermacam-macam watak-watak majmuk aku kenal terutama orang Cina yang bergelar Yang Berhormat..mereka yang perlu dihormat ini masing-masing memainkan peranan masing-masing..lama kelamaan watak-watak ini mula mengundang rasa jengkel..

Mungkin boleh dikategorikan sebagai perkara biasa, perasaan aku ini turut dikongsi dengan rakan-rakan yang lain, yang turut berlatarbelakangkan watak-watak majmuk..kadang-kadang geleng kepada melihat gelagat-gelagat mereka bersama watak majmuk yang lain dalam dewan yang mulia itu..adakah permasalahan rakyat yang mahu diperjuangkan atau hanya mahu berlagak hero dan heroin saja..

Idea

Berbanding orang-orang yang sebelum ini aku kenal, watak-watak ini cukup berbeza..mungkin aku tidak kenal mereka dengan lebih rapat tapi penampilan pada mata umum cukup memberi pelbagai persepi termasuk yang kurang disenangi..adakah disebabkan mereka itu terjun dalam bidang politik menjadikan mereka mencipta watak sampingan bagi membolehkan survival politik itu berterusan..

Sedikit sebanyak, aku mula mempelajari dengan lebih mendalam watak-watak ini..sebahagian daripada persinggahan aku dalam perjalanan yang mungkin masih panjang..aku suka dengan ilmu ini..

Aku akui, kadang-kadang sisi hitam aku bangkit meniup api-api itu menjadi marak..aku cuba mengawal dengan sebaiknya supaya tidak menjadi lebih terpesong teruk..

Aku, Islam yang utama, Melayu adalah akar aku..

  1. Hebat, saudara, hebat…saya harap kata-kata Andy itu menjadi falsafah kebanyakan kita. malangnya politikus tidak berfikir demikian. kita juga kena fikir rombak sistem pendidikan kita, pastikan hanya satu sistem sekolah jadi pegangan. perkasakan silibus dan kita boleh bergaul dan mengenal apa itu kompetitif!

  2. mekaseh utk tuan otai singgah beri komen di sini..sekadar berkongsi sesuatu yg mengejutkan diri sendiri utk sume..bab sekolah, pendidikan nih, kita sudah makin jauh terkebelakang even mcm2 dh buat..heran..

    • Penjelajah Blog
    • October 13th, 2010

    ha ha, macam mana saya boleh terlepas utk komen di entry ini. Dasar Pecah dan Perintah menyenangkan rakyat di perintah dan di pergunakan, umpama membina kandang utk kaum berlainan, dan pada masa yg sama, momokan sahaja mereka dengan keganasan kaum, umpama momokan jangan bermain waktu senja kerana hantu byk berkeliaran.

  3. kepercayaan pada diri sendiri sudah lemah, maka dasar untuk menjadi lebih mudah..lebih malang lagi, golongan yang diperintah, masih tidak sedar…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: