Archive for October, 2010

Aku dan Kelantan Menang Pakai Bomoh

Tajuk entry di atas mungkin boleh undang pelbagai persepsi. Mungkin ada yang akan marah pada aku. Kalau tak nak baca habis apa aku tulis, berambus dari Cabuk.

Tahniah kepada Kelantan yang berjaya mendakap Piala Malaysia selepas perlu menunggu selama 89 tahun. Dari mata rambang aku, pasukan The Red Warriors yang bermain semalam layak untuk menang. Semangat juang tinggi. Itu yang kita mahukan.

Buat kali pertama, tahun ini, Kelantan beraksi dalam kancah pertandingan bola sepak menggunakan khidmat bomoh. Salah seorang bomoh itu secara kebetulan aku jumpa semalam ketika sedang menunggu rakan sebidang menyiapkan kerja.

Warga veteran yang peramah ini aku sapa. Asalnya Panji, Kota Bharu. Ayat diatas aku petik dari mulut dia. Bomoh ini pada mulanya hampir berputus asa selepas N9 menjaringkan gol pertama. Namun semangat dia nak pastikan piala itu pulang ke negeri Cik Siti Wan Kembang, dia tetap berusaha.

Katanya, dia terus keluar stadium sejurus gol pertama di jaringkan dan memulakan upacaranya di luar stadium. Habis stadium dia tawaf sambil membaca sesuatu sambil menghentak kaki ke bumi. Hasilnya, gol penyamaan berjaya dijaringkan oleh Kelantan dan kemudian gol kemenangan disumbat. Bomoh ini tersenyum bangga.

Apa, ingat pakai bomoh macam nih,main tipu ke. Itu kesilapan orang `jump to the conclusion`. Dari apa yang aku sembangkan dengan bomoh ini,kewujudan dia bersama rakan yang lain untuk pasukan Kelantan sebagai bantuan kedua selepas unit fisioterapi. Tugas mereka merawat pemain, menghalau syaitan dan iblis yang melekat dalam badan pemain.

Kata bomoh itu, dia berusaha untuk memulihkan semangat pemain supaya terus berkobar untuk bermain.Kalau syaitan iblis melekat pada tubuh,jadi beratlah nak bermain. Lagipun, kesemua pendekatan jampi yang dibaca menggunakan ayat al-Quran.

Logik bukan. Bukanlah bomoh itu berkuasa untuk menentukan segala-galanya tetapi hanya membantu memudahkan urusan.

Hal-hal perbomohan dalam sukan,kadang-kadang sukar kita nak percaya. Rasa-rasa kalau skuad negara pakai bomoh,mungkin dah sampai ke Piala Dunia kan.

Aku ingat lagi kenyataan bekas jaguh badminton negara, Rashid Sidek, yang diterbitkan dalam akhbar-akhbar utama negara, ketika perlawanan akhir Piala Thomas 1992, dia ada terlihat kemenyan pada board Yonex ketika sedang berlawan perseorangan pertama Indonesia, Ardy Wiranata. Malah Rashid sendiri mengakui dia kehabisan tenaga ketika set terakhir, bersamanya ketika itu adalah semangat juang.

Agak,mungkin elemen perbomohan ada dalam sukan badminton,ketika itu.

Apa-apa pun, malam semalam, semangat juang pemain Kelantan wajar dipuji. Tak pernah kenal erti kalah. Hasilnya, perjuangan itu menyebelahi mereka.

Bomoh itu mungkin sebahagian daripada kemenangan itu. Lagipun semua pemain Kelantan cukup bertenaga selepas dihalau semua syaitan iblis yang melekat pada badan mereka.

Tahniah Kelantan..

Aku dan Mayat di Ukay Perdana

(Kredit untuk Amin Farij Hasan: Photographer Utusan)

Kaget sebentar aku apabila melihat ke arah bagasi yang berisi pakaian itu yang dicampakkan di belakang sebuah bengkel kereta di Taman Ukay Perdana mengandungi sekujur tubuh..aku kira ia adalah tubuh seorang kanak-kanak, jika tidak bagaimana ia boleh disumbat ke dalam bagasi itu..

Pada mulanya, selepas dipanggil untuk mendengar kenyataan mengenai kes itu oleh Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Abdul Jalil Hassan, tanpa aku sedar sebenarnya aku melangkah bersebelahan bagasi itu dan berdiri lama di sebelahnya..aku sangka beg peralatan polis rupa-rupanya selepas berpaling semula ke arah bagasi itu, baru nampak sepasang kaki yang kaku..

Tubuh itu masih kelihatan ‘segar’..apa-apa pun, pembunuhan yang dilakukan itu masih baru..tiada langsung kelihatan serangga yang datang menghinggap..anggota badan masih sempurna dan dilengkapi dengan pakaian gaun berwarna biru..

Nyata syaitan itu hebat..dan jelas juga ada sedikit kebodohan dalam menutup kerja jenayah..meletakkan mayat dalam bagasi pakaian, bijak..meninggalkan di kawasan terbuka meskipun berdekatan dengan semak samun dan hutan, tersangat bodoh..Tuhan itu Maha Adil..memberi inspirasi kepada seorang lelaki pekerja bengkel untuk melihat bagasi itu yang pada mulanya disangka berisi wang tunai..elemen curiga mencetuskan lelaki itu membuka bagasi itu..

Aku harap kehebatan Pasukan Forensik PDRM dapat menemui petunjuk dalam kes..jangan hanya klimaks berakhir dengan tampilnya keluarga yang mengakui itu anak mereka dan kemudian dikebumikan..

Untuk semua ibu bapa termasuk aku..sayang anak, tangan-tangan kan..bukan sayang anak, lepas-lepas kan..diktator perlu ada, bukan hanya mahu digelar, mak ayah kau sporting lah..

Aku dan Tiket Piala Malaysia (N9 vs Kelantan)

Tahniah kepada kedua-dua pasukan ini, Kelantan dan Negeri Sembilan kerana berjaya melangkah ke saingan akhir Piala Malaysia..ibarat perlawanan ulangan tahun lalu..

Cuma aku harap perlawanan yang berlangsung pada Sabtu ini di Stadium Nasional Bukit Jalil tidak sama versi seperti tahun sudah..masing-masing perlu tampil dengan aksi pentas akhir..baru seronok nak tengok..

Biarpun adat sukan, ada yang menang, ada yang kalah, beri kepuasan kepada diri sendiri sebagai pemain bola sepak yang berpeluang beraksi di puncak karier dan penghormatan kepada penyokong dengan tampil aksi yang bertenaga..

Aku sendiri kaget sebentar bila mengetahui harga tiket bola sepak boleh naik seperti harga barangan keperluan lain apabila tiba musim orang naik gila sangat nak mendapatkannya..tiket perlawanan akhir Piala Malaysia secara tiba-tiba dijual dengan harga RM30 berbanding RM20 pada tahun lalu..menurut penjelasan yang diberi oleh pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelanta (KAFA), ia adalah tiket berpakej..maknanya beli tiket, dapat hadiah percuma..

Kelmarin, Timbalan Presiden Kelab Bola Sepak Siber Kelantan, Nik Salehuddin Nik Abdul Arazak dilaporkan berkata mahu memulaukan perlawanan tersebut jika KAFA bertegas memaksa penyokong membeli tiket pada harga pakej..

Hari ini pula, Kosmo! melaporkan tiket yang mahal itu habis dijual…

Hakikatnya, perkara ini sudah dijangka oleh mana-mana pihak..bukan aku saja..ini tiket bola sepak, sukan nombor satu dunia..aku rasa kalau dijual dengan harga RM100 sekalipun, sah ada orang beli..bukan sesuatu yang pelik apabila harga tiket bola dijual dengan harga yang mahal..pasukan luar yang datang beraksi di sini seperti Brazil, Manchester United, harga tiket perlawanan pertunjukan bukan murah, tapi masih juga ada yang beli, stadium pun penuh..

Diakui, adalah tidak adil untuk menaikkan harga tiket, kenapa tidak kekal saja..berilah peluang kepada peminat bola sepak..jangan ambil kesempatan dengan kegilaan orang ramai dengan sukan ini, maka pihak-pihak itu bijak memanfaatkan kepala bisnes mereka untuk menekan peminat..puak-puak korporat ini bijak mengeskploitasi sifat fanatik penyokong bola sepak yang bermati-matian mahu melihat pasukan mereka beraksi di pentas akhir, maka matlamat itu menghalalkan cara..

Apa-apa pun, yang pasti gelombang The Red Warriors pasti memenuhi segenap pelusuk stadium nanti..tak lupa juga penyokong Hoben Jang Hoben..seronok tengok bila stadium penuh..baru terasa bahang perlawanan akhir..kalau setakat suku stadium penuh, hentikan saja liga bola sepak negara..

Selamat berjuang..selamat menyokong..selamat berkawal…

Aku KINI Di Lembah Klang

Entry bertajuk Aku, Surau dan Agama pernah aku tulis satu ketika semas bertugas di Kota Bharu, Kelantan bertarikh 20 April 2009..tetapi sekarang, aku di Lembah Klang..itu status aku sekarang..

Mood cuti sehari aku dirosakkan secara tiba-tiba apabila menerima SMS daripada ibunda bertanyakan sesuatu yang aku cukup pelik..selepas diselidik, baru aku tahu ia ada kaitan dengan surau di rumah orang tua ku..

Selepas senyap seketika, manusia yang ada beragama Islam ini mula menyalak kembali mengenai hasrat untuk merobohkan surau itu..kenapa kembali menyalak seperti anjing..Dia mendakwa orang-orang yang melindungi kewujudan surau itu sudah tiada kuasa untuk berbuat demikian..

Selepas lebih setahun, aku sangka manusia ini sudah menerima hidayah dari Tuhan dan bertaubat kembali mengikut lunas Islam sebenar..namun sangkaan aku meleset..manusia itu sukar MENGAKUI KESILAPANNYA..dan lebih malang, SUKA MENGULANGI kesilapan yang sama..

Jawab aku mudah pada ibunda..anak emak, LUQMAN HAKIM AB. RAHIM kini di Lembah Klang..tunggu dan lihat saja..

Tahniah Kelantan – The Red Warriors

Jangan salahkan penyokong Kelantan saja tapi sebaliknya salahkan pengurusan Stadium Shah Alam.Ini kali kedua berlaku selepas Liga Super tempoh hari..Pembahagian kawasan tempat duduk yang tidak adil dan kedudukan kedua-kedua penyokong terlalu dekat menyebabkan penyokong bergaduh..Sepatutnya pengurusan stadium memberi tempat duduk sebelah vip kepada penyokong kelantan dan kosongkan tempat duduk belakang gol barulah penyokong dapat dipisahkan.,Tempoh hari beberpe orang je penyokong selangor berada di kawasan itu,memang mentaliti payah untuk diubah tapi pengurusan pon kene bijak mengatur nye..tempuk dada tanya iman lah..- ONE15

 

Terima kasih kepada ONE15 kerana sudi singgah ke Cabuk dan meninggalkan komen pada entry yang sudah berhabuk dalam blog ini..sekali lagi terima kasih..Cabuk, seperti nama dan gambar di profil, terima dengan hati terbuka

Membaca kepada isi-isi karangan si peninggal komen, jelas dia merujuk kepada perlawanan suku akhir di antara Selangor dan Kelantan yang berlangsung di Stadium Shah Alam, minggu lalu yang berkesudahan seri dan berlarutan dengan insiden-insiden yang tidak diingin timbul daripada tingkah laku penyokong..

Sebenarnya, aku tak berkesempatan untuk menulis sesuatu berkaitan dengan peristiwa itu biarpun ada kemahuan namun disebabkan faktor tugas yang ada, ia terhalang..tak mengapa, dalam entry ini aku perjelaskan..sekuar-kurangnya ada sebab untuk menulis entry ini..

Apa-apa pun sekalung tahniah kepada skuad Kelantan yang berjaya membenam cabaran Selangor di stadium keramat, Stadium Sultan Mohammad ke-IV..dan yang lebih cemerlang lagi, kelakuan penyokong-penyokong tuan rumah lebih bersopan daripada biasa..hasil maklumat yang aku terima sendiri daripada rakan sejawat, penyokong Kelantan di bumi Cik Siti Wan Kembang, masing-masing sudah bijak..TAHNIAH..

Bercakap mengenai insiden yang berlaku di Stadium Shah Alam, daripada yang aku ketahui melalui rakan sejawat yang membuat liputan, ketegangan itu tercetus melibatkan kedua-dua penyokong…tak mahu bercakap siapa yang mulakan dulu, insiden tersebut akhirnya berlarutan sehingga mengorbankan nyawa seseorang yang tidak bersalah..difahamkan, perangai penyokong Selangor tidak kurang hebatnya, sama naik ‘syeh’ macam penyokong Kelantan..maklumlah, bermain di tempat sendiri, jadi aku adalah tuan di kawasan aku..ini biasa..aku sendiri masak sangat dengan perangai penyokong Selangor…

Aku juga mendapat maklumat daripada seorang rakan daripada Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan, penyokong pasukan negeri itu yang TURUT bertindak liar adalah hanya terdiri daripada penyokong yang datang dari LUAR..bermakna, bukan penyokong sebenar yang datang dari Kelantan untuk ke Stadium Shah Alam..ini mengulangi kenyataan aku di atas bahawa penyokong Kelantan di Stadium Sultan Mohammad ke-IV sudah bijak untuk TIDAK bertindak bodoh…

Aku akui apa yang cuba diutara oleh penghantar komen bernama ONE15 lebih-lebih lagi bab pengurusan pembahagian kawasan penyokong..jujur aku katakan, ini adalah masalah terpencil..kita kalau hidup berjiran, berkawan baik, bersosial dengan hemah, takdah masalah pun..lihat saja penyokong di luar negara, apabila kelab-kelab pilihan masing-masing bermain dalam kancah saingan liga negara..berperang dalam sokongan, bukan bergaduh untuk bersaing..jadi, usah tuding jari pada orang lain, nilai diri sendiri terlebih dahulu…

Aku pernah menulis mengenai perangai penyokong Kelantan ketika bertugas di Kelantan selama hampir 3 tahun..Aku, Selangor dan Kelantan, Aku dan Penyokong Kelantan Yang Tidak Pernah Serik dan terakhir, Aku dan Hukum Penyokong Kelantan…sesiapa boleh rujuk dan nilai sendiri nada tulisan aku…

Dalam dua entry sebelum ini, ya, jujur aku mempersoalkan tindak-tanduk penyokong Kelantan di tempat sendiri namun apa yang aku sampai turut dikongsi sendiri oleh majoriti penyokong Kelantan yang setia hadir menonton setiap perlawanan The Red Warriors..mereka sendiri tidak mahu situasi itu berlaku..aku tidak menghentam secara membuta tuli, ada asas, mendapat sokongan…tidak secara total aku mahu menyalahkan penyokong Kelantan…

Malah, aku sendiri berbangga dengan semangat yang ditonjolkan oleh penyokong skuad ini dengan memenuhi stadium setiap kali perlawanan berlangsung..semangat ini mungkin tidak ada pada penyokong lain-lain negeri yang turut bertanding dalam kancah bola sepak negara…memenuhi stadium untuk memberi sokongan, Kelantan adalah yang terbaik..

Kesimpulan di sini yang perlu difahami adalah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga..aku sendiri faham bukan semua penyokong bola sepak yang mahu mencetuskan ketegangan, ada sekelompok kecil yang kononnya mengaku fanatik kepada pasukan, cuba untuk melakukan sesuatu yang tidak bijak dan ingin dilihat ‘macho’ oleh orang lain..

Tunggu saja Selasa ini, mesyuarat oleh pengurusan jawatankuasa teknikal FAM bagi menentukan bentuk hukuman yang akan dikenakan terhadap Selangor dan Kelantan..Ingat di sini, bukan saja Kelantan saja yang bakal dikenakan hukuman, malah Selangor sebagai tuan rumah perlawanan ketika insiden itu berlaku turut diheret sama..

Luaskan mata, baru luas pengalaman..

 

PS: Telahan Wanfai ketika aku menulis entry Aku dan Telok Datok, Banting, jadi kenyataan..cayalah..

Aku dan Naik Bas

Punyalah lama aku tak naik bas, tak tahu kenapa gatal sangat nak cuba. Bersama seorang rakan sepejabat, Aidil Aziz, aku menaiki bas mencari pasal.

Aku terpaksa naik bas balik ke pejabat sebab Evo 10 terpaksa masuk pit sebab tahap kelajuan menyamai kancil. Itupun selepas aidil tak sampai hati nak bawa KE Drift milik tuan workshop.

Di Pangsapuri Nilam, Ampang, destinasi mencari pasal. Hairan aku selepas bertahun-tahun, di kawasan ini masih lagi takda perhentian bas. Nak kata tak buat aduan,dah beratus kali sampai berbuah mulut tapi masih begini. Maka terpaksa aku dan aidil menunggu di bawah pokok.

Hajat nak ke Bukit Bintang dan turun di Berjaya Times kemudian naik Star ke Chan Sow Lin tapi perjalanan itu jauh dari disangkakan. Tahu berapa taman perumahan nak kena tempu sebelum bas RapidKL masuk jalan utama, Jalan Pudu. Dekat lima taman. Taman Muda, Taman Seraya, Taman Tasik, Taman Saga dan Kg Cheras Baru. Kalau tak silap ada lagi.

Sah aku dah silap naik bas. Sepatutnya ada perkhidmatan yang direct terus ke Bukit Bintang, aku rasalah tapi sebab dah silap naik bas, maka terpaksa tempuh jalan yang sama. Punyalah excited nak bas sampai tersilap.

Akhirnya, aku berhenti di hadapan Akademi Binaan Malaysia sebelum tahan teksi balik ke pejabat. Sempatlah sepanjang perjalanan aku cuci mata tengok budak sekolah yang aku sendiri tak berani nak ngurat.

Rupa-rupanya nak naik bas sekarang nih kena ada ilmu bas. Kalau tak alamatnya nak sampai cepat boleh lambat atau sesat entah ke mana. Selain terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar tambang. Boleh tahan mahal jugak.

Aidil dengan rasa bangga berkata, seronok naik bas tapi lain kali taubat aku tak naik bas..

Aku dan Telok Datok, Banting

 

Kehadiran aku seawal pagi di daerah Banting ini sesuatu yang aku tak jangka..walaupun agak mengantuk menempuh perjalanan hampir sejam bercampur dengan pening kepala menaiki kereta pacuan empat roda, Hilux, tugasan tetap perlu ditunaikan…

Hari ini, seorang peguam, N. Pathmabhan bersama tiga yang lain dihadapkan ke Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting atas dakwaan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya,  Noorhisham Mohammad, 38, Ahmad Kamil Abd Karim, 32  dan Kamaruddin Shamsuddin, 44, pada 30 Ogos yang lalu.

Turut dituduh adalah T.Thilaiyalagan, 19 tahun, R.Matan,  20 tahun, dan R.Kathavarayan, 30 tahun. Biarlah cerita ini habis di sini saja sebab termasuk yang ini, kali kedua aku hadap tugasan berkaitan dengan arwah Sosilawati, jadi aku takda pengalaman apa-apa..

Cuma, suasana perkarangan mahkamah menjadi macam satu pesta dengan kehadiran penduduk setempat dan wakil media yang lain untuk membuat liputan kes tumpuan ini..bunyi beberapa orang penduduk yang hadir dah jadi macam satu keseronokan pula beramai-ramai datang ke situ hanya semata-mata nak tengok sendiri muka-muka tertuduh..

“Nasib baik saya datang awal, tak terlepas lagi, dapat tengok muka orang itu,” kata seorang warga emas kepada aku dalam keadaan kelam kabut memasuki perkarangan mahkamah..Senyum saja aku dengar dia cakap macam begitu..

Yang lebih seronok, yang sebenar aku nak cerita di sini adalah aku dapat jumpa member lama, wanfai, rakan selapangan merangkap blogger Penulis Resah selepas 10 bulan dia dan aku bersama-sama berpindah dari Kelantan ke ibu kota..punya lah lama (ye ke lama)…walaupun hakikatnya boleh berjumpa di luar waktu kerja, tetap juga terserempak ketika on the scene..mana tidaknya, masing-masing dengan komitmen yang kena hadap, jadi macam susah sangat nak jumpa..

Ketika kerancakan saingan Piala Malaysia memasuki tahap klimaks, aku dan wanfai masih sempat mengimbau kenangan membuat liputan sukan perlawanan antara Selangor dan Kelantan di bumi Cik Siti Wan Kembang..kata wanfai, mungkin Kelantan akan menang di tempat sendiri nanti selepas mencatat keputusan seri di Stadium Shah Alam, malam semalam..

 Memori aku di Banting seawal pagi terhenti di situ saja..mungkin nanti, aku akan kembali lagi..siapa tahu..