Aku dan Pemandu Malaysia

Inilah entry paling jujur yang pernah aku buat. Tanpa rasa nak selindung,berkias atau bermadah,aku nak luahkan saja apa yang terbenak dalam hati ini.

Pemandu di Malaysia memang memandu macam orang yang macam dapat lesen terbang. Bayangkan,aku tak rasa orang yang di dalam kereta itu memandu sebaliknya pemandu itu seolah-olah sedang menolak kereta mereka supaya bergerak.

Dan inilah punca terbesar masalah kesesakan lalu lintas yang teruk dalam negara. Letih rasa. Tak payah cerita punca kesesakan adalah seperti kenderaan bertambah di jalan raya. Aku rasa itu semua karut.

Buktinya,lorong paling kanan,jika jalan itu mempunyai lebih daripada satu lorong, sepatutnya menjadi laluan kepada kenderaan yang memandu pada kadar kelajuan yang agak tinggi(aku tak kata laju la). Tapi cuba diperhatikan, ada kenderaan yang memandu terlalu perlahan sehingga boleh hilang akal dibuatnya berada di lorong tersebut.

Ketika mengambil lesen, semua perkara ini sudah diterangkan dengan jelas lagi bersuluh. Nak pandu perlahan tahap siput, sila berada di lorong paling kiri sekali. Lainlah jalan itu mempunyai satu lorong saja seperti laluan Kota Bharu hingga Gua Musang,masih boleh dimaafkan lagi andai terjumpa perangai pemandu yang serupa.

Aduh.letih kawan. Kebanyakan kesesakan di Kuala Luimpur inilah sebab utama. Memandu dari Loke Yew ke Cheras,nampak sesak,tak tau apa punca. Secara tiba-tiba sampai di suatu kawasan,laluan menjadi lancar. Pelik bukan. Banyak lagi contoh laluan yang penyakit pemandunya begitu.

Letih rasa. Tak berbaloi la masalah jadi begini dek sebab perangai pemandu yang lebih menggila daripada pemandu drift..

Aku rasa elok bagi pemandu begini lesen terbang yang sebenar. Jadi lebih elok kau di udara daripada di darat. Takda lah boleh jadi penyebab kepada kurang pahala harian seseorang individu itu seperti aku yang setiap kali asyik nak memaki saja.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: