Aku dan Ashraf Muslim

Tajuk entry kali ini bunyi cam poyo saja seolah-olah aku ada hubungan baik dengan pelakon kacak Malaya ini, Ashraf Muslim…hahahahhaaa..

Sebenarnya aku nak bercerita sesuatu yang agak mengejutkan diri sendiri..ini semua gara-gara ‘sarapan pagi’ aku melayari blog rakan-rakan lain termasuk Mybloghub yang memaparkan tulisan seorang penulis blog, kateegois menceritakan perihal pelakon yang popular dengan drama seram, Puaka Niyang Rapik..

Ashraf Muslim kini mampu mengubati pesakit menggunakan kaedah rawatan alternatif dan tradisional..menggunakan bahasa orang-orang lama, macam bomoh la..pelakon ini mengubati pesakit di Pusat Perubatan Darussyifa’, Kampung Sungai Pusu, Gombak..kesemua tulisan itu dipetik melalui portal berita, Mstar..

Mengetahui pelakon muda ini mampu mengubati pesakit menggunakan ayat-ayat suci al-Quran cukup membuat aku terkesima..aku kagum dengan pelakon ini yang mempunyai sesuatu kelebihan yang baik dikurniakan Tuhan meskipun berkecimpung dalam dunia lakonan..sudah pasti ada yang meragui ‘kepandaian’ dia dalam melakukan perkara tersebut namun hanya Tuhan saja yang akan menentukan segala-galanya..

Baik juga Ashraf mengambil pendekatan untuk membataskan watak-watak lakonan untuk mengelak kelebihan yang dimilikinya menjadi mudarat..mana tidaknya, kalau brlakon, ada saja adegan-adegan tambahan yang aku rasa tak perlu ada pun seperti berpegang tangan, bercakap di katil..bayangkan, Imam Syafie boleh lupa akan ilmu yang dituntut selama sehari hanya melihat stokin seorang wanita, ini buat benda-benda begitu..

Mungkin watak Ustaz Amirul yang pernah dibawa oleh Ashraf sebelum ini dalam Puaka Niyang Rapik berjangkit pada diri sebenarnya..elok berdamping dengan al-Quran daripada dok berkepit dengan syaitan..dan aku berharap kebolehan yang ada pada Ashraf dapat dikekalkan..dapat berbakti pada orang ramai dengan cara yang lebih baik..

Mamat ini memang sesuatu..

    • Rozaimah
    • May 7th, 2011

    assalammualaikum…
    sememangnya ashraf muslim ni mmg berbakat besar orangnyer… jadi xmustahillah dia lbih diberikan watak yg baik di dalam banyak drama ataupun filem…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: