Aku dan Naik Bas
Punyalah lama aku tak naik bas, tak tahu kenapa gatal sangat nak cuba. Bersama seorang rakan sepejabat, Aidil Aziz, aku menaiki bas mencari pasal.
Aku terpaksa naik bas balik ke pejabat sebab Evo 10 terpaksa masuk pit sebab tahap kelajuan menyamai kancil. Itupun selepas aidil tak sampai hati nak bawa KE Drift milik tuan workshop.
Di Pangsapuri Nilam, Ampang, destinasi mencari pasal. Hairan aku selepas bertahun-tahun, di kawasan ini masih lagi takda perhentian bas. Nak kata tak buat aduan,dah beratus kali sampai berbuah mulut tapi masih begini. Maka terpaksa aku dan aidil menunggu di bawah pokok.
Hajat nak ke Bukit Bintang dan turun di Berjaya Times kemudian naik Star ke Chan Sow Lin tapi perjalanan itu jauh dari disangkakan. Tahu berapa taman perumahan nak kena tempu sebelum bas RapidKL masuk jalan utama, Jalan Pudu. Dekat lima taman. Taman Muda, Taman Seraya, Taman Tasik, Taman Saga dan Kg Cheras Baru. Kalau tak silap ada lagi.
Sah aku dah silap naik bas. Sepatutnya ada perkhidmatan yang direct terus ke Bukit Bintang, aku rasalah tapi sebab dah silap naik bas, maka terpaksa tempuh jalan yang sama. Punyalah excited nak bas sampai tersilap.
Akhirnya, aku berhenti di hadapan Akademi Binaan Malaysia sebelum tahan teksi balik ke pejabat. Sempatlah sepanjang perjalanan aku cuci mata tengok budak sekolah yang aku sendiri tak berani nak ngurat.
Rupa-rupanya nak naik bas sekarang nih kena ada ilmu bas. Kalau tak alamatnya nak sampai cepat boleh lambat atau sesat entah ke mana. Selain terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar tambang. Boleh tahan mahal jugak.
Aidil dengan rasa bangga berkata, seronok naik bas tapi lain kali taubat aku tak naik bas..
No trackbacks yet.