Tahniah Kelantan – The Red Warriors

Jangan salahkan penyokong Kelantan saja tapi sebaliknya salahkan pengurusan Stadium Shah Alam.Ini kali kedua berlaku selepas Liga Super tempoh hari..Pembahagian kawasan tempat duduk yang tidak adil dan kedudukan kedua-kedua penyokong terlalu dekat menyebabkan penyokong bergaduh..Sepatutnya pengurusan stadium memberi tempat duduk sebelah vip kepada penyokong kelantan dan kosongkan tempat duduk belakang gol barulah penyokong dapat dipisahkan.,Tempoh hari beberpe orang je penyokong selangor berada di kawasan itu,memang mentaliti payah untuk diubah tapi pengurusan pon kene bijak mengatur nye..tempuk dada tanya iman lah..- ONE15

 

Terima kasih kepada ONE15 kerana sudi singgah ke Cabuk dan meninggalkan komen pada entry yang sudah berhabuk dalam blog ini..sekali lagi terima kasih..Cabuk, seperti nama dan gambar di profil, terima dengan hati terbuka

Membaca kepada isi-isi karangan si peninggal komen, jelas dia merujuk kepada perlawanan suku akhir di antara Selangor dan Kelantan yang berlangsung di Stadium Shah Alam, minggu lalu yang berkesudahan seri dan berlarutan dengan insiden-insiden yang tidak diingin timbul daripada tingkah laku penyokong..

Sebenarnya, aku tak berkesempatan untuk menulis sesuatu berkaitan dengan peristiwa itu biarpun ada kemahuan namun disebabkan faktor tugas yang ada, ia terhalang..tak mengapa, dalam entry ini aku perjelaskan..sekuar-kurangnya ada sebab untuk menulis entry ini..

Apa-apa pun sekalung tahniah kepada skuad Kelantan yang berjaya membenam cabaran Selangor di stadium keramat, Stadium Sultan Mohammad ke-IV..dan yang lebih cemerlang lagi, kelakuan penyokong-penyokong tuan rumah lebih bersopan daripada biasa..hasil maklumat yang aku terima sendiri daripada rakan sejawat, penyokong Kelantan di bumi Cik Siti Wan Kembang, masing-masing sudah bijak..TAHNIAH..

Bercakap mengenai insiden yang berlaku di Stadium Shah Alam, daripada yang aku ketahui melalui rakan sejawat yang membuat liputan, ketegangan itu tercetus melibatkan kedua-dua penyokong…tak mahu bercakap siapa yang mulakan dulu, insiden tersebut akhirnya berlarutan sehingga mengorbankan nyawa seseorang yang tidak bersalah..difahamkan, perangai penyokong Selangor tidak kurang hebatnya, sama naik ‘syeh’ macam penyokong Kelantan..maklumlah, bermain di tempat sendiri, jadi aku adalah tuan di kawasan aku..ini biasa..aku sendiri masak sangat dengan perangai penyokong Selangor…

Aku juga mendapat maklumat daripada seorang rakan daripada Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan, penyokong pasukan negeri itu yang TURUT bertindak liar adalah hanya terdiri daripada penyokong yang datang dari LUAR..bermakna, bukan penyokong sebenar yang datang dari Kelantan untuk ke Stadium Shah Alam..ini mengulangi kenyataan aku di atas bahawa penyokong Kelantan di Stadium Sultan Mohammad ke-IV sudah bijak untuk TIDAK bertindak bodoh…

Aku akui apa yang cuba diutara oleh penghantar komen bernama ONE15 lebih-lebih lagi bab pengurusan pembahagian kawasan penyokong..jujur aku katakan, ini adalah masalah terpencil..kita kalau hidup berjiran, berkawan baik, bersosial dengan hemah, takdah masalah pun..lihat saja penyokong di luar negara, apabila kelab-kelab pilihan masing-masing bermain dalam kancah saingan liga negara..berperang dalam sokongan, bukan bergaduh untuk bersaing..jadi, usah tuding jari pada orang lain, nilai diri sendiri terlebih dahulu…

Aku pernah menulis mengenai perangai penyokong Kelantan ketika bertugas di Kelantan selama hampir 3 tahun..Aku, Selangor dan Kelantan, Aku dan Penyokong Kelantan Yang Tidak Pernah Serik dan terakhir, Aku dan Hukum Penyokong Kelantan…sesiapa boleh rujuk dan nilai sendiri nada tulisan aku…

Dalam dua entry sebelum ini, ya, jujur aku mempersoalkan tindak-tanduk penyokong Kelantan di tempat sendiri namun apa yang aku sampai turut dikongsi sendiri oleh majoriti penyokong Kelantan yang setia hadir menonton setiap perlawanan The Red Warriors..mereka sendiri tidak mahu situasi itu berlaku..aku tidak menghentam secara membuta tuli, ada asas, mendapat sokongan…tidak secara total aku mahu menyalahkan penyokong Kelantan…

Malah, aku sendiri berbangga dengan semangat yang ditonjolkan oleh penyokong skuad ini dengan memenuhi stadium setiap kali perlawanan berlangsung..semangat ini mungkin tidak ada pada penyokong lain-lain negeri yang turut bertanding dalam kancah bola sepak negara…memenuhi stadium untuk memberi sokongan, Kelantan adalah yang terbaik..

Kesimpulan di sini yang perlu difahami adalah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga..aku sendiri faham bukan semua penyokong bola sepak yang mahu mencetuskan ketegangan, ada sekelompok kecil yang kononnya mengaku fanatik kepada pasukan, cuba untuk melakukan sesuatu yang tidak bijak dan ingin dilihat ‘macho’ oleh orang lain..

Tunggu saja Selasa ini, mesyuarat oleh pengurusan jawatankuasa teknikal FAM bagi menentukan bentuk hukuman yang akan dikenakan terhadap Selangor dan Kelantan..Ingat di sini, bukan saja Kelantan saja yang bakal dikenakan hukuman, malah Selangor sebagai tuan rumah perlawanan ketika insiden itu berlaku turut diheret sama..

Luaskan mata, baru luas pengalaman..

 

PS: Telahan Wanfai ketika aku menulis entry Aku dan Telok Datok, Banting, jadi kenyataan..cayalah..

    • Penjelajah Blog
    • October 17th, 2010

    Adakalanya FAM sebagai badan Induk sendiri, tidak berlaku adil kepada orang Kelantan, jika kekecohan perlawanan suku akhir pertama di Stadium Shah Alam itu berlaku di Stadium Sultan Mohd ke IV, pasti tanpa ragu-ragu KAFA akan dikenakan tindakan tegas. Jika FAM itu adil, masakan Tan Sri Annuar hanya dilantik menjaga bolasepak wanita? – ha ha ha –

  1. mengenai tindak-tanduk FAM tak adil, aku bersetuju berdasarkan pengalaman semasa ketika masalah penyokong terjadi ketika perlawanan Terengganu @ T-Team (kurang ingat) di Terengganu..ketika itu, Datuk Che Mat Jusoh buat keputusan..mengenai Tan Sri Annuar Musa, mungkin tuan boleh rujuk laman ini untuk idea lanjut..http://rizalhashim.blogspot.com/2010/08/tidak-ada-sebab-annuar-musa-tak-puas.html

    • mywanfai
    • October 17th, 2010

    bro, yg mati tu bukan sbb gaduh, tp sesak nafas… bak kata polis SDR…

  2. tertinggal itu fakta la..aku tau…hehehehheee…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: