Aku dan Tiket Piala Malaysia (N9 vs Kelantan)

Tahniah kepada kedua-dua pasukan ini, Kelantan dan Negeri Sembilan kerana berjaya melangkah ke saingan akhir Piala Malaysia..ibarat perlawanan ulangan tahun lalu..

Cuma aku harap perlawanan yang berlangsung pada Sabtu ini di Stadium Nasional Bukit Jalil tidak sama versi seperti tahun sudah..masing-masing perlu tampil dengan aksi pentas akhir..baru seronok nak tengok..

Biarpun adat sukan, ada yang menang, ada yang kalah, beri kepuasan kepada diri sendiri sebagai pemain bola sepak yang berpeluang beraksi di puncak karier dan penghormatan kepada penyokong dengan tampil aksi yang bertenaga..

Aku sendiri kaget sebentar bila mengetahui harga tiket bola sepak boleh naik seperti harga barangan keperluan lain apabila tiba musim orang naik gila sangat nak mendapatkannya..tiket perlawanan akhir Piala Malaysia secara tiba-tiba dijual dengan harga RM30 berbanding RM20 pada tahun lalu..menurut penjelasan yang diberi oleh pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelanta (KAFA), ia adalah tiket berpakej..maknanya beli tiket, dapat hadiah percuma..

Kelmarin, Timbalan Presiden Kelab Bola Sepak Siber Kelantan, Nik Salehuddin Nik Abdul Arazak dilaporkan berkata mahu memulaukan perlawanan tersebut jika KAFA bertegas memaksa penyokong membeli tiket pada harga pakej..

Hari ini pula, Kosmo! melaporkan tiket yang mahal itu habis dijual…

Hakikatnya, perkara ini sudah dijangka oleh mana-mana pihak..bukan aku saja..ini tiket bola sepak, sukan nombor satu dunia..aku rasa kalau dijual dengan harga RM100 sekalipun, sah ada orang beli..bukan sesuatu yang pelik apabila harga tiket bola dijual dengan harga yang mahal..pasukan luar yang datang beraksi di sini seperti Brazil, Manchester United, harga tiket perlawanan pertunjukan bukan murah, tapi masih juga ada yang beli, stadium pun penuh..

Diakui, adalah tidak adil untuk menaikkan harga tiket, kenapa tidak kekal saja..berilah peluang kepada peminat bola sepak..jangan ambil kesempatan dengan kegilaan orang ramai dengan sukan ini, maka pihak-pihak itu bijak memanfaatkan kepala bisnes mereka untuk menekan peminat..puak-puak korporat ini bijak mengeskploitasi sifat fanatik penyokong bola sepak yang bermati-matian mahu melihat pasukan mereka beraksi di pentas akhir, maka matlamat itu menghalalkan cara..

Apa-apa pun, yang pasti gelombang The Red Warriors pasti memenuhi segenap pelusuk stadium nanti..tak lupa juga penyokong Hoben Jang Hoben..seronok tengok bila stadium penuh..baru terasa bahang perlawanan akhir..kalau setakat suku stadium penuh, hentikan saja liga bola sepak negara..

Selamat berjuang..selamat menyokong..selamat berkawal…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: