Aku dan Kelantan Menang Pakai Bomoh

Tajuk entry di atas mungkin boleh undang pelbagai persepsi. Mungkin ada yang akan marah pada aku. Kalau tak nak baca habis apa aku tulis, berambus dari Cabuk.

Tahniah kepada Kelantan yang berjaya mendakap Piala Malaysia selepas perlu menunggu selama 89 tahun. Dari mata rambang aku, pasukan The Red Warriors yang bermain semalam layak untuk menang. Semangat juang tinggi. Itu yang kita mahukan.

Buat kali pertama, tahun ini, Kelantan beraksi dalam kancah pertandingan bola sepak menggunakan khidmat bomoh. Salah seorang bomoh itu secara kebetulan aku jumpa semalam ketika sedang menunggu rakan sebidang menyiapkan kerja.

Warga veteran yang peramah ini aku sapa. Asalnya Panji, Kota Bharu. Ayat diatas aku petik dari mulut dia. Bomoh ini pada mulanya hampir berputus asa selepas N9 menjaringkan gol pertama. Namun semangat dia nak pastikan piala itu pulang ke negeri Cik Siti Wan Kembang, dia tetap berusaha.

Katanya, dia terus keluar stadium sejurus gol pertama di jaringkan dan memulakan upacaranya di luar stadium. Habis stadium dia tawaf sambil membaca sesuatu sambil menghentak kaki ke bumi. Hasilnya, gol penyamaan berjaya dijaringkan oleh Kelantan dan kemudian gol kemenangan disumbat. Bomoh ini tersenyum bangga.

Apa, ingat pakai bomoh macam nih,main tipu ke. Itu kesilapan orang `jump to the conclusion`. Dari apa yang aku sembangkan dengan bomoh ini,kewujudan dia bersama rakan yang lain untuk pasukan Kelantan sebagai bantuan kedua selepas unit fisioterapi. Tugas mereka merawat pemain, menghalau syaitan dan iblis yang melekat dalam badan pemain.

Kata bomoh itu, dia berusaha untuk memulihkan semangat pemain supaya terus berkobar untuk bermain.Kalau syaitan iblis melekat pada tubuh,jadi beratlah nak bermain. Lagipun, kesemua pendekatan jampi yang dibaca menggunakan ayat al-Quran.

Logik bukan. Bukanlah bomoh itu berkuasa untuk menentukan segala-galanya tetapi hanya membantu memudahkan urusan.

Hal-hal perbomohan dalam sukan,kadang-kadang sukar kita nak percaya. Rasa-rasa kalau skuad negara pakai bomoh,mungkin dah sampai ke Piala Dunia kan.

Aku ingat lagi kenyataan bekas jaguh badminton negara, Rashid Sidek, yang diterbitkan dalam akhbar-akhbar utama negara, ketika perlawanan akhir Piala Thomas 1992, dia ada terlihat kemenyan pada board Yonex ketika sedang berlawan perseorangan pertama Indonesia, Ardy Wiranata. Malah Rashid sendiri mengakui dia kehabisan tenaga ketika set terakhir, bersamanya ketika itu adalah semangat juang.

Agak,mungkin elemen perbomohan ada dalam sukan badminton,ketika itu.

Apa-apa pun, malam semalam, semangat juang pemain Kelantan wajar dipuji. Tak pernah kenal erti kalah. Hasilnya, perjuangan itu menyebelahi mereka.

Bomoh itu mungkin sebahagian daripada kemenangan itu. Lagipun semua pemain Kelantan cukup bertenaga selepas dihalau semua syaitan iblis yang melekat pada badan mereka.

Tahniah Kelantan..

    • fndrocka
    • November 3rd, 2010

    Hahaha..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: