Archive for November, 2010

Aku Semakin Malas

Sejak kebelakangan ini, aku semakin malas untuk menulis..biarpun ada peluang, rasa tahap malas aku sampai dah tak tau nak dibuat perbandingan atau disamakan dengan apa-apa yang hidup di muka bumi ini..

Idea menulis itu ada, cuma kadang-kadang agak terlewat untuk dizahirkan..rasa macam sudah basi..nak meluahkan sesuatu, rasa hati tak kesampaian..bukan tiada masa terluang tapi aku pula tidak bijak untuk memanfaatkan peluang yang ada..

Bahan bacaan aku untuk dijadikan rujukan juga ku rasa semakin lama semakin membosankan..tak kira apa jua topik..semua dipenuhi dengan isi-isi yang ku rasa kabur, takda arah tuju…rasa macam seronok nak menulis membuta tuli sebab ada orang tunggu setiap masa entry terbaru blog masing-masing..lebih-lebih lagi si penulis cukup yakin diri hasil penulisan mereka menjadi orang percaya seratus peratus dan kemudian menjadi bahan bualan seantero dunia..

Aku tengah mencari rentak semula untuk menulis..aktif seperti dulu..tampil dengan entry yang aku baca dengan seronok hati, gumbira sampai tersengih hingga ke telinga…

Advertisements

Aku, Badminton dan Bola Sepak Sukan Asia 2010

Marah betul bila dapat tau pasal pasukan bola sepak negara kalah 0-3 dengan China…marahnya sebab aku tak tengok game tu semalam..camno la den boleh tolopeh nengok bondo nih…aku manjang terlepas je benda-benda macam nih..haih….

Naik heran eden, handa pengadil nih..tigo kad merah dio keluar kat pemain mesia..dah macam ko hadap game pialo dunio lak..kok iyo pemain mesia hebat bona buat fault sampai kad merah nak kono keluar..apo kono kau, Ben Williams (Australia)…

Marah betul aku bila dapat tau lagi skuad berpasukan badminton negara kalah dengan pasukan Thailand di suku akhir, 2-3…bukan nak kato Siam nih tak hebat tapi dalam skuad kito, ado pemain yang berado pado ranking pertamo dunio..siap bergelar datuk laie..heran la den..

Lobih mengherankan laie, si Hafiz Hashim yang heboh dikatakan macam nyoyo, prestasi terumbang ambing, buleh pulak monang somalam..yang diharap tak monang, yang lain pulak curi tumpuan..

Harap la Tan Boong Heong yang membawa Jalur Gemilang ketika majlis pembukaan rasmi Sukan Asia 2010 ini bersama pasangannya, Koo Kien Keat buleh toruih kang rontak komonangan dalam acaro borogu nanti..

Marah den nih jang..marah sangat…

Di Mana Kan Ku Cari Ganti

(kredit untuk blog Aku Bimbo..aku ambil video ini dari blog dia..)

Aku dan Budak 3 Tahun Naik Bas

Budak 3 tahun naik bas..menggeletar tubuh aku bila dengar Timbalan ketua Polis Daerah Cheras, Supt. Abd. Rahim Hamzah Othman memaklumkan mengenai perkara itu..macam cerita filem pulak bila fikir-fikir balik..ada filem yang entah apa tajuknya mengisahkan seorang bayi yang merangkak sekeliling kota lari daripada penculik yang menculiknya sampai ke tapak pembinaan..

Ini bukan cobaan, ini betul-betul..Mohd. Amin Rozi, 3, masih lagi menyusu dengan botol, berani meninggalkan atukya, Hashim Ali, yang tertidur selepas mencuci kereta di Flat Seri Sabah untuk menaiki bas sebelum dijumpai oleh seorang pekerja hotel, Nurasyikin Ruji..

Mujurlah Amin ditemui oleh Nurasyikin yang sangat prihatin dengan kewujudan seorang kanak-kanak kecil tanpa kelibat penjaganya..kalau tidak, alamatnya, padah menanti kanak-kanak itu yang berkemungkinan menjadi mangsa penculikan seterusnya..

Rasa lega bila dapat tahu masih ada lagi warga negara kita yang sangat celik mata menilai sesuatu yang boleh mendatangkan curiga pada pandangan mata..meskipun difahamkan Amin menaiki bas secara kebetulan bersama-sama remaja yang lain, sereberum penumpang termasuk pemandu bas sepatutnya boleh menganalisa situasi itu dengan lebih teliti..sayangnya, ia tidak berlaku..dan hidayah itu turun kepada Nurasyikin sahaja..

Dalam hal ini, nyata kecuaian berlaku di pihak Hashim..apakan daya, kudrat tua warga veteran itu terhad..sampai masa, ia pasti terhad..tambah pula sikap hiperaktif Amin yang tidak mengenali erti takut..namun, ia bukan satu kesalahan yang boleh dituding jari begitu saja..kita mungkin boleh menutur sesuka hati menyalahkan orang namun cerita di sebaliknya, siapa yang tahu..

Untuk Nurasyikin, sekalung penghargaan dan tahniah kerana menjadi warga yang prihatin malah tidak keterlaluan boleh dikatakan busy body..biarlah kita berpada-pada menjaga tepi kain orang daripada menjadi kera sumbang yang bodoh tidak dapat diajar..

Seketika, sereberum aku teringat pada kedua-dua puteri aku, Dania Qistin dan Damia Qismina..akan tiba mereka berdua pada usia itu dan keletah-keletah yang tidak disedari boleh menjurus kepada sesuatu yang di luar jangkaan..harap-harap jantung aku tak gugur nak hadap perangai kedua-dua puteri ini..

ps: agak lama aku tak mendapat pujian mengenai story yang aku buat..hari itu, bos aku sangat suka dengan corak penulisan aku dan memujinya..terima kasih bos..

Aku dan Dr. Asri Mohon Maaf Pada DSAI

Saya tidak pernah tarik balik atau menyesal dengan kenyataan mencadangkan “dinosaur-dinosaur” politik termasuk DSAI bersara. Surat terbuka saya jelas dalam hal ini. Cumanya saya hanya memohon maaf jika beliau berkecil hati. Itu adalah adab pergaulan, namun pendapat saya masih kekal sehingga kini. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin Tokyo, Japan….capaian di sini….

Inilah klimaks pertembungan antara Dr. Asri dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR)….menarik..aku mahu lihat ia dari sudut yang berbeza..

Aku agak tertarik dengan kenyataan awal tokoh agama ini mengenai perjalanan politik Anwar Ibrahim, yang sudah sampai penghujung..tajam dan penuh kritis..bukan perkara baru kepada tokoh yang cukup hebat digelar dengan rejim pembaharuan..

Malah kenyataan kedua beliau yang menyifatkan sesetengah pemimpin politik dengan gelaran dinosaur waima dalam Barisan Nasional mahupun PKR enggan berlapang dada dan menerima hakikat daripada apa yang berlaku, merupakan momentum yang cukup..

Ditambah pula dengan kebijaksaan Utusan Malaysia membawa kenyataan bekas Mufti Perlis itu untuk tatapan pembaca, menjadikan ia sesuatu yang sangat menarik dalam arena politik..lebih warna-warni daripada kita hebohkan mengenai pilihan raya kecil yang tak sudah-sudah..

Masing-masing dengan pendapat mereka..bagi mereka yang menganggap dirinya bijak, ini adalah permainan dunia politik..mungkin sengaja dicetuskan untuk menarik perhatian..ada dalang, ada konspirasi, ada perancangan yang hebat..apa-apa pun, benar, ia memang menarik perhatian..

Akhirnya, mungkin tidak mahu isu ini berpanjangan, Dr Asri memohon maaf secara terbuka kepada Anwar Ibrahim atas kenyataan yang dikeluarkan..sekali lagi mengundang kejutan..pada aku sendiri..

Bagi aku, tidak salah mengeluarkan kenyataan itu selagi ia berlandaskan fakta dan ilmu yang ada..kebenaran itu perlu disuarakan biarpun ia pahit untuk ditelan…orang yang tidak sedar dan mula lalai perlu menerima hakikat itu..

Tidak salah juga bagi aku permohonan maaf dibuat itu meskipun tindakan itu ada betulnya..kalau mahu mencari salah dalam hal ini, pastinya ia tidak berkesudahan..tudinglah jari, sampai kiamat ia tidak akan selesai..

Lebih hebat lagi, taraf orang seperti Dr. Asri sendiri yang berbuat demikian kepada orang lain..siapa tak kenal dengan Dr Asri…

Aku dan Along Spoon

 

Bukan calang-calang nak buat keputusan hukuman mati pada orang kalau dikutkan..aku pernah dengar cerita dari seorang teman selapangan, ada seorang Hakim di mahkamah di Seremban, punya susah nak jatuhkan hukuman lagi-lagi melibatkan hukuman gantung sampai mati…

Bagaimanapun, dia telah menjatuhkan hukuman tersebut sekali seumur hidup dia bertugas dan kemudian dihantui dengan keputusan dibuat sehingga sanggup minum arak dan mabuk untuk melupakan detik-detik ketika dia menjatuhkan hukuman tersebut..seolah-olah seperti menyesal..mungkin, siapa tahu..sadis juga..

Seorang anggota polis, Lans Koperal Mohamed Ya’cob Demyati tetap menjalani hukuman mati selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati kerana membunuh penyanyi kumpulan Spoon, 11 tahun lalu.

Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi yang mengetuai panel tiga hakim sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang mendapati Mohamed Ya’cob bersalah terhadap tuduhan membunuh Sabi’ul Malik Shafiee atau lebih dikenali sebagai Along dan menjatuhkan hukuman mati terhadapnya.

Sedikit kronologi kes ini:

25 Disember 1999 – Penyanyi lagu Rindu Serindu-Rindunya, Sabi’ul Malik Shafiee yang lebih dikenali Along Spoon, 20, dilaporkan hilang.

6 Januari 2000 – Polis kemudian menjumpai rangka manusia dipercayai milik Along yang diikat dalam guni di lereng bukit di di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu.

7 Januari 2000 –  Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal ditahan kerana disyaki terbabit dalam pembunuhan Along.

19 Januari 2000 – Anggota polis dari cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur,  Mohamed Ya’cob, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban atas tuduhan membunuh Along.

10 April 2002 – Mahkamah Tinggi Seremban menjatuhi hukuman mati selepas mendapati Mohamed Ya’cob bersalah terhadap tuduhan membunuh Along.

29 September 2009 – Mohamed Ya’cob membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersabit dengan hukuman mati terhadapnya.

2 November 2010 – Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan hukuman mati terhadap Mohamed Ya’cob yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Seremban sebelum ini.

Tengok sendiri kes yang popular ini..ambil masa 11 tahun..bukan senang nak buat keputusan bab-bab melibatkan nyawa orang nih..diakui banyak kes-kes pembunuhan di negara ini, ada yang tertuduh terlepas daripada hukuman meskipun telah disabitkan..ada pro kontra di sini..kadang-kadang pembuktian kes tidak cukup kukuh ataupun barisan peguam bela yang cukup handal dalam mengendalikan kes..

Nanti kita tengok babak yang lain ye..adakan orang disabitkan kesalahan membunuh..mari lihat apa kesudahannya nanti..