Archive for January, 2011

Aku dan Naskah Kosmo!

Awal pagi tadi, kira-kira pukul 2.30 pagi, aku dikejutkan dengan sapaan seorang lelaki yang menghentikan perbualan rancak bersama Ijam, Gemok, Boy dan Ejat di sebuah kedai mamak, Kampung Melaka, Hulu Langat.

“Bang, surat khabar, Kosmo!..nak bang..

Masing-masing termasuk aku terkejut apabila naskah akhbar tersebut tiba seawal waktu itu untuk tatapan para pembaca. Tanpa berfikir panjang, lebih-lebih lagi aku ada di situ, Gemuk mengeluarkan wang RM1 untuk membeli naskah akhbar itu..

Perbualan aku dan member-member mula teralih kepada persoalan waktu bila naskah Kosmo! mula dicetak..

Kosmo! mula dicetak seawal pukul 10 malam@11 malam..ini bertujuan untuk mempercepatkan akhbar itu sampai ke pasaran dan kemudian menjadi pilihan pertama para pembaca setia media cetak..

Ia adalah sebahagian daripada strategi pemasaran yang dicanangkan oleh pengurusan untuk memperkukuhkan jenama Kosmo! serta menaikkan kadar pengedara akhbar tersebut..

Sehari yang lepas, rakan selapangan merangkap bos aku, mesra dengan panggilan Apot, ada menceritakan perihal di atas..katanya ketika sedang lepak minum di sekitar Bangi, seawal pukul 1 pagi naskah itu sudah menemui pembaca di pasaran.

Di sini, aku mahu rasa bangga dengan pencapaian itu..hasil titik peluh dan penah lelah kesemua barisan tulang belakang yang terlibat..ia bukan sesuatu yang mudah dilakukan tanpa kerjasama serta usaha keras kesemua barisan itu..

Benar..strategi itu berkesan dan menjadikan jenama Kosmo! memegang kedudukan kedua dalam pasaran media cetak di belakang Harian Metro hanya selepas hampir 7 tahun beroperasi..

Harap akhbar ini mampu terus berkembang dengan maju..

Harap juga segala usaha gigih itu sewajarnya dibayar dengan penghargaan yang munasabah..

Harap-harap ia benar-benar berlaku..

Posted with WordPress for BlackBerry.

Advertisements

Aku dan Sindiran Pedas Taufik Hidayat

 

Membaca kenyataan yang keluar dari mulut Taufik Hidayat, pemain badminton Indonesia mengenai pencapaian Datuk Lee Chong Wei, jaguh badminton negara dan pemegang tampuk kedudukan pertama badminton dunia, memang sesuatu yang boleh dijangka..cuma, ia kedengaran cukup membingitkan serta mengundang rasa pedas…

Maaf..kepada fanatik badminton Malaysia, hakikat yang benar ini perlu ditelan..

Kata Taufik, Dia sangat pantas apabila bermain dalam kejohanan Siri Super tetapi saya tidak tahu mengapa dia tidak pernah berjaya dalam kejohanan utama dunia seperti Kejohanan Dunia, saya harap dia akan dapat memenangi gelaran besar ini suatu hari nanti.

“Saya rasa daripada segi fizikal atau latihan, Chong Wei sudah cukup bagus dan sempurna. Mungkin kelemahan utamanya adalah mental, dia kena memperkuatkan mental jika mahu menjadi juara,” ujar Taufik.

Untuk rekod, seperti jaguh China, Lin Dan, Taufik juga sudah memiliki koleksi kejuaraan utama dalam kariernya. Dia memenangi pingat emas Sukan Olimpik di Athens 2004 dan muncul juara dunia di Aneheim, Amerika Syarikat pada 2005.

Chong Wei, 29, yang sudah memenangi hampir semua kejuaraan Siri Super merupakan juara All England 2010. Paling hampir dia dengan gelaran Olimpik adalah muncul naib juara di Beijing 2008 apabila kalah kepada Lin Dan dalam perlawanan akhir.

Malah, Taufik dan Lin Dan juga sudah mempunyai gelaran berprestij Piala Thomas dalam karier mereka, selain memenangi pingat emas Sukan Asia. Chong Wei tidak pernah merasai nikmat menjuarai Piala Thomas atau Sukan Asia.

Mujur, percaturan Lin Dan dengan menarik diri ketika aksi suku akhir tidak mengena..silap-silap hari Terbuka Malaysia milik jaguh-jaguh dari tembok besar..

Jangan katakan aku tak bangga anak Malaysia menjadi juara..kejayaan itu tetap perlu diraikan, dihargai dan dikenang…cuma hakikat di atas perlu dilihat, diteliti, diperhalusi..mungkin, sampai masa nanti, Malaysia tidak perlu hantar wakil ke kejohanan besar sebaliknya hanya menumpukan saja kepada kejohanan siri super saja..ini lebih mudah bukan..

Bukan tidak pernah berlaku, satu ketika, bekas jaguh badminton negara, Rashid Sidek pernah digelar jaguh kampung kerana hanya menang ketika beraksi di gelanggang tempatan..

Renung-renungkan…

Aku dan Beranak Dalam Helikopter

(kredit gambar untuk Bernama)

 

KOTA KINABALU 20 Jan. – Seorang ibu muda melalui pengalaman yang tidak boleh dilupakan apabila melahirkan anak pertamanya di dalam hangar helikopter.

Rosnita Puyut, 21, melahirkan bayi lelaki seberat 3.3 kilogram pada pukul 3.30 petang, 6 Januari lalu sebaik sahaja helikopter yang membawa perkhidmatan doktor udara itu yang membawanya dari Kampung Sonsogun Paliu yang terletak jauh di pedalaman Kota Marudu, mendarat di hangar milik Layang Layang Aerospace Sdn. Bhd. di sini.

berita lanjut di Utusan Malaysia

 

Pasti ada orang tertanya-tanya soalan yang kelakar setiap kali kejadian ini berlaku..dalam surat beranak nanti, tentu tempat kelahiran di tulis, dalam hangar helikopter..hehehehee…

Apa-apa pun, yang berlaku adalah kuasa Tuhan..takjub juga aku sekejap bila belek paper dan terbaca mengenai kisah ibu muda yang bernama Rosnita ini..

Dan ternyata, masih terdapat juga doktor-doktor terbaik yang berjaya dilahirkan dan berkhidmat di negara ini..tabik hormat aku kepada mereka yang terlibat..tak dapat nak bayangkan macam mana keadaan yang panik dalam helikopter bila tengok si ibu mengerang kesakitan nak beranak..selain mungkin dah terlihat sedikit kepala anaknya keluar dari ‘laluan’ itu..aku sendiri dah sakit kaki berjoget masa anak pertama aku, Dania Qistin nak melihat dunia dalam bilik bedah..

 

cabuk: Ini baru ada nilai berita..bukan macam berita yang satu lagi tuh..cittt…

Aku dan Jangan Cabar Saya

 

 

bacaan lanjut, sila lihat pautan ini

aku..enggan mengulas lanjut..

Aku dan Pilihan Raya Kecil

 

Selamat datang ke Malaysia..negara yang ketika ini terkenal dengan gelaran..negara Pilihan Raya Kecil (PRK)..

Me And 2010 in review

The stats helper monkeys at WordPress.com mulled over how this blog did in 2010, and here’s a high level summary of its overall blog health:

Healthy blog!

The Blog-Health-o-Meter™ reads Wow.

Crunchy numbers

Featured image

The average container ship can carry about 4,500 containers. This blog was viewed about 21,000 times in 2010. If each view were a shipping container, your blog would have filled about 5 fully loaded ships.

In 2010, there were 77 new posts, growing the total archive of this blog to 342 posts. There were 78 pictures uploaded, taking up a total of 10mb. That’s about 2 pictures per week.

The busiest day of the year was January 22nd with 729 views. The most popular post that day was Aku, Press Photographer dan Wedding Photographer.

Where did they come from?

The top referring sites in 2010 were ondscene.blogspot.com, ondscene.my, facebook.com, en.wordpress.com, and search.conduit.com.

Some visitors came searching, mostly for rafiqin darwisy, khalwat, blog cabuk, budak sekolah, and ainan celeste cawley.

Attractions in 2010

These are the posts and pages that got the most views in 2010.

1

Aku, Press Photographer dan Wedding Photographer January 2010
14 comments

2

Aku, Din Beramboi dan Rafiqin Darwisy April 2010

3

Aku, Seragam Sekolah dan Khalwat November 2008
6 comments

4

Aku dan Nik Nur Madihah March 2009
31 comments

5

Aku dan Hubungan Bersama Manohara Odelia Pinot November 2009
2 comments

Aku dan Fasha Sandha

(Kredit gambar untuk Azrul Edham – photographer Utusan)

Sejak 10 Januari, aku cuba mengelak untuk nak surat khabar Kosmo!…aku tak berapa berkenan..maaf..aku cuma jujur..aku pun cuba elak nak tulis mengenai selebriti ini di sini tetapi memang tak boleh nak tahan..aaarrgghhhh….

Ini status aku di Facebook semalam..

mahu mencadangkan Fasha Sandha dijadikan calon untuk pilihan raya untuk kawasan parlimen dan kemudian dilantik pegang jawatan menteri..

Secara tak sedar, aku terbaca luahan ibu kepada Fasha, Hatijah Tehman di Kosmo! hari ini selepas kebosanan menyempurnakan waktu bekerja sampai 12 tengah malam..

Sebagai seorang ibu, saya malu dan sedih kerana ia seolah-olah menunjukkan saya tidak memberi didikan agama kepada anak saya..(merujuk kepada isu ‘itu’ yang semakin berpanjangan)

Kalau di sana (Bali), tak kisahlah tetapi jika di Malaysia memang tak bagi pakai..(merujuk kepada pandangan beliau terhadap imej Fasha sedemikian..

 

Ok..cukup sampat sini..habis..terima kasih..