Aku dan Berhenti Kerja

Aku nak berhenti kerja..

Ayat biasa didengar yang dilantun oleh sesiapa yang mahu keluar dari tempatnya makan gaji..

Ditempat aku cari makan,berhenti kerja sudah menjadi trend..sejak aku kembali bertugas di ibu pejabat,sudah ramai kawan-kawan meninggalkan syarikat ini…

Awal tahun ini,3 org kawan aku menyerahkan surat peletakan jawatan untuk berhenti dari sini..sesuatu yang benar-benar mengejutkan aku..penghujung tahun lalu, 5 orang secara serentak berhenti..masing-masing mempunyai sebab yang kukuh untuk berhenti..

Mungkin atas satu sebab yang sama..itu pasti..selain ada faktor sokongan lain menjadikan syarikat ini ditinggalkan..

Aku rasa lumpuh seketika..mengenangkan kawan-kawan yang pergi..mereka bukan calang-calang..orang yang aku kategorikan tunjang syarikat..sayang, mereka dilepaskan begitu saja..

Bukan satu keseronokan melihat kawan-kawan keluar dari sini..meskipun terpancar sedikit kegirangan melihat kawan mendapat tawaran yang lebih baik untuk terus hidup namun ia sangat pahit ditelan..

Kelumpuhan ini bukan hanya dirasai oleh aku saja..sedikit demi sedikit ia terbias kepada mereka yang berwajib..

Mencari ganti bukannya mudah..mungkin ada,mungkin langsung tak nampak..satu pusingan yang cukup aku tak suka apabila terpaksa berdepan dengan mode melatih galang ganti..

Aku kira..ini adalah gelombang..dan gelombang itu tidak berhenti setakat itu saja..

Lihat saja nanti..

Posted with WordPress for BlackBerry.

  1. No trackbacks yet.

Leave a comment