Aku, Gelanggang Futsal Taman Desa Raya dan Kasut

Hujung minggu lalu, malam Sabtu, kali pertama aku beraksi di Gelanggang Futsal Taman Desa Raya, Hulu Langat…itu pun berlaku selepas setahun gelanggang ini dibuka dan setahun aku kembali berhijrah ke Lembah Klang..walhal hampir setiap minggu aku datang ke situ dan sedar akan kewujudan tempat tersebut..

Memang rasa hairan dan pelik..biarpun bermula dari gelanggang itu siap dan ajakan teman sekampung untuk bermain, aku tidak pernah sesekali turun bermain..puas sudah pelbagai cara digunakan..ajakan dengan cara baik, dikutuk dalam nada keras dan dimaki bertambun, aku tetap berdegil untuk bermain..

Cuma..satu panggilan lewat oleh Along pada malam minggu itu mengajak aku ke situ untuk menonton perlawanan futsal yang dirancang bersempena hari keluarga perumahan tersebut,  ia merubah skrip setahun yang lalu..

“Lamo sangat kau tak balik Langat nih, ajak main futsal pun tak nak, dah lupo jalan ko,” Dolah berbunyi..

“Kalau datang setakat tengok, elok duduk rumah..mano kasut, mano suar ko..” tanya Ijam…

“Apa masalah kau ni sampai tak main, aku pun ado anak duo, cubo bawak bincang dengan kami,” kutuk Boy Bukit…

Dek kerana tak tahan dengan kutukan di sebelah telinga selain memang tabie tak boleh tengok orang bermain futsal depan mata tanpa aku sendiri turun padang, aku terpaksa angkat kaki untuk mencari sport gear..datang dengan hanya sehelai sepinggang, mujur rumah orang tua hanya tidak jauh dari situ, keperluan itu aku cari…

Sayang..aku masih perlukan kasut futsal untuk bermain..akhirnya, ihsan seorang otai lama, Abang Man, kasut futsal Adidas Adiprene tersarung pada kaki aku..cuma, saiznya tidak menyamai kaki aku..maka, dah jadi macam brother McDonalds aku dibuatnya..

Tetap bermain, tetap berlari dan tetap bola futsal itu aku sepak..dan perasaan bermain futsal 5 tahun lalu kembali pada jiwa aku..aku dapat rasakan seolah-olah beraksi dengan kawan-kawan sekampung ketika kemuncak bermain futsal satu ketika dulu..jika nak lihat kaki ini menjadi seperti waktu-waktu itu, sememangnya mustahil untuk terjadi..cuma yang pasti, malam itu semangat itu datang menjadikan aku puas bermain lebih-lebih dengan kasut yang besar itu..

Apa yang pasti kenapa semangat itu datang sebab aku berpeluang bermain dengan satu pasukan yang aku anggap cukup kompetitif jika dihantar memasuki sebarang kejohanan..rakan sepasukan termasuk pasukan lawan yang terdiri remaja dan belia yang mahir dalam padang itu, menjadikan aku terikut rentak dan hampir menemui sentuhan dulu..aku sendiri terkejut tengok budak-budak yang satu ketika dulu cukup takut-takut nak pegang bola lama bila bermain, sekarang dah berubah menjadi watak-watak yang cukup hebat..

Cuma aku tak mampu nak bergerak lincah..satu, sebab aku berpontensi cedera dek kerana saiz kasut yang lebih besar..dua, dah memang aku tak boleh main macam tuh..

Ini yang aku cari selama ini selepas hampir merehatkan diri dalam bermain futsal untuk tempoh yang cukup lama..terima kasih pada malam minggu itu..terima kasih pada Abang Man sebab bagi pakai kasut kau..buat Ijam, Boy, Along dan kawan-kawan lain, ada rezeki, aku mahu main lagi..

Sampai ketemu semula rentak aku..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: