Aku dan Beranak Dalam Helikopter

(kredit gambar untuk Bernama)

 

KOTA KINABALU 20 Jan. – Seorang ibu muda melalui pengalaman yang tidak boleh dilupakan apabila melahirkan anak pertamanya di dalam hangar helikopter.

Rosnita Puyut, 21, melahirkan bayi lelaki seberat 3.3 kilogram pada pukul 3.30 petang, 6 Januari lalu sebaik sahaja helikopter yang membawa perkhidmatan doktor udara itu yang membawanya dari Kampung Sonsogun Paliu yang terletak jauh di pedalaman Kota Marudu, mendarat di hangar milik Layang Layang Aerospace Sdn. Bhd. di sini.

berita lanjut di Utusan Malaysia

 

Pasti ada orang tertanya-tanya soalan yang kelakar setiap kali kejadian ini berlaku..dalam surat beranak nanti, tentu tempat kelahiran di tulis, dalam hangar helikopter..hehehehee…

Apa-apa pun, yang berlaku adalah kuasa Tuhan..takjub juga aku sekejap bila belek paper dan terbaca mengenai kisah ibu muda yang bernama Rosnita ini..

Dan ternyata, masih terdapat juga doktor-doktor terbaik yang berjaya dilahirkan dan berkhidmat di negara ini..tabik hormat aku kepada mereka yang terlibat..tak dapat nak bayangkan macam mana keadaan yang panik dalam helikopter bila tengok si ibu mengerang kesakitan nak beranak..selain mungkin dah terlihat sedikit kepala anaknya keluar dari ‘laluan’ itu..aku sendiri dah sakit kaki berjoget masa anak pertama aku, Dania Qistin nak melihat dunia dalam bilik bedah..

 

cabuk: Ini baru ada nilai berita..bukan macam berita yang satu lagi tuh..cittt…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: