Aku dan Sindiran Pedas Taufik Hidayat

 

Membaca kenyataan yang keluar dari mulut Taufik Hidayat, pemain badminton Indonesia mengenai pencapaian Datuk Lee Chong Wei, jaguh badminton negara dan pemegang tampuk kedudukan pertama badminton dunia, memang sesuatu yang boleh dijangka..cuma, ia kedengaran cukup membingitkan serta mengundang rasa pedas…

Maaf..kepada fanatik badminton Malaysia, hakikat yang benar ini perlu ditelan..

Kata Taufik, Dia sangat pantas apabila bermain dalam kejohanan Siri Super tetapi saya tidak tahu mengapa dia tidak pernah berjaya dalam kejohanan utama dunia seperti Kejohanan Dunia, saya harap dia akan dapat memenangi gelaran besar ini suatu hari nanti.

“Saya rasa daripada segi fizikal atau latihan, Chong Wei sudah cukup bagus dan sempurna. Mungkin kelemahan utamanya adalah mental, dia kena memperkuatkan mental jika mahu menjadi juara,” ujar Taufik.

Untuk rekod, seperti jaguh China, Lin Dan, Taufik juga sudah memiliki koleksi kejuaraan utama dalam kariernya. Dia memenangi pingat emas Sukan Olimpik di Athens 2004 dan muncul juara dunia di Aneheim, Amerika Syarikat pada 2005.

Chong Wei, 29, yang sudah memenangi hampir semua kejuaraan Siri Super merupakan juara All England 2010. Paling hampir dia dengan gelaran Olimpik adalah muncul naib juara di Beijing 2008 apabila kalah kepada Lin Dan dalam perlawanan akhir.

Malah, Taufik dan Lin Dan juga sudah mempunyai gelaran berprestij Piala Thomas dalam karier mereka, selain memenangi pingat emas Sukan Asia. Chong Wei tidak pernah merasai nikmat menjuarai Piala Thomas atau Sukan Asia.

Mujur, percaturan Lin Dan dengan menarik diri ketika aksi suku akhir tidak mengena..silap-silap hari Terbuka Malaysia milik jaguh-jaguh dari tembok besar..

Jangan katakan aku tak bangga anak Malaysia menjadi juara..kejayaan itu tetap perlu diraikan, dihargai dan dikenang…cuma hakikat di atas perlu dilihat, diteliti, diperhalusi..mungkin, sampai masa nanti, Malaysia tidak perlu hantar wakil ke kejohanan besar sebaliknya hanya menumpukan saja kepada kejohanan siri super saja..ini lebih mudah bukan..

Bukan tidak pernah berlaku, satu ketika, bekas jaguh badminton negara, Rashid Sidek pernah digelar jaguh kampung kerana hanya menang ketika beraksi di gelanggang tempatan..

Renung-renungkan…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: