Aku dan Naskah Kosmo!

Awal pagi tadi, kira-kira pukul 2.30 pagi, aku dikejutkan dengan sapaan seorang lelaki yang menghentikan perbualan rancak bersama Ijam, Gemok, Boy dan Ejat di sebuah kedai mamak, Kampung Melaka, Hulu Langat.

“Bang, surat khabar, Kosmo!..nak bang..

Masing-masing termasuk aku terkejut apabila naskah akhbar tersebut tiba seawal waktu itu untuk tatapan para pembaca. Tanpa berfikir panjang, lebih-lebih lagi aku ada di situ, Gemuk mengeluarkan wang RM1 untuk membeli naskah akhbar itu..

Perbualan aku dan member-member mula teralih kepada persoalan waktu bila naskah Kosmo! mula dicetak..

Kosmo! mula dicetak seawal pukul 10 malam@11 malam..ini bertujuan untuk mempercepatkan akhbar itu sampai ke pasaran dan kemudian menjadi pilihan pertama para pembaca setia media cetak..

Ia adalah sebahagian daripada strategi pemasaran yang dicanangkan oleh pengurusan untuk memperkukuhkan jenama Kosmo! serta menaikkan kadar pengedara akhbar tersebut..

Sehari yang lepas, rakan selapangan merangkap bos aku, mesra dengan panggilan Apot, ada menceritakan perihal di atas..katanya ketika sedang lepak minum di sekitar Bangi, seawal pukul 1 pagi naskah itu sudah menemui pembaca di pasaran.

Di sini, aku mahu rasa bangga dengan pencapaian itu..hasil titik peluh dan penah lelah kesemua barisan tulang belakang yang terlibat..ia bukan sesuatu yang mudah dilakukan tanpa kerjasama serta usaha keras kesemua barisan itu..

Benar..strategi itu berkesan dan menjadikan jenama Kosmo! memegang kedudukan kedua dalam pasaran media cetak di belakang Harian Metro hanya selepas hampir 7 tahun beroperasi..

Harap akhbar ini mampu terus berkembang dengan maju..

Harap juga segala usaha gigih itu sewajarnya dibayar dengan penghargaan yang munasabah..

Harap-harap ia benar-benar berlaku..

Posted with WordPress for BlackBerry.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: