Aku, Malaysia dan Mesir

Hari ini aku rasa bersyukur usaha untuk mendekatkan Malaysia dan Mesir tercapai biarpun ia tetap jauh jika diukur dengan jarak….rasa seronok juga dapat membantu sambil aku perlu menyempurnakan tugasan yang diamanahkan..

Semalam, aku ditugaskan melakukan susulan nasib pelajar negara kira-kira 11,000 orang yang sedang menuntut di 5 buah universiti di bumi Mesir yang sedang bergolak akibat rusuhan yang berlaku oleh rakyat negara itu yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan Presiden Hosni Mubarak..

Jujur..ia antara susulan yang aku tunggu sebab aku dah mula riki hal ini sejak mula ia berlaku dan mendapat idea macam mana nak dapatkan maklumat yang menarik..cuma tak diberi peluang dari awal untuk membuat
tugasan itu..


Kebetulan rakan di Facebook, Zainul Rijal, seorang peguam yang disegani, mempunyai seorang anak saudara yang belajar di sana, Amin dan ada menghubunginya untuk mengetahui keadaan di sana..maklumlah,masing-masing bimbang..aku fikir ia sesuatu yang boleh dimanfaatkan..

Bertitik tolak dari itu juga, aku mengetahui kewujudan sebuah blog dan page Facebook yang diwujudkan oleh pelajar di sana untuk memberi maklumat terbaru keadaan di sana untuk pengetahuan keluarga masing-masing di tanah air..

Apabila diarahakan untuk membuat susulan, rakan sejawat, Kamilah berjaya menghubungi Amin setelah nombornya di sana diberikan oleh Zainul..Kamilah juga berjaya menghubungi wakil pelajar melalui blog itu untuk mendapat maklumat lanjut..

Kebetulan, Zainul sendiri tidak dapat menghubungi Amin dan aku menjadi orang ketiga menyampaikan berita mengenai Amin kepada pakciknya itu..syukur..masing-masing dapat membantu..

Terima kasih kepada Zainul membekalkan gambar Amin untuk digunakan di akhbar Kosmo!…seronok bos aku bila dapat tahu ada gambar (yang sah) pelajar disana..itupun kalau boleh dia nak banyak lagi..

Mengenai nasib pelajar di sana, aku harap ada sesuatu yang dapat dilakukan untuk membantu mereka..dan untuk pelajar di sana, harap bersabar..Tuhan ada bersama kamu semua..

Puas dan seronok…Tuhan beri jalan kepada sesiapa yang mahu membuat kebaikan..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: