Aku dan Kehebatan PDRM

Aku cukup tertarik membaca artikel otai wartawan, Syahril Kadir yang ditepek di Mynewshub menyentuh mengenai pelantikan bekas detektif polis British, Michael Leslie Squires sebagai pegawai penyiasat dalam siasatan punca kematian Teoh Beng Hock..

Bagaimanapun, otak aku tidak tertumpu mengenai cerita Squires dan kuasa yang telah diberikan kepadanya oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja dalam menjalankan siasatan..

Aku cukup tertarik pada kenyataan yang dikeluarkan oleh peguambela terkenal, Datuk Muhammad Shafee Abdullah mengenai siasatan-siasatan kes yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM)..

Saya dapati pegawai polis yang berwibawa kini semakin berkurangan.

” Pegawai yang ditugaskan kurang bekerja keras dalam siasatan. Misalnya, apabila terdapat suatu keterangan itu, follow up amat mustahak. Kerap kali polis mesti mencungkil lebih mendalam berdasarkan keterangan yang diperoleh. Pihak polis tidak boleh berpuas hati jika ada pengakuan tertuduh. Mereka harus membuktikan kesnya bebas daripada pengakuan tersebut. Pengakuan hanya boleh digunakan untuk menjejak langkah tertuduh membantu siasatan.

” Contohnya, kalau diperoleh satu bungkusan plastik yang mengandungi dadah daripada suspek, siasatan harus dijalankan jika ada tanda cap jari suspek di plastik tersebut. Ini akan memperkukuhkan kes. Selalunya pihak polis berkata mereka cuba mendapatkan cap jari tetapi tidak dapat. Kenapa? Ini adalah kerana pihak polis tidak mengambil langkah berjaga-jaga seperti memakai sarung tangan untuk memegang eksibit dan seterusnya. Itu satu siasatan yang tak cekap. Begitu juga dengan eksibit pisau dalam kes bunuh. Cara merapati eksibit ini amat mustahak.

” Eksibit darah kalau kita tengok CSI (Crime Scene Investigation) (siasatan di tempat jenayah), ada banyak aspek yang boleh disiasat. Kita ada CSI di Malaysia. Tetapi mungkin peralatannya tidak mencukupi dan tidak seluas yang diperlukan. Mungkin juga bilangan pegawai CSI tidak mencukupi. Tetapi jenayah serius berlaku di merata-rata tempat di Malaysia,” – Utusan Malaysia (9 Oktober 2005)

 

Benar…kenyataan ini sudah lama dikeluarkan dan mungkin sudah dibincangkan atau diperkatakan oleh mana-mana pihak sebelum ini..ketika ini pun, aku belum menjejak kaki ke dunia laporan berita..tapi biarkan ia diulang-ulang sebab jelas kelompongan itu masih ada lagi apabila bercakap mengenai PDRM..

Jangan yang taksub cepat melatah bila baca entry ini..jadi manusia yang rasional dalam berfikir, jangan emosional membabi buta..aku tak rasa bila menulis perkara ini, aku nak condem secara total PDRM sebaliknya ia memberi input yang baik dalam memperbaiki imej penguatkuasa negara kita..

Paling menyentuh sereberum aku apabila sebaris ayat di atas yang menyebut polis tidak boleh berpuas hati dengan pengakuan tertuduh..aku rasa di sini polis memang cukup suka apabila suspek mengaku salah dan kertas siasatan secara automatik boleh terus dihantar ke pendakwaraya dan kes boleh disebutkan di mahkamah..walhal, bukti untuk mensabitkan perbuatan suspek bersama pengakuan yang dibuat ternyata sangat longgar..

Percayalah, benda ini boleh dilihat dalam banyak kes di negara ini, tidak kira berprofil tinggi atau sebaliknya..dan akhirnya, pendakwaan tidak mantap, yang didakwa bebas begitu saja meskipun pada awal mengaku bersalah dalam siasatan PDRM dan kemudian menukar pengakuan tersebut ketika sampai hari pendakwaan dibuat..

Kalau tengok Crime Scene Investigation (CSI), walaupun suspek yang ditahan mengaku bersalah, pasukan siasatan tetap menjalankan siasatan lanjut bagi membuktikan pengakuan suspek itu benar atau tidak selari dengan bukti yang ada..mungkin dalam hal ini, suspek yang mengaku bersalah hanya mahu melindungi suspek utama dalam sesuatu kes..

Pada hemat aku, rakyat dalam negara ini cukup hebat dalam pelbagai bidang dan lapangan..masing-masing ada kepakaran yang kadang-kadang tidak boleh diterima akal..satu ketika, aku pernah membuat liputan mengenai tangkapan seorang lelaki yang hebat dalam membuat DVD haram sampai dikatakan dihantar keluar negara untuk menuntut ilmu tersebut..malah pernah dilaporkan warganegara kita diburu oleh pihak berkuasa antarabangsa kerana berjaya memecah masuk sistem pertahanan negara itu..

Dalam hal ini, PDRM perlu lebih bijak untuk merekrut tenaga belakang tabir siasatan mereka yang mempunyai kehebatan seumpama itu..mereka yang hebat ini ada cuma perlu dicari dengan lebih teliti..aku percaya bab-bab mencari ini bukan satu benda yang mustahil untuk dilakukan..cuma ia perlu dilakukan pada peringkat awal..tenaga muda yang hebat ini tidak datang hanya selepas menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi..

Lebih baik berkhidmat dengan PDRM daripada kemudian hari menjadi mengundang susah kepada PDRM akibat terdorong dalam melakukan jenayah..jangan sia-siakan kemahiran yang ada pada mereka..melihat kepada filem-filem Hollywood, ada kalanya FBI, CIA, KGB mengambil bekas penjenayah untuk bekerja dengan mereka..aku tak tahu sejauh mana kebenaran perkara itu tapi ia mungkin boleh berlaku..

Tenga mahir ini perlu dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh PDRM dalam membentuk satu pasukan siasatan yang mantap..tidak boleh bergantung sangat kepada sumber luar untuk membantu..aku ada seorang sahabat yang cukup hebat dalam dunia teknologi dan maklumat, berjaya membantu PDRM yang mengesan dalang dalam sesebuah kes dunia siber yang dilaporkan oleh sebuah universiti di timur tanah air..dan penjenayah itu berjaya dikesan serta tertangkap dengan bukti yang nyata..sahabat ini orang luar, bukan pemakai uniform biru gelap..

Hakikatnya, PDRM tetap hebat, berjaya menyelesaikan kes..namun masih ada ruang yang boleh diperbaiki untuk memantapkan pasukan selari dengan tuntutan masyarakat yang bergantung harapan terhadap badan penguatkuasa ini..

.Lebih hebat lagi, Squires diberi segala kuasa berhubung dengan penyiasatan polis yang diberikan kepada pegawai polis dalam mana-mana kes boleh tangkap di bawah Bab XIII Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593). 

Saya juga difahamkan, polis British itu juga diberi kuasa untuk mengeledah mana-mana premis dan mengambil milik apa-apa artikel atau dokumen berkaitan dengan siasatan kematian setiausaha politik Exco Selangor itu.

Untuk rekod, Squires, 59, merupakan warganegara British dan menyertai British Police Service pada 1971.

Diberitakan, Squires telah berkhidmat sebagai detektif konstabel di bahagian siasatan jenayah Liverpool dan terlibat dengan penyiasatan kes dadah diperingkat kebangsaan dan antarabangsa pada 1978.

Menurut laporan, pada 1984 beliau dipinjamkan kepada Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) Hong Kong sebagai penyiasat kanan dan terlibat dengan menyiasat kes-kes rasuah di sektor awam dan swasta.

Pada 1990 beliau berkidmat sebagai Ketua Penyiasat ICAC berhubung penipuan kad kredit yang melibatkan rasuah, pada 1994 berkhidmat sebagai Ketua Penyiasat ICAC dalam pengendalian informer dan operasi “undercover” (penyamaran) serta terlibat dalam melatih agensi-agensi di Hong Kong dan pada 2011 beliau bersara daripada ICAC Hong Kong dan menjadi konsultan kepada agensi-agensi penyiasat yang memerlukan khidmat beliau.

Dalam pengumumaan semalam, Squires diberitakan telah mendapat pelbagai pengiktirafan daripada Ketua Eksekutif Hong Kong, Pesuruhjaya ICAC, Pengarah Perisikan Amerika Syarikat dan Pengarah Perkhidmatan Kastam Amerika Syarikat,” katanya.

Terus-terang, saya tidak akan mempertikaikan Squires, rekod-rekod kecemerlangannya dan kuasa yang diberikan oleh oleh suruhanjaya itu kepada beliau.

Seperti mana masyarakat Malaysia yang lain, saya tidak akan mempersoalkan kewajaran keputusan tersebut asalkan kebenaran dapat ditegakkan.

Ini kerana, yang penting dalam hal ini, rakyat Malaysia hendak tahu apa sebenarnya yang terjadi dalam kes itu kerana matlamat tidak akan sama sekali menghalalkan cara.

Cuma saya berharap perlantikan Squires akan memberi pengajaran kepada semua pihak yang terlibat dalam kes ini terutama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Kita akui, sejak sekian lama, PDRM diakui antara agensi penguatkuasa undang-undang yang terhebat di rantau ini.

Pengiktirafan demi pengiktirafan diterima baik dari dalam mahupun dari pihak luar.

Namun adalah cukup menggusarkan kerana sejak akhir-akhir ini mutu pegawai penyiasat PDRM semakin dipersoalkan.

Ini boleh kita baca di dada-dada akhbar terutama bila melibatkan prosiding di mahkamah.

Kalau peguambela yang mempertikaikan mutu siasatan, kita boleh faham kerana memang itu tugas mereka.

Tetapi nampaknya pihak hakim sendiri ramai yang mengeluh dengan kualiti penyiasatan sesuatu kes, ini bagi saya harus dipandang serius oleh pucuk pimpinan tertinggi PDRM.

Kita tak perlu jauh, lihat saja dalam prosiding kes Beng Hock semalam.

Suruhanjaya Siasatan telah menegur pegawai penyiasat (IO) ASP Ahmad Nazri Zainal kerana tidak menjalankan tugas dengan teliti ketika menjalankan siasatan ke atas kematian  Beng Hock.

Malah pengerusi suruhanjaya Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen turut mempersoalkan tugas Ahmad Nazri sebagai pegawai penyiasat kes itu.

Ini antara transkripnya;

Apakah tugas kamu sebagai pegawai penyiasat dalam kes ini… adakah hanya membuka dan menutup kertas siasatan?” kata Hakim Foong.

Ahmad Nazri menjawab: “Saya hanya ada masa dalam tujuh hari bagi menyiapkan kertas siasatan (IP) untuk diserahkan kepada Mahkamah Koroner.”

Seorang anggota panel, Selventhiranathan kemudiannya mencelah dengan berkata: “Masa tujuh hari tidak mencukupi untuk menyiapkan kertas siasatan yang lengkap dan terperinci… adakah kamu pernah memberitahu Mahkamah Koroner bahawa kamu perlukan masa yang lebih untuk menyiapkan kertas siasatan itu?”

Ahmad Nazri memberitahu beliau tidak ingat.

Terdahulu, Ahmad Nazri semasa memberikan keterangannya berkata beliau tidak membuat siasatan terperinci bagi setiap laluanyang mempunyai “access card” ketika membuat membuat pemeriksaan di tingkat 14 dan 15, bangunan Plaza Masalam, Shah Alam.

Tidak lama dulu, peguambela terkenal, Datuk Muhammad Shafee Abdullah pernah membuat kenyataan dalam sebuah akhbar terkenal.

Untuk tidak dilihat prejudis, saya turunkan setiap patah perkataan yang diucapkannya bila menyentuh mengenai mutu pegawai penyiasat kita;

” Saya dapati pegawai polis yang berwibawa kini semakin berkurangan.

” Pegawai yang ditugaskan kurang bekerja keras dalam siasatan. Misalnya, apabila terdapat suatu keterangan itu, follow up amat mustahak. Kerap kali polis mesti mencungkil lebih mendalam berdasarkan keterangan yang diperoleh. Pihak polis tidak boleh berpuas hati jika ada pengakuan tertuduh. Mereka harus membuktikan kesnya bebas daripada pengakuan tersebut. Pengakuan hanya boleh digunakan untuk menjejak langkah tertuduh membantu siasatan.

” Contohnya, kalau diperoleh satu bungkusan plastik yang mengandungi dadah daripada suspek, siasatan harus dijalankan jika ada tanda cap jari suspek di plastik tersebut. Ini akan memperkukuhkan kes. Selalunya pihak polis berkata mereka cuba mendapatkan cap jari tetapi tidak dapat. Kenapa? Ini adalah kerana pihak polis tidak mengambil langkah berjaga-jaga seperti memakai sarung tangan untuk memegang eksibit dan seterusnya. Itu satu siasatan yang tak cekap. Begitu juga dengan eksibit pisau dalam kes bunuh. Cara merapati eksibit ini amat mustahak.

” Eksibit darah kalau kita tengok CSI (Crime Scene Investigation) (siasatan di tempat jenayah), ada banyak aspek yang boleh disiasat. Kita ada CSI di Malaysia. Tetapi mungkin peralatannya tidak mencukupi dan tidak seluas yang diperlukan. Mungkin juga bilangan pegawai CSI tidak mencukupi. Tetapi jenayah serius berlaku di merata-rata tempat di Malaysia,” – Utusan Malaysia (9 Oktober 2005)

Dalam pada kita memperkatakan tentang kelemahan pihak polis, perkara yang kita tidak boleh terlepas pandang adalah bebanan yang terpaksa mereka tanggung.

Saya difahamkan,  kajian mendapati secara puratanya setiap pegawai penyiasat mengendalikan 19 kes siasatan sebulan, dan pegawai penyiasat yang berkhidmat di kawasan ‘hot spot’ pula mengendalikan 20 hingga 30 kes sebulan.

Oleh yang demikian, PDRM perlu diberi segala kemudahan dan tenaga kerja agar usaha untuk menurunkan beban tugas kepada seorang pegawai penyiasat dengan mengendalikan paling tidak pun hanya lima kertas siasatan sebulan agar mutu kerja mereka lebih fokus dan tersusun.

Mungkin ramai yang tidak tahu, selain daripada itu, didapati kekuatan Pegawai Penyiasat yang sedia ada hanya 119 orang Pegawai Penyiasat Kanan (SIO), 361 orang Pegawai Penyiasat (IO) dan 965 Penolong Pegawai Penyiasat (AIO) di seluruh negara.

Pada hakikatnya, Jabatan Siasatan Jenayah masih memerlukan 132 orang pegawai Penyiasat Kanan (SIO), 408 orang Pegawai Penyiasat (IO) dan 1,224 Penolong Pegawai Penyiasat (AIO) sepertima mana yang pernah disuarakan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Kita tidak boleh mempertikaikan permintaan masyarakat yang berkehendakkan pasukan polis memberi perkhidmatan yang lebih efisien, efektif, berintegriti, adil dan saksama, adalah merupakan kewajipan polis.

Hakikatnya, ini adalah hak rakyat dan ia adalah tanggungjawab PDRM.

Justeru, amalan Integriti seperti mana yang telah dijanjikan kita kepada rakyat harus ditepati.

Kita harus memahami hakikat bahawa polis telah diberikan kuasa-kuasa khas untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab penguatkuasaan undang-undang.

Kepercayaan yang diperturunkan oleh rakyat ini adalah amanah dan ia akan hancur jika kepercayaan tersebut hilang.

Hanya melalui amalan berintegriti sahaja yang dapat mengekalkan kepercayaan dan keyakinan rakyat.

Apa ertinya maruah dan hidup, jika hidup kita dicemari dengan tindakan tidak berintegriti.

Semoga perlantikan  bekas detektif polis British Michael Leslie Squires sebagai pegawai penyiasat kes Beng Hock tidak akan menjejaskan moral PDRM, sebaliknya akan memperkuatkan lagi azam pasukan itu untuk menjadi lebih baik dan terbilang di masa akan datang.

Saya percaya ia bukan mustahil!

8

Share

0

0

0

share

  • written by mynewshub


Post a Comment!

Logged in as Luqman Rahim. Log out?

Comment*


You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

 

Publish this comment to Facebook


Sertai Komuniti MNH

Last visitors
Luqman Hakim Ab. RahimKhairi AhmadMalaysia BlogHubSyaza HasniSyahriman NasirFazrina ArinFauziah ArofDanny HersMohd Fazli Zainul AbidinAqilah Azman

Personaliti MyNewsHub

 

About Hazanah : “iN dIs LiFe We CaNnOt Do GrEaT tHiNgS. wE cAn OnLy Do SmAlL tHiNgS wiT gReAt LoVe”

Kenali Keistimewaan Gadis ini di sini

Blog Seksi Terhangat

 

Carian Berita

Video Hot

Paling Hot


LIBYA EGYPT SUMMIT  

PBB Kenakan Sekatan Terhadap…

February 27, 2011 No Comments

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan


images  

Harga Di Kerdau, Merlimau…

February 27, 2011 No Comments

Harga barangan di Dewan Undangan Negeri (DUN)


Perspektif


Joseph legs[9]  

Malam Tak Berbintang Di…

February 25, 2011 5 Comments

Oleh SYAHRIL A. KADIR Malam minggu yang lalu ,


Kembara

Pendapat


Apa Agenda Media Australia?

February 25, 2011 No Comments

SEPANJANG minggu ini terdapat dua media Australia yang mempertikai kerajaan


Perlantikan Squires Satu…

February 25, 2011 No Comments

Oleh SYAHRIL A. KADIR Saya cukup ‘gelisah’ apabila mendapat tahu yang


Surat Pembaca

Alexa Certified Traffic Ranking for www.mynewshub.my

Arkib MNH

    • KARUPU TAMILAN
    • July 9th, 2011

    In 2007 the opposition use the indian comunity to create problems in KL.Today its the otherway round. We saw more malays,chinese and less indians on spot.The indians have realise.We heard most of them shouting with reformation and not Bersih.Why .Why.Why.Who is behind the scene Dato Ambiga.Is it Anwar.Anyway this is not the tradition of us MALAYSIANS.Good job done PDRM.Good food and shelter for those you catch.Did bersih offer food.They only ask us to DONATE.So think, think,think.Is it necesary.1MALAYSIA.

  1. April 13th, 2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: