Archive for March, 2011

Aku dan Kakitangan Loji Nuklear Minta Maaf

 

 

 

(kredit gambar untuk Agensi Berita AFP)

Keterangan gambar: Insiden letupan loji nuklear di Fukushima ekoran gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu telah menyebabkan Jepun berhadapan krisis nuklear paling serius sejak Perang Dunia Kedua. Naib Presiden Tokyo Electric Powe Company, Norio Tsuzumi yang mengendalikan loji nuklear itu bersama dua kakitangannya yang tidak dikenali menunduk kepala sebagai tanda memohon maaf kepada mereka yang tinggal di sekitar loji nuklear itu yang terpaksa dipindahkan ke kawasan perlindungan di Koriyama di daearah Fukushima, 60 kilometer ke barat loji nuklear itu ekoran krisis yang berlaku.

 

Cabuk: aku agak terkesima melihat gambar ini yang ada pada muka depan Utusan Malaysia..takjub sekejap..ada juga orang macam nih..kalau tak silap aku, dah menjadi kebiasaan orang Jepun buat macam nih..termasuk pegangan Samurai yang diamalkan oleh rakyat negara Matahari Terbit ini..

Apa dia yang diamalkan..SANGGUP MENGAKU BERSALAH ATAS KESILAPAN SENDIRI dan BERSEDIA MENERIMA NATIJAH DARIPADA KESILAPAN YANG DILAKUKAN…

Lebih elok daripada duk heboh TUDING JARI PADA ORANG..ALIHKAN TEKANAN PADA ORANG atas kesilapan sendiri..

Advertisements