Aku dan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo!

Jual dan beli pemain bukan saja  berlaku dalam liga bola sepak tempatan malah tempiasnya  turut dirasai dalam Kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2  Kosmo!.

Masakan tidak, pasukan-pasukan yang bertanding pasti  mahu menampilkan pemain-pemain yang berstatus hebat  dan berkaliber dalam memastikan mereka berjaya mem bolot hadiah wang tunai berjumlah RM133,150.

Bagi pemain-pemain futsal pula, mereka juga mahu ber aksi dengan pasukan yang berstatus juara dan kerap me nyertai kejohanan besar seperti dianjurkan oleh akhbar  kompak, Kosmo! ini.

Lazimnya, apa yang berlaku ada antara pengurus pasukan  akan membuat tinjauan terhadap pemain-pemain tertentu di  beberapa kejohanan sebelum bertindak ‘membeli’ pemain  tersebut untuk kejohanan yang lebih besar.

Cuma apa yang malang, pasukan yang kehilangan pe main-pemain hebat bakal berdepan dengan masalah untuk  mencari pelapis-pelapis dalam masa yang terhad.

Pengurus pasukan dari Kuala Terengganu, Gelombang B,  Yahaya Mohd. Noor berkata, sejak menubuhkan pasukan  tersebut, banyak pemain-pemain berbakat daripada pa sukannya telah dipancing oleh pasukan lain.

Namun katanya, apa yang berlaku itu sangat sukar  dielakkan memandangkan pemain-pemain itu tidak terikat  dengan sebarang kontrak dengan pasukan dan mereka bebas  untuk memilih mana-mana pasukan untuk bermain.

“Selepas Kejohanan Rentap Futsal tahun lalu, banyak  pemain saya berhijrah ke pasukan lain walaupun status kami  bergelar juara, mungkin masing-masing nak peluang ber main dengan lebih kerap,” katanya ketika dihubungi Kosmo!  di sini semalam.

Sementara itu, pengurus pasukan yang menggunakan  nama Osama Laden pula, Khairul Azri Jannury pula berkata,  pasukan-pasukan bertaraf kelab banyak ‘membeli’ pemain  daripada pasukannya yang hanya ditubuhkan untuk tujuan  minat mendalam dalam sukan futsal.

Menurutnya, banyak pemain-pemain yang pernah di kendalikan kini beraksi sebagai pemain kebangsaan dan  pemain dalam liga Felda selain bermain untuk pasukan-pa sukan elit dalam kejohanan futsal.

“Futsal dah jadi macam liga bola sempak tempatan, ada  jual beli pemain sebab ia bukan sesuatu yang mustahil.

“Pemain mana yang tak nak beraksi dengan pasukan yang  hebat selain diberi elaun-elaun tertentu sebagai insentif  kepada mereka,” katanya.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: