Archive for July, 2011

Aku, Khairul Fahmi Che Mat dan Safee Sali

Aku: Yang rambut panjang tu sape…

Watak yang aku tak ingat: Itu keeper ketiga Kelantan..

 

………….perkenalan pertama aku dengan Khairul Fahmi Che Mat…ketika itu tahun 2008 (kalau tak silap)….kini, lelaki yang sudah popular dengan gelaran Apek, dah jadi keeper no 1 Malaysia dengan imej rambut pacak…sebab tu agaknya dia boleh jadi bagus..rambut pendek senang nak tengok kelibat bola datang…

………sekarang tahun 2011, umur Apek sudah mencecah 22 tahun…menjelang 2018, usia lelaki mencecah 29 tahun..dan jika dia berupaya mengekalkan prestasi cemerlang seperti sekarang, Apek mungkin masih memakai jersi skuad Harimau Malaya dan beraksi untuk pusingan kelayakan Piala Dunia 2018…

…….Sembilan tahun Malaysia perlu menunggu untuk bermain semula dalam pusingan kelayakan kejohanan bola sepak berprestij dunia selepas gagal dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 tahun ini..dan ketika itu belum pasti sama ada negara mampu mempunyai skuad yang baik seperti sekarang..atau mungkin akan lahir pemain-pemain yang lebih baik daripada sekarang………..

Apa-apa pun, tahniah kepada Apek..atas persembahan yang konsisten sepanjang diberi kepercayaan menjadi penjaga gol utama negara..

 

 

…..Dan tak lupa kepada Safee Sali…anda berjaya menunjukkan kematangan dalam permainan..berada dalam kelas yang tersendiri..terima kasih kerana tidak pernah berputus asa untuk menjaringkan gol…

Aku dan Harimau Malaya

 

 

 

 

Alhamdulillah..syukur..aku buka entry kali ini dengan memanjat rasa syukur pada Tuhan atas kurniaan nikmat yang diberi kepada umat-umat yang disayangi..termasuk fenomena secara tiba-tiba rakyat Malaysia menyokong pasukan bola sepak negara dengan menggila..hebat..

Rasa seronok apabila melihat situasi tahun-tahun kegemilangan sokongan padu peminat bola sepak negara kembali menjadi warna-warni dunia sukan kita..dan..kita mahu landskap panorama ini berterusan..kekal dengan komitmen semua..peminat dan pemain-pemain termasuk pengendali skuad bola sepak..tidak mahu hanya bertepuk sebelah tangan saja..

Malam esok adalah perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia (Harimau Malaya) dan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil..pada aksi pertama di Singapura, pasukan tuan rumah berjaya menewaskan pasukan kebangsaan dengan keputusan 5-3 yang dijadikan bekalan untuk beraksi di gelanggan lawan dalam perlawanan timbal balik..

Seluruh rakyat Malaysia kini memasang harapan untuk melihat harimau mengamum, membaham singa..dan berada di gelanggang sendiri dengan sokongan padu peminat, ia bukan sesuatu yang mustahil..

Sedikit pembakar semangat daripada bekas pemain negara, Hasnizam Uzir, yang pernah beraksi dalam kelayakan Olimpik Atlanta 1996 untuk kesemua pemain pasukan Harimau Malaya..

“Jangan Sesekali Memalingkan Muka Kamu Menyembah ke Bumi, Terus mendogak dagu, membuka dada kerana perjuangan kamu belum berakhir” – Claude Le Roy

 

 

nota: aku memang suka baca blog Rizal Hashim yang banyak informasi mengenai dunia sukan tanahair…penulis hebat ini ada berkongsi pengalaman mengenai nostalgia  lawan Singapura..aku juga suka dengan orangnya..kenapa..suka hati aku lah..

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Aku dan Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA)

 

Mereka ini (ada juga yang tiada dalam gambar), semuanya adalah rakan-rakan seperjuangan aku..biarpun satu ketika, kaki aku hampir meninggalkan bidang ini (media) tapi aku tidak lupa setiap detik bekerja dengan umat-umat hebat ini…terbaik dalam lapangan, terhebat dalam kelas yang tersendiri..

Julung-julung kali, Persatuan Jurufoto Media Malaysia atau Malaysian Press Photographers Association (MPPA) ditubuhkan secara rasmi untuk memberi ‘payung’ kepada profesion yang bergelar jurgambar atau jurufoto dalam industri media tanahair..tahniah kepada MPPA yang bertungkus lumus memastikan agenda mereka berjaya..