Archive for August, 2011

Aku dan Aidilfitri 2011

 

Kepada semua pembaca Cabuk, kenalan, rakan-rakan dan musuh-musuh..aku nak mintak maaf mana ada yang tersilap tindakan, perbuatan dan perkataan..ambil yang jernih, buang yang keruh…

Selamat menyambut lebaran Syawal yang mulia dengan penuh rasa syukur..

kepada semua pemandu di jalan raya, udara dan laut, berhati-hati di lapangan masing-masing..jangan jadikan lapangan anda sebagai pentas maut..

Mengharapkan Ramadan akan bertemu lagi pada tahun hadapan..aku rindu nak jadi baik sepanjang bulan..dan berganjak jadi baik sepanjang masa..Amin..

 

Advertisements

Aku dan Iftar SHT (2000-2004) 2011

Alhamdulillah..detik yang memang ditunggu selepas kembali bertugas di Kuala Lumpur..mempunyai masa bersama teman-teman sekuliah dalam jurusan Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (SHT) 2000-20004 dalam sebarang majlis yang dirancang…berlangsung dengan meriah meskipun dalam kelompok kecil Majlis Iftar SHT pada 21 Ramadan  bersamaan 21 Ogos 2011 di Dewan Wawasan, Cempaka Suites..

 

 

(detik berbuka puasa)

 

 

(menjamah menu yang ada)

 

 

(sah ada yang terkejut tengok Gman buat gini wwweeeiii)

 

 

(dah besar budak-budak ini, siapa mak bapak diorang nih)

 

 

(dari kiri: Apad, Botaq dan Gman..semuanya dah ada anak)

 

 

(kiri: Sahrin Munir, antara teman yang masih bujang dan menunggu detik pernikahan pada hujung tahun ini)

 

 

(Botaq sekeluarga – selaku penganjur majlis)

 

(Gman sekeluarga)

 

 

(Apeq dan Nurul bersama Harris Naufal)

 

 

(Apad bersama isteri dan anak)

 

 

(Jemputan khas, Faizal dan Safura bersama Iriesha)

 

 

(Ibu-ibu dan si dia-dia (Byya dan Cek Rose) yang masih belum berpunya)

 

(Kesemua yang hadir)

Aku, David Villa dan Mesut Ozil

Mesut Ozil – Real Madrid (Jerman)

 

David Villa – Barcelona (Sepanyol)

 

Kedua-dua pemain ini hebat..bermain dengan kelab yang hebat…

Tapi betul ke apa yang berlaku ketika perlawanan el classico antara Barcelona dan Real Madrid dalam Piala Super Sepanyol antara kedua-dua pemain ini sehingga timbul isu David Villa menghina Islam..(link) (link 2)

Aduhai..macam-macam

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Aku, Ameerah Asha dan Benjy

 

 

 

 

 

 

 

 

Gadis rancang culik diri sendiri – itulah head line muka depan Kosmo! hari ini…Ameerah Asha Azizan, berusia 17 tahun, merancang penculikan dirinya sendiri dan menuntut wang tebusan sebanyak RM50,000 daripada keluarganya..perancangan licik itu dilakukan bersama teman lelakinya, warga Nigeria yang merupakan seorang penganggur..alahai..

Tak pasal-pasal kene tahan dan disiasat dibwah Seksyen 684 Kanun Keseksaan kerana memeras ugut..orang yang diugut tidak lain tidak bukan, ibu bapa sendiri..pada hal, kedua-dua orang tuanya menyangka Ameerah hilang dan melarikan diri..

Ini bukan kes yang pertama..malah ada yang mirip modus operandinya seperti kes ini..apa sangat kemaruk dengan warga asing nih..hairan aku..gadis kita pun mudah sangat nak percaya pada orang..pihak berkuasa perlu lebih kerap pantau kelibat gang-gang gelap ini..memang mereka sangat licik..

Cabuk kata: Dunia, dunia..

 

 

 

Pelakon, Beny atau Khaeryll Benjamin Ibrahim, bernasib baik apabila dikenakan hukuman denda RM5,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret selepas disabitkan bersalah atas satu tuduhan memiliki syabu seberat 0.24 gram di kediamannya pada Mac tahun lalu.

Memang Tuhan sayang pada umat dia..beri peluang kedua untuk berubah..

Tapi..bagi aku, yang paling menarik adalah mengenai berat badan Benjy yang bertambah meskipun berdepan dengan situasi tertekan apabila didakwa untuk kes yang berat..

Kata ibunya, Azean Irdawaty: Dia bukan berisi kerana sihat tetapi disebabkan ubat steroid yang diberikan kepadanya kerana penyakit asma..

Cabuk kata: WOW…

Aku, Buka Puasa dan Barack Obama

Barack Obama, Presiden Amerika Syarikat…ada yang suka pada dia..ada juga yang benci tak sudah-sudah dengan dia..ada yang kata dia cerdik..ada juga yang benci akan kebodohannya..

Kawan…Barack Obama ini sah beragama kristian…tapi cuba baca berita di bawah ini..Kosmo!

 

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) – Presiden AS, Barack Obama mengadakan majlis berbuka puasa di White House kelmarin.

Beliau menggunakan majlis itu untuk mengucapkan terima kasih kepada penduduk Islam yang berkhidmat untuk AS.

Obama juga menyatakan dalam majlis itu bahawa terdapat rakyat AS yang beragama Islam mati dalam serangan pengganas pada 11 September 2001 di negara ini.

Beliau memberitahu bahawa penduduk Islam di AS turut memberikan reaksi terhadap serangan pengganas yang berlaku di New York dan Washington.

Menurutnya, penduduk Islam di AS turut berkhidmat dalam tentera negara ini.

“Dalam tempoh sebulan, kita akan meraikan ulang tahun ke-10 serangan yang dahsyat yang membawa kesakitan yang amat sangat ke dalam hati kita,” kata Obama kepada komuniti masyarakat Islam di White House.

Obama menganjurkan majlis berbuka puasa untuk komuniti masyarakat Islam pada setiap tahun sama seperti yang dilakukan oleh George W. Bush semasa beliau berkuasa.

 

Aku percaya, majlis itu juga diadakan untuk tujuan kebaikan..menunjukkan sikap presiden yang digelar pemimpin prihatin kepada rakyatnya…

Tapi takdalah Obama ini terlalu bodoh sampai nak buat majlis tersebut di tempat yang Islam tidak selesa untuk berada di dalamnya..contohnya gereja, tokong atau kuil….

Lu fikirlah sendiri…

 

Aku, JAIS, Gereja dan Murtad

Kalau ikutkan, aku malas sangat nak gatal-gatal duk komen bijak pandai mengenai hal ini..tapi memang terserlah kegatalan aku untuk sama-sama heboh bila aku tengok tak sudah-sudah isu ini berlarutan…

Aku ada terbaca mengenai penjelasan oleh Harapan Komuniti – NGO yang menganjurkan majlis makan malam amal yang diserbu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lalu di premis DUMC (Gereja Methodist Damansara Utama).. Pengarah eksekutif NGO itu – yang membantu golongan miskin dan ‘melarat’ dan penghidap HIV dan AIDS – Raymond Koh berkata majlis kesyukuran/makan malam amal itu dihadiri penderma, rakan-rakan serta penerima bantuan Harapan Komuniti..Kami membantu orang ramai, tanpa mengira bangsa, agama atau kepercayaan. Harapan Komuniti adalah rakan kepada Majlis AIDS Malaysia

Ada juga kenyataan daripada peguam Harapan Komuniti, Annou Xavier yang dipetik berkata, Harapan Komuniti telah membantu ramai rakyat Malaysia yang miskin dan melarat, tanpa mengira kaum, agama, kepercayaan, namun JAIS telah bertindak mengganggu sebuah majlis yang berjalan dengan aman dan harmoni pada 3 Ogos itu..

(Untuk kenyataan penuh, boleh klik saja pada link yang disediakan)

Ok..aku faham penjelasan yang cuba disampaikan oleh kedua-dua individu terbabit..

Aku berkongsi sedikit mengenai pengalaman sahabat sebidang dan juga seorang blogger yang aktif, Syahril Kadir yang membicarakan hal berkaitan dengan isu ini…Kisah Benar Melayu/Islam Berlindung Di Gereja..menarik aku rasa untuk dibaca…

Dalam hal ini, pandangan aku seorang yang tidak belajar tinggi, sangat mudah..boleh dihuraikan dalam 2 isi penting..

1) Atas nama perpaduan kaum, atas nama 1Malaysia, mengapa majlis itu perlu diadakan di gereja..kenapa tidak dibuat saja di dewan biasa, tempat yang berkecuali daripada sebarang kaitan keagamaan..persoalan ini yang perlu dijawab dan dibincangkan dengan jelas oleh semua pihak..pelik bukan, apabila mengadakan majlis sedemikian di premis keagamaan walhal bertegas mengatakan ia hanya berkaitan dengan kebajikan, ia pasti timbul curiga..mengapa perlu hantar bola tanggung…

2) Dalam konteks ini, kebimbangan utama adalah gejala murtad. Siapa berani jamin, umat Islam sekarang benar-benar tebal iman dan mampu menjaga akidah daripada terpesong..benar, tidak haram untuk memasuki premis agama lain mahupun menerima bantuan daripada bukan Islam, pokoknya niat yang terselindung di sebalik pemberian itu yang kemudian bertukar menjadi ‘hutang’ yang boleh dilangsai dengan memilih jalan agama yang sama..jangan kita cuba membuat rujukan kepada umat-umat yang terdahulu yang kental akidah dan iman, yang mempunyai kisah dan jalan cerita yang sama kerana akidah dan iman bukan sesuatu yang boleh diwarisi..

Rasanya, aku berkongsi pendapat dengan ramai orang..aku tidak berprasangka buruk terhadap kebaikan yang cuba diberikan oleh orang lain..tidak salah membuat kebajikan tapi kena dengan tata caranya..

Apa yang pasti, dalam Islam yang aku anuti dan fahami, tiada istilah paksaan..sesiapa saja boleh menerima hidayah Islam tanpa perlu dipaksa, tanpa perlu rasa terhutang budi..jangan samakan dakwah Islam dengan mana-mana dakwah agama lain sebab ia jauh berlainan caranya..

Aku dan Picnic Komoko

Apa kejadah pulak time puasa aku masukkan entry macam nih..hehehhe..jangan marah..nak pastikan tak berhabuk sangat blog ni..

Sabtu lepas, 30 Julai, rakan-rakan di tempat aku kerja masing-masing lepas gian nak mandi sungai dengan layan bakar ayam sebelum menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadan..Hutan Lipur Sungai Tekala, Hulu Langat, tempat dituju..

Syukur..tujuan untuk mengumpulkan member-member sekerja berjaya biarpun tak ramai..aku, Junhairi (Jun) dan Hisham (Botak) sekeluarga hadir..turut sama budak-budak JR, Roni Hidayat, Afifi Hafiz, Wolfgang Grimmer (Daus), Aizim dan Luqman Ridwan (bukan adik aku)…ada potensi nak ajak untuk next event..

Penampilan istimewa bos-bos sporting Apot (Radzuan Hassan), Medan (Hamdan Othman) dan Zaid..seronok diorang datang melantak hasil BBQ aku..

Terima kasih untuk Jun sebagai organizer yang bertungkus lumus menjayakan program ini..

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PS: Jangan datang sini masa bulan puasa pulak..kang kantoi tak puasa…kono tangkap tak pasal-pasal lak..