Aku, JAIS, Gereja dan Murtad

Kalau ikutkan, aku malas sangat nak gatal-gatal duk komen bijak pandai mengenai hal ini..tapi memang terserlah kegatalan aku untuk sama-sama heboh bila aku tengok tak sudah-sudah isu ini berlarutan…

Aku ada terbaca mengenai penjelasan oleh Harapan Komuniti – NGO yang menganjurkan majlis makan malam amal yang diserbu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lalu di premis DUMC (Gereja Methodist Damansara Utama).. Pengarah eksekutif NGO itu – yang membantu golongan miskin dan ‘melarat’ dan penghidap HIV dan AIDS – Raymond Koh berkata majlis kesyukuran/makan malam amal itu dihadiri penderma, rakan-rakan serta penerima bantuan Harapan Komuniti..Kami membantu orang ramai, tanpa mengira bangsa, agama atau kepercayaan. Harapan Komuniti adalah rakan kepada Majlis AIDS Malaysia

Ada juga kenyataan daripada peguam Harapan Komuniti, Annou Xavier yang dipetik berkata, Harapan Komuniti telah membantu ramai rakyat Malaysia yang miskin dan melarat, tanpa mengira kaum, agama, kepercayaan, namun JAIS telah bertindak mengganggu sebuah majlis yang berjalan dengan aman dan harmoni pada 3 Ogos itu..

(Untuk kenyataan penuh, boleh klik saja pada link yang disediakan)

Ok..aku faham penjelasan yang cuba disampaikan oleh kedua-dua individu terbabit..

Aku berkongsi sedikit mengenai pengalaman sahabat sebidang dan juga seorang blogger yang aktif, Syahril Kadir yang membicarakan hal berkaitan dengan isu ini…Kisah Benar Melayu/Islam Berlindung Di Gereja..menarik aku rasa untuk dibaca…

Dalam hal ini, pandangan aku seorang yang tidak belajar tinggi, sangat mudah..boleh dihuraikan dalam 2 isi penting..

1) Atas nama perpaduan kaum, atas nama 1Malaysia, mengapa majlis itu perlu diadakan di gereja..kenapa tidak dibuat saja di dewan biasa, tempat yang berkecuali daripada sebarang kaitan keagamaan..persoalan ini yang perlu dijawab dan dibincangkan dengan jelas oleh semua pihak..pelik bukan, apabila mengadakan majlis sedemikian di premis keagamaan walhal bertegas mengatakan ia hanya berkaitan dengan kebajikan, ia pasti timbul curiga..mengapa perlu hantar bola tanggung…

2) Dalam konteks ini, kebimbangan utama adalah gejala murtad. Siapa berani jamin, umat Islam sekarang benar-benar tebal iman dan mampu menjaga akidah daripada terpesong..benar, tidak haram untuk memasuki premis agama lain mahupun menerima bantuan daripada bukan Islam, pokoknya niat yang terselindung di sebalik pemberian itu yang kemudian bertukar menjadi ‘hutang’ yang boleh dilangsai dengan memilih jalan agama yang sama..jangan kita cuba membuat rujukan kepada umat-umat yang terdahulu yang kental akidah dan iman, yang mempunyai kisah dan jalan cerita yang sama kerana akidah dan iman bukan sesuatu yang boleh diwarisi..

Rasanya, aku berkongsi pendapat dengan ramai orang..aku tidak berprasangka buruk terhadap kebaikan yang cuba diberikan oleh orang lain..tidak salah membuat kebajikan tapi kena dengan tata caranya..

Apa yang pasti, dalam Islam yang aku anuti dan fahami, tiada istilah paksaan..sesiapa saja boleh menerima hidayah Islam tanpa perlu dipaksa, tanpa perlu rasa terhutang budi..jangan samakan dakwah Islam dengan mana-mana dakwah agama lain sebab ia jauh berlainan caranya..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: