Aku, Buka Puasa dan Barack Obama

Barack Obama, Presiden Amerika Syarikat…ada yang suka pada dia..ada juga yang benci tak sudah-sudah dengan dia..ada yang kata dia cerdik..ada juga yang benci akan kebodohannya..

Kawan…Barack Obama ini sah beragama kristian…tapi cuba baca berita di bawah ini..Kosmo!

 

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) – Presiden AS, Barack Obama mengadakan majlis berbuka puasa di White House kelmarin.

Beliau menggunakan majlis itu untuk mengucapkan terima kasih kepada penduduk Islam yang berkhidmat untuk AS.

Obama juga menyatakan dalam majlis itu bahawa terdapat rakyat AS yang beragama Islam mati dalam serangan pengganas pada 11 September 2001 di negara ini.

Beliau memberitahu bahawa penduduk Islam di AS turut memberikan reaksi terhadap serangan pengganas yang berlaku di New York dan Washington.

Menurutnya, penduduk Islam di AS turut berkhidmat dalam tentera negara ini.

“Dalam tempoh sebulan, kita akan meraikan ulang tahun ke-10 serangan yang dahsyat yang membawa kesakitan yang amat sangat ke dalam hati kita,” kata Obama kepada komuniti masyarakat Islam di White House.

Obama menganjurkan majlis berbuka puasa untuk komuniti masyarakat Islam pada setiap tahun sama seperti yang dilakukan oleh George W. Bush semasa beliau berkuasa.

 

Aku percaya, majlis itu juga diadakan untuk tujuan kebaikan..menunjukkan sikap presiden yang digelar pemimpin prihatin kepada rakyatnya…

Tapi takdalah Obama ini terlalu bodoh sampai nak buat majlis tersebut di tempat yang Islam tidak selesa untuk berada di dalamnya..contohnya gereja, tokong atau kuil….

Lu fikirlah sendiri…

 

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: