Archive for September, 2011

Aku dan Theyab Awana

 

Aku tak tahu menahu pasal pemain ini, Theyab Awana..tapi memang agak hebat penangan backheel (tumit kaki) dia masa ambil sepakan penalti..

Kredit untuk bekas rakan sebidang dan sepejabat, Rudy a.k.a Ruudvanirwan…dah rajin tulis blog….isi pun boleh tahan best untuk jadi tatapan mata..

 

 

Aku dan Koperal Jenain Dihukum Penjara Lima Tahun

 

 

Koperal Jenain Dihukum Penjara Lima Tahun.

 

PS: Cabuk jangka ia pasti mengundang jutaan persoalan dan spekulasi…

Jujur..aku tidak berkenan dengan apa yang jadi…

Aku dan Wan Fakhrul Wan Bakar

 

Ketika aku tulis entry ini, penama di atas sudah melaporkan diri di tempat kerja baru, padang hijau baru yang dipilih untuk meneruskan kesinambungan sebagai wartawan atau penulis sukan yang tegar…

Wan Fakhrul Wan Bakar, adalah rakan sekerja aku sejak lima tahun yang lalu..merupakan ‘junior’ beberapa bulan saja dari aku..asalnya, seorang engineer elektronik Sony selama 8 bulan sebelum beralih arah ke bidang penulisan..kerana minat, apa saja boleh jadi..

Selain merupakan rakan sepasukan dalam Futsal, banyak kenangan lain yang aku kongsi bersama Wan Fakhrul..saat-saat percintaan bersama Waziha Wahid, isterinya (kini) turut aku simpan dalam poket…termasuk detik nak berhenti kerja lebih awal dari tarikh sekarang..

Seorang yang dikenali dengan nickname Misai di kalangan peminat bola sepak terutama pasukan Selangor, kerja tangan Wan Fakhrul tak pernah mengecewakan..seorang yang sangat rajin, dedikasi dan bertanggungjawab terhadap tugas yang dipikul..perlu diakui, pemergian Wan Fakhrul merupakan satu kehilangan besar buat meja Sukan Kosmo!..

Atas sebab-sebab tertentu, Wan Fakhrul perlu mengangkat kaki untuk berganjak menaiki kapal yang baru..lebih teguh, utuh dan kukuh..apa yang tersimpan dalam benaknya, hanya kawan-kawan yng terdekat saja tau..

Selamat maju jaya untuk Wan Fakhrul di tempat baru..baca mengenai hari terakhir Wan Fakhrul di blognya