Archive for October, 2011

Aku dan Memanipulasi Gambar

 

Look at these 3 pictures, the one on the left is said to be from Aljazeera, the one on the right from FOX News, and the one in the middle is the original found online… but regardless, this is a good example of how the same picture could be seen in 3 different ways, the media are experts at manipulating how we see things… use your critical thinking before believing everything you see in the news (kredit untuk Gland Ab Liang) – (juga untuk Irwan Ismail)

 

Cabuk: sesama kita renungkan…

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Aku Maafkan Kamu

Ada teratak di hujung kampung

Bawah cermin kopak ada kotak

Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak

Atur sepuluh daktil batal yang batil

Detik dua usul ditutup satu lagi tampil

Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil

Minta diisolasi dari dalil busuk jahil

Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi

Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi

Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi

Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni

Mana cepat terbang atau warna gelang tangan

Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan

Halusinasi susuli ketandusan ihsan

Ubat parut auditori kesan artileri insan

Gagal dikesan

Aku maafkan kamu

Tak perlu kita bertemu

Cukup kau tahu

Yang aku

Maafkan kamu

Tolong teruskan hidup

Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam

Acapkali terpendam, acapkali tersergam

Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam

Ini bukan lagu rindu ini madah dendam

Kutimbang tanpa neraca di awal usia

Ku dihukum masuk neraka oleh manusia

Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu

Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu

Maafkan mereka, mereka tidak tahu

Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu

Mereka tidak fasih malah fasik guna kata

Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa

Maafkan mereka, mereka tiada nilai

Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai

Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti

Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan

Mari ku ramit kucup lehernya

Terlalu rahi dendam di angan

Sampai terkacip mulut mahirnya

Aku maafkan kamu

Tak perlu kita bertemu

Cukup kau tahu

Yang aku

Maafkan kamu

Tolong teruskan hidup

Jangan sebut namaku

Kenapa awak tak pukul mereka?

Saya tak suka pada keganasan

Jangan ahli sihir seru nama maharaja

Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma

Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara

Kalau terpelajar sila guna hak miranda

Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam

Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham

Mereka mula kiri, aku kanan bila baca

Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)

Ada teratak di hujung kampung

(Ba)

Bawah cermin kopak ada kotak

(Ta)

Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

(Lirik ehsan: http://myliriklagu.com) – untuk audio, dah mula tersebar di alam maya untuk dimuat turun..cari sendiri..

Cabuk: Aku Maafkan Kamu – single terbaru oleh Malique (Too Fhat) berkolobrasi dengan penyanyi malar segar, Jamal Abdillah..susunan muzik yang aku anggap berpendidikan..disulam dengan lirik penuh satira..aku sendiri tak tahu kenapa tersampuk dengan genre sebegini selepas single Mantera Beradu, duet Malique bersama M. Nasir..halwa telinga aku cukup terhibur, mengasyikkan..dan yang pasti, persembahan perkataan yang cukup mendalam maknanya..

menarik..layan..ya, aku..

Aku, Pakcik dan KFC

Lokasi : KFC Pendang

cashier : makan sini ka bawa balik?

pakcik : makan kat sana.(tunjuk meja)..patot ramai..pakat duk makan kat sini..

cashier : err..maksud saya..makan di meja dalam kedai ni atau bungkus bawa balik?

pakcik : ooo..habes tu kalau bungkus tak bawa balik.dia terbang balik rumah pakcik seniri ka.bungkus.

cashier : err..ok..pakcik nak set yang mana?

pakcik : yang setsi ada tak??

cashier : err..maksud saya..pakcik bule pilih set set yang sedia ada kat belakang saya ni.(tunjuk).ada yang 2 ketol ayam.ada yang 3 4 ketol..dia sekali dengan ayaq..bla bla bla..

pakcik : pakcik nak beli ayam setengah kati ja.makcik hang nak buat serunding raya esok..

cashier : pakcik..kat sini juai ayam yang dah siap digoreng la..bukan mentah.

pakcik : kalau camtu..beli teloq ayam dah la.depa kalut nak buat kueh tart..aku mana reti nak beli barang kueh camna..haru btoi.

cashier : errr..err..teloq ayam pon takdak..yang ada ayam goreng ja..makan ratah cicah dengan sos camtu ja..

pakcik : hang pilih ja la yang mana pon..ishh..pakcik tak reti nak pilih pilih ni..yang mana pon takpa.

cashier : pakcik ada berapa orang kat umah?

pakcik : pakcik sorang.anak ada 4 orang.makcik hang maseh sorang..

cashier : ok..kalau camtu saya bagi pakcik dinner plate 2 ya..air nak air gas yang mana ka?

pakcik : huuu..pakcik takleh minum ayaq gas ni.satg reja kentut..angin..teh o suam ka kopi tarik takdak ka?

cashier : takdak..takpa saya bagi milo ais kat pakcik.ada nak tambah wedges ka?

pakcik : huu?natang apa tu?

cashier : kentang goreng.senang creta..cucur ubi.

pakcik : ha bule la..bagi cucur ubi seringgit cucur pisang seringgit..campur..kerak boh lebih..

cashier : err…ok ok..(segan layan)

cashier : semua sekali RM 34.50..

pakcik : tu dia aih..mahal gila..ayam berapa ketoi?(buka plastik tengok)..6 ketoi ja sampai 30 lebih..p market bule beli ayam 3 ekor.tak mai dah.(buka wallet bayaq)

cashier : err err..terima kaseh pakcik..datang la lagi..

pakcik : tak kelapaq mai dah.

Orang tua tak makan makanan segera, sebab tu sihat tak de penyakit. Mana la tak terkejut dengan harganya..

 

(kredit untuk Shuhairazi Janudin)