Aku dan Baju Hujan

Asal pagi jer..hujan..bawak ke petang pun, hujan…asal hujung tahun jer..hujan..nak buat macam mana, dah sampai musimnya..

Sampai masa musim hujan, selain orang mula takut rumah naik air sebab banjir, pengguna jalan raya, motosikal juga merasa kesusahan lantaran cuaca yang boleh mengakibatkan perjalanan terbantut..diredah hujan, alamatnya baju, seluar, kasut, habis basah lenjun..kalaut tak redah, mahu lewat tiba ke destinasi..

Alternatif bagi penunggang motosikal untuk mengelak daripada basah lenjun, memakai baju hujan..

Seiingat aku, ketika mula menunggang motosikal secara serius sejak berada di Tingkatan 3, memang tak pernah terfikir nak beli baju hujan..sama ada berhenti bila hujan turun@redah saja..masa itu, hati kering, jadi basah satu badan tak terasa sangat..

Perangai buruk itu terus terbawa-bawa sampai menjejak kaki ke universiti..walaupun dah belajar tinggi tapi masih lagi berdegil untuk membeli baju hujan..Lebuh Raya Utara Selatan menuju ke Skudai, Johor, selamba aku redah tanpa mengenakan baju hujan walaupun hujan turun..ada kalanya lebat, jadi aku berhenti seketika di kawasan rehat dan rawat..pernah beberapa kali baju aku basah kuyup dan kering semula selepas meredah perjalanan sejauh 400 kilometer..

Selama tiga tahun berulang-alik dari zon selatan ke zon tengah, kampung halaman aku dengan menunggang motosikal, baju hujan masih tidak aku beli..sampai juga aku mula berkerjaya, minda masih tidak terbuka untuk membeli baju hujan..

sangat pelik..

Namun, segalaya bertukar selepas beberapa bulan yang lalu, selepas motosikal yang dulunya menjadi tunggangan ulang alik ke selatan, kini merupakan mod pengangkutan pilihan pertama aku bersama orang rumah..muak rasa nak redah jalan sesak, boleh jadi kurang pahala aku seharian..dek kerana sayang bini, aku beli baju hujan jenama Givi untuk dipakai olehnya..kalau dulu, menunggang berseorangan, takda ku kisah andai kata ku basah, tetap ku redah..siapa tak sayang bini ooiii…

untuk aku, tiada..hanya guna jaket kalis air yang ku simpan sejak sekian lama..

dan kini, baru aku sedar betapa besarnya faedah bila ada baju hujan..kenapalah kurang cerdik aku dulu..

nanti aku nak beli sepasang untuk sendiri pula..

  1. Baru jer semalam famili saya sembang pasal nie…
    hari nie jumpa blog awak … tahniah atas penerangan yg bermanafaat nie..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: