Aku dan Materialistik Kim Kardashian

 

KIM Kardashian bercerai? Apa? Hanya 72 hari selepas berkahwin dengan suaminya, Kris Humphries. Jadi? Apa kepentingan berita ini kepada kehidupan kita?

Tiada! Apakah ada kalangan jutawan Malaysia merasakan diri mereka kini berpeluang untuk memikat Kim? Ketahuilah RM1 juta hanya bernilai AS$333,000 pada Kim. Cincin kahwinnya saja bernilai AS$2 juta atau RM6 juta. Ada berani? Salah soalan. Ada mampu?

Bagaimanapun, kisah ‘sedih’ perpisahan Kim dan reaksi segelintir masyarakat terhadapnya, memaparkan realiti hidup yang bukan saja berlaku di Amerika Syarikat (AS) tetapi juga di Malaysia.

Pemaparan kehidupan yang serba-serbi mewah dalam program realiti keluarganya Keeping Up with the Kardashian adalah manifestasi materialistik yang semakin menebal pada setiap orang, sama ada pernah atau tidak ada langsung menonton rancangan yang disiarkan di saluran E! televisyen satelit berbayar Malaysia.

Masa akan menentukan untuk kita menyaksikan pula selebriti tempatan menyertai program realiti seumpamanya. Dengar khabar, sudah ada syarikat penerbit tertentu yang mengemukakan kertas cadangan. Apa agaknya cerita artis tempatan yang hendak dipaparkan.

Cukuplah rancangan Melodi TV3 yang bukan saja mengakibatkan persepsi ramai terhadap artis tempatan merudum tetapi juga menyeret sekali maruah wartawan di Malaysia sebagai ‘kaki terjah’ dengan soalan merapu mengenai masalah peribadi artis. Percayalah, hanya wartawan Melodi menerjah sedemikian.

bacaan lanjut – Utusan Malaysia

cabuk: Jenuh juga nak cari gambar senonoh Kim..mujur ada sekeping..6 baris di atas cukup menggambarkan segala-galanya..termasuk baris terakhir yang menyentuh profesion aku..saja aku tempelkan untuk tatapan di sini..lama mencari penulisan yang menarik mengenai fenomena perkahwinan dan penceraian selebriti Hollywood ‘termasyhur’ ini…dan kali ini, rakan selapangan, Johardy Ibrahim, menggarap penuh cantik cerita kedai kopi Hollywodd ini..

Harap yang membaca bukan sekadar melihat dengan mata…

    • ruud van irwan
    • November 8th, 2011

    aku mmg menyampah kisah hidup keluarga armenia ni

  1. teman pn same yob..elok dibakul sampah je..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: