Aku dan Gores Kemudian Menang

(mynewshub)

Kasihan bukan tengok nasib lelaki yang berdarah muka dalam gambar di atas…tahu siapa lelaki ini termasuk yang dibelakangnya, sedang terperosok di bawah meja…

Inilah akibatnya kalau cuba menipu…berbuat jahat pada orang lain..kalau mangsa yang terkena, baik hati, lurus, jujur ataupun apa-apa yang sama waktu dengannya, maka anda sebagai orang jahat, bolehlah terlepas…

NAMUN, jika tersilap orang, inilah makanannya…(maaf, memang kasar ayat ini)

Seperti yang dikhabar meluas melalui media cetak atau internet, kejadian yang berlaku di Kepong ini membabitkan pekerja-pekerja syarikat gores dan menang..dikatakan mereka telah menipu sebilangan pengguna mencecah angka kerugian sebanyak RM2 juta..

Dek kerana tersilap orang, mangsa yang ditipu datang bersama ‘gang’ untuk memberi ‘makanan’ percuma pada si penipu..maka..bertemulah buku dengan ruas..

Ada sedikit kecewa aku berhubung dengan kejadian di atas..bukan kerana tindakan ‘gang’ ini membelasah lunyai si penipu-penipu ini..TETAPI selepas berulang-ulang kali dihebohkan, diuar-uarkan, diberi peringatan, tidak kira melalui peranan media, internet dan sumber mulut ke mulut, telinga ke telinga, masih juga ada yang TERTIPU..

Kembalilah kita kepada sirah Islam..Rasulullah berjaya menjadi seorang usahawan berjaya  sekalipun bermula dengan kerja-kerja bawahan..sahabat baginda, Abdul Rahman Auf, seorang dermawan hartawan, bermula dengan sebilah kapak yang diminta daripada saudara Islamnya untuk memelah kayu di pasar..

Rezeki tidak akan datang bergolek..kita perlu berusaha…

 

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: