Archive for December, 2011

Aku, Adlin Aman Ramli dan Chef Wan

KUALA LUMPUR – Selebriti dan pelakon terkenal, Adlin Aman Ramli, mengisytiharkan ‘perang’ dengan selebriti masakan popular, Chef Wan, ekoran kritikannya terhadap peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) setelah tersingkir dari program terbitan Astro tersebut.

Bagaimanapun, Adlin yang berang dengan kritikan Chef Wan pada episod minggu kelapan MLM baru-baru ini mengumumkan bahawa peperangan mereka akan berlangsung menerusi laman sosial Facebook di Fan Page masing-masing.

Anak kepada pelawak terkenal, Allahyarham AR Tompel itu membidas Chef Wan yang membawa kritikannya keluar dari pentas MLM sehingga ke Facebook dan beliau akan mempertahankan diri dengan pandangannya mengenai pengkritik MLM itu sebagai juri program tersebut.

 

Sumber: mynewshub

 

Cabuk: Alhamdulillah…kenapa aku ucap kata syukur..sebab aku percaya Tuhan, Allah itu Maha Kaya..Maha Adil…lihat apa yang berlaku..buka minda, perah otak sikit untuk berfikir…apa yang berlaku ada hikmahnya..orang bijak memandang saja menghargai apa yang berlaku..

Kedua-dua penama di atas itu harus bersyukur kerana ia berlaku ketika masih menghirup udara segar di dunia…bukan ketika selepas tujuh langkah kaki manusia meninggalkan pusara kalian…atau pun bukan ketika Hari Pengadilan di Padang Masyar kelak…

Ini namanya karma…atau bahasa Cabuk..Tuhan bayar cash…

Advertisements

Aku, Berjudi, Facebook (FB) dan BlackBerry Mesengger (BBM)

 

Jimmy dedah tabiat buruk isteri

 

Aduhai…kisah rumah tangga kalau dah bawa masuk mahkamah, beginilah jadinya…semua terbongkar dan memang banyak kejutan..

Silap haribulan, yang putih boleh hitam..yang alim boleh jadi fasik…yang munafiq boleh jadi ulamak..yang sundal boleh jadi solehah…yang tak sakit, boleh ngaku tak berupaya..oppsss…

Cabuk enggan mengulas lanjut…

Aku dan Ombak Rindu

 

Sinematografi (dari bahasa Yunanikinema – κίνημα “gerakan” dan graphein – γράφειν “merekam”) adalah pengaturan pencahayaan dan kamera ketika merekam gambar fotografis untuk suatu sinema. Sinematografi sangat erat hubungannya dengan seni fotografi tetap. Banyak kesulitan teknis dan kemungkinan-kemungkinan kreatif yang muncul ketika kamera dan elemen adegan sedang bergerak..

Ini maksud perkataan sinematografi yang aku jumpa melalui carian di internet…dan melalui sinematografi juga aku jadi khayal ketika menonton filem yang bertajuk seperti entry di atas..Ombak Rindu..

Atas ajakan isteri, aku mengalah untuk menjadi peneman menonton filem arahan Osman Ali yang diadaptasi daripada novel karya Fauziah Ashari ini..dan aku juga bukan pembaca dan pemilik novel popular ini…

Disebabkan aku bukan pembaca, jadi penilaian aku tak boleh ke arah perbandingan antara filem dan novel…cuma aku boleh katakan filem ini terlalu laju untuk menuju ke babak terakhir..

 

 

Aku angkat topi kepada sinematografi filem ini yang menarik pada pandangan mata aku..sebelum ini, aku pernah mengatakan perkara yang sama apabila menonton satu episod drama siri popular, Nur Kasih..

Bolehkan kata orang lain duk asyik menonton lakonan Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani dan Bront Palare, mata aku pula duk tak terkelip melihat di sebalik wajah-wajah hebat ini..pergerakan kamera, teknik pencahayaan, pemilihan lokasi, jadi tumpuan pancaindera aku…khayal aku tengok adegan-adengan, momen, angle kamera merakam perjalanan filem ini..sawah padi, laut, air terjun, pantai, stesen keretapi, gabungan elemen ini memang mampu menterjermahkan imej dan perjalanan penceritaan yang menarik..

Susah juga kalau kita nak tengok filem lain yang menitikberatkan aspek sinematografi dalam proses pembikinan..karya Osman Ali memang jarang mengecewakan..barisan teknikal yang dipilih, kerjasama dalam pasukan yang hebat dapat menghasilkan buah tangan yang menarik..

Tahniah buat Osman Ali dan semua tenaga belakang tabir..buat barisan pelakon, masing-masing menjalankan peranan yang terhad berbanding watak dalam novel dengan baik..

Tapi kenapa..selalu sangat aku tengok yang jadi..Melayu kalau marah, nak stailo, mesti nak jadi macam mat salleh..hehehhee..rasa macam sedikit kelakar..tak jadi la filem kita, wajah kita..sekadar pandangan peribadi saja..

 

 

Aku suka tengok Maya Karin..aura imej litup itu memang susah juga aku nak lelap mata..orang rumah aku tak suka sebab katanya Maya Karin nampak tua dengan make up tebal..

Lisa Surihani dengan pelat R, memang buat aku tersenyum sepanjang dengar dia bertutur dengan ayat yang mengandungi huruf R…sama macam member selapangan dan blogger, wanfai…jangan marah ye..

 

PS: aku teringat pada seorang rakan, Razak Latiff, sepanjang menonton filem ini..tak tahu kenapa tapi itu yang duk pusing-pusing dalam kepala..

Aku dan PRU 13: Kita Semua pikul beban

A. Kadir Jasin – PRU: Kita semua pikul beban

 

Artikel di bawah merupakan tampalan yang aku dapat dari blog di atas..menarik..buat mereka yang belum celik mata..

 

SAYA tertarik dengan ulasan pembahas ZMS dalam tampalan lalu (Dr Mahathir: Umno Belum Giat Berusaha) yang, antara lain, berbunyi:

“1.Saya rasa Najib terlalu obsess dengan akronim-akronim, mungkin untuk menunjukkan kelainnya dengan PM-PM yang lalu dari segi stail pengurusannya.

2.Belum sempat orang ramai dapat memahami dan menghayati sesuatu akronim yang sedia ada, beliau akan keluar dengan satu yang baru. Ada kalanya kita pun naik letih dibuatnya.”

Saya rasa, Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak, bukan saja perlu mempertahankan akronim ciptaan beliau, tetapi beliau juga terpaksa mempertahankan dasar, projek dan pencapaian BN dulu dan sekarang. Itu belum diambil kira beban sampingan dalam pelbagai bentuk.

Ibarat kata, Presiden Mubarak, Abdul Aziz Abdul Rahman (Datuk Seri), pemimpin Umno kenalah juga singkir imej kaca mata hitam, kereta cermin gelap dan berbaju linen.

Ikhlas cakap, saya meluat sungguh dengan gelagat macam itu. Saya pernah melihat seorang (bukan besar mana pun) Setiausaha Politik kepada seorang Menteri Umno turun kereta bercermin hitam legam, pakai baju linen keras terpacak, telefon bimbit di telinga dan berjalan lurus tidak pandang kiri atau kanan walhal dia ku pusat beli-belah.

Adakah perlu Setiausaha Politik pakai kereta cermin hitam dengan papan tanda “Setiausaha Politik”?

Tapi ada Setpol yang low profile dan tak berlagak, apatah lagi sombong.

Beban Perdana Menteri jauh lebih berat daripada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim. Kerja Ketua Pembangkang, nombor satu bangkang dan nombor dua tabur janji akan reformasikan negara bila berjaya ke Putrajaya.

Janji Putrajaya dan ubah segala-galanya adalah mantera beliau sambil cari perlindungan daripada apa saja tuduhan dan beban, termasuk 16 tahun dalam Umno/BN, di sebalik tabir konspirasi.

Apa saja yang membebankan beliau atau tidak positif kepada beliau adalah konspirasi. Kalau Mohd Najib seronok dengan akronim, Anwar bijak dengan label – kronisme, nepotisme, reformasi, konspirasi dan macam-macam lagi.

Soalnya, adakah serangan kedua beliau ke atas Putrajaya semudah itu? Generasi pasca-pemecatan (1998) mungkin tidak tahu Anwar lama dan sebenarnya. Mereka hanya kenal Anwar baru – Anwar “mangsa” konspirasi dan penyelamat generasi.

Tetapi generasi-generasi pra-pemecatan lebih kenal dengan beliau daripada zaman PBMUM kepada Abim, Yayasan Anda, Pemuda Umno dan pakaian berjenama dari Paris dan Milan.

Lim Kit Siang pun tidak begitu susah. Boleh bercita-cita tinggi dan bercakap besar asalkan berjaya pertahankan Pulau Pinang untuk 30 tahun akan datang macam Gerakan pertahankan Pulau Pinang. Yang lain itu bonus.

Yang mungkin rugi besar adalah Pas. Tersepit di antara liberalisme PKR dan sekularisme DAP, Pas mungkin hilang jati diri sebagai parti berlandaskan Islam.

Apakah akan jadi kepada Pas – adakah ia kekal memperjuangkan cita-cita, aspirasi dan idealisme Islamnya atau bertolak ansur antara liberalisme PKR dan sekularisme DAP demi kuasa politik?

Adalah boleh dan patut bagi Pas terus menjadi biola ketiga – the third fiddle – dalam Pakatan Rakyat dengan mengikut rentak irama PKR dan DAP, sedangkan semua orang tahu majoriti pengundi Melayu yang memangkah PKR dan DAP adalah ahli dan penyokong Pas?

Keputusan pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri Sarawak jelas menunjukkan yang momentum pilihan raya umum 2008 masih berterusan. Walaupun BN dan Pakatan Rakyat menang sama banyak kerusi dalam PRK, tetapi di peringkat Parlimen, PR mendahului 4:2.

Pilihan raya Sarawak jelas menunjukkan sokongan orang Cina kepada PR melalui DAP terus pekat. Sawarak dan Sabah yang menyelamatkan BN dalam PRU 2008, mungkin tidak seselamat dulu lagi. Dalam PRU itu, Sarawak dan Sabah menyumbangkan 54 daripada 140 kerusi Dewan Rakyat yang dimenangi BN.

Tetapi, cabaran persekitaran baru ini bukan terhadap parti-parti politik sahaja. Ia turut mencabar kematangan dan daya pemikiran pemilih dan pengundi. Ungkapan Inggeris ada berkata, siapa yang kita pilih, itulah kerajaan yang kita dapat. Wallahualam.