Archive for January, 2012

Aku dan Kejohanan Futsal 1Malaysia Parlimen Kebangsaan 2012

 

 

 

 

 

ps: biar gambar menceritakan segalanya…

Advertisements

Aku dan Unit Udara Polis Diraja Malaysia

 

 

 

 

 

 

 

Terima kasih kepada ASP Rizal, ASP Zairil, Cif  Inspektor Shahrul Rahmat dan Lans Koperal Ridwan Shabingin sebab beri peluang kepada aku dan Amin untuk sama-sama naik heli untuk pantau Ops Sikap ke-25…

Menarik..sebab pengalaman pertama naik burung besi nih..ye..aku mengaku..memang aku jakun..

aku berpeluang terbang bersama ke arah selatan tanah air, sampai di Seremban dan patah balik ke Pangkalan Udara PDRM, Sungai Besi..

ps: terima kasih juga untuk Apot sebab buka peluang untuk naik heli..terbaik..ada rezeki lagi, aku naik…

 

 

 

(kredit untuk jurugambar, Amin Farij)

 

Aku dan Eric Cantona

 

Bintang bola sepak Manchester United, Eric Cantona nak bertanding jadi Presiden Perancis…wow…hebat..

Siapa yang faham bahasa Perancis, boleh klik sini (Liberation Daily) untuk cerita lanjut…untuk bahasa Inggeris, aku jumpa sumbernya di sini..

Dipetik berkata, niat untuk bertanding jawatan tersebut untuk merealisasikan niat murni membantu rakyat miskin memiliki rumah di Perancis..

Kehebatan di padang sudah terbukti sehingga digelar King Eric oleh peminat MU..mengemudi MU sebagai ketua pasukan dan mememangi trofi Liga Perdana, Piala FA sepanjang karier bermula 1992 hingga 1997 tak perlu aku nak ceritakan di sini..ia bukan sekadar sejarah yang boleh nak cerita di History Channel saja, sesiapa pun tahu..member aku ada sebut, Eric Cantona adalah legend yang tahu masa perlu dia berhenti daripada karier bola sepak iaitu ketika berada di kemuncak orang sebut nama dia..

 

Nak jadi presiden nih pulak, tak tahu la macam mana nasibnya…jangan Cantona buat sepak terbang kalau dia tak suka dengan menteri kabinet bawah pentadbiran dia yang buat hal…jangan main-main woooo….hahahahhahaha…

Selamat maju jaya King Eric..

Aku dan 901

 

Dek kerana aku puas dijadikan ‘bahan’ rakan-rakan sebumbung, kata mereka, dah lama sangat blog Cabuk takda entry baru..Akhirnya beralah juga untuk masukkan entry dengan tajuk seperti tertera di atas….

2012, aku buka hari-hari di awal tahun baru dengan tugasan penting dengan membuat liputan keputusan kes liwat membabitkan ketua de facto pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta..

Pedulikan mengenai keputusan yang dibuat oleh mahkamah, apa yang berlaku ketika hari jadi, aku hanya ingin berkongsi sesuatu yang peribadi mengenai tarikh yang dianggap keramat oleh para penyokong parti pembangkang negara ini, 9 Januari 2012 (901)..

Kalau mengikut sejarah perkhidmatan aku di bawah bumbung ini, banyak juga peristiwa penting dan besar berlaku dalam negara telah berjaya aku elak untuk terjerumus bersama-sama dalam membuat liputan..Tanpa sengaja, ada saja alasan dan pengecualian yang timbul setiap kali aku diarahkan bertugas..memang pelik dan sedikit lucu..

Tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Helikopter Nuri terhempas di Genting Sempah, Pahang, Pembunuhan Datuk Sosilawati di Banting, Perhimpunan Bersih di ibu negara, Tanah runtuh di Sungai Semungkis, Hulu Langat (antara yang aku ingat dan aku anggap kes penting dalam sejarah negara), kesemua kes ini, aku tidak menjadi individu yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam membuat liputan untuk pusingan pertama..cuma, diarahkan terbabit apabila ia sudah menjadi ‘suam-suam’ kuku..disebabkan bekerja dan kes masih berjalan, jadi sedikit sebanyak, aku diarahkan untuk membuat susulan…

Tapi, bukan kali ini..aku tidak terlepas…panggilan dari pejabat di kala azan Maghrib berkumandang Ahad lalu, seperti sudah dijangka apa yang dimahukan…”Esok abang kena turun mahkamah, pukul 6.30 pagi”..ringkas saja pesanan yang diberikan oleh adik junior di pejabat..dan arahan itu aku kongsikan bersama isteri, anak-anak dan keluarga mertua ku..tak sempat nak maklumkan kepada keluarga sendiri sebab dalam kepala dah mula fikir untuk perancangan esok hari…mak aku sendiri terkejut bila aku dah terpacak di rumahnya seawal pukul 6 pagi..15 minit kemudian, aku dah sampai di Kompleks Mahkamah Jalan Duta…

Jujur, aku cukup suka terima tugasan ini atas sebab..bukan ia peristiwa penting tetapi aku anggap ia medan untuk berjumpa dengan rakan-rakan selapangan yang sudah lama tidak bersua muka..lebih-lebih lagi mereka yang sudah tahap otai dalam lapangan ini..walaupun bekerja dalam lapangan yang sama tapi tak semestinya akan bertemu setiap masa..jadi, bila berlaku peristiwa penting seperti ini, sah satu kapal petugas akan turun, jadi peluang untuk bertemu lebih terbuka luas..peluang untuk tambah ilmu itu juga ada apabila masing-masing berkongsi pendapat mengenai apa yang mahu dihidangkan kepada pembaca keesokan hari..

Sedikit kenangan yang aku rakam bersempena 901…

 

 

 

 

 

 

 

Mungkin, inilah adalah liputan peristiwa penting yang terakhir aku..siapa tahu..mungkin..segala kemungkinan tetap ada..

(sayang sedikit, tak sempat nak petik banyak gambar sebab dah sibuk ke hulu ke hilir mencari sesuatu yang bernilai berita)..